Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 22, 2024 @ 12:59pm

[VIDEO] Gelagat Anak-Anak Rita Rudaini Tak Bagi Kahwin Lagi Bikin Sebak! Ini Respons Empunya Badan – “Mommy Takkan Kahwin”

Pelakon popular, Rita Rudaini dan anak-anak menyorot perhatian ramai apabila sepotong video pendek tular di platform TikTok.

Menerusi video berdurasi 42 saat, Rita kelihatan sedang mengadakan sesi LIVE di platform berkenaan sebelum ditanya sama ada anak-anaknya memberikan kebenaran untuknya berkahwin lagi atau sebaliknya.

“Ada orang tanya, ‘Bagi tak kalau Mommy nak kahwin lagi?, “soalnya.

Mendengar pertanyaan tersebut, anak sulungnya,  Airit Rayyan Rizqin bagaimanapun dengan pantas memberikan jawapan dan tidak membenarkan ibunya itu mendirikan rumah tangga lagi.

“Tak payahlah, tak payah… Mommy tak payah kahwin lagi.

“Mommy seorang pun dah cukup dah,” katanya ringkas.

Terharu mendengar jawapan tersebut, aktres yang popular menerusi filem Mami Jarum itu menegaskan, bahawa dia tidak akan berkahwin lagi dan mahu hidup dan tinggal bersama dengan dua orang anaknya itu.

” Haaaa, dengar tu korang. Mommy tak akan kahwin lah sebab mommy nak duduk dengan Rayyan dan adik,” jelasnya.

Namun, apa yang paling meruntun hati adalah ketika momen Rita bersama dua orang anaknya itu saling berpelukan.

Sekadar info, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 May 2018

Sajat Banyak Drama Dalam…?

Dalam episod yang lepas, beliau bukan sahaja takut ketika berdepan dengan para wartawan tetapi, beliau juga mengakui bahawa dirinya itu sedikit blur tentang sidang media yang bakal berlangsung ini

Hiburan Tue, 3 Apr 2018
Hiburan Fri, 30 Nov 2018

Konsert Duo Dinamik Dapat Pujian, Tomok & Black Contoh Terbaik Penyanyi ‘From Zero To Hero’

Rasa macam kembali ke tahun 1999 pula pada malam ini. Masih ingat ketika di zaman New Boyz sedang popular, saya pernah berdepan dengan insiden lucu apabila van yang kami naik hampir terbalik kerana diserbu peminat.

Featured Fri, 9 Dec 2022
Featured Tue, 28 Apr 2020
Featured Tue, 10 Mar 2026

“Aku Gentle Jangan Kantoi Perempuan Je” – Siti Elizad Akui Pasangan Perlu Saling Menghormati Batas Pergaulan

Elizad akui sebagai seorang isteri perasaan risau akan selalu ada bila pasangannya keluar bekerja, namun dia memilih untuk meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap suami, Shamsul Baharin.

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Memang Saya Pelawak, Tapi Soal Zuriat Saya Serius!

Soalan macam itu tak perlu ditanya pun tak apa. Tunggu saja berita gembira kalau orang tu nak beritahu. Jaga perasaan pasangan itu.

Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Hiburan Mon, 12 Aug 2019
error: Content is protected !!