Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa December 1, 2022 @ 6:02pm

Chombi Ajak Borak Atas Pentas, Amirul Kena ‘Sound’ Dengan Harry Khalifah – “Aku Sepak Kau Kejap Lagi!”

Semakin meningkat naik selepas single terbaru lagunya ‘Sayunk I Love You’ diterima ramai, nama penyanyi Chombi yang merupakan anak kepada Harry Khalifah semakin dikenali ramai.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pempengaruh Amirul yang menggunakan akaun @insecuremirul di laman TikTok mendapat perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Amirul sedang bercakap dengan Chombi di hujung pentas manakala Harry atau lebih dikenali sebagai Apak sedang bercakap dengan penonton di hadapan.

Walaubagaimanapun, ketika Amirul dan Chombi sedang bercakap, Apak secara tiba-tiba menghentikan perbualan mereka dan ‘memarahi’ Amirul yang sedang bercakap dengan Chombi.

@insecuremirul Kene setepek dengan @Apak 🇲🇾 , hmm @Sayunk ajak kita borak , last last kita yg kena , xpelah asalkan dpt borak dngn anak dia HAHAHA , apak mmng sporting #viral #fyp #4remirul #foryou #foryoupage #chombi #viralvideo #melaka ♬ Sayunk I Love You – Chombi

“Jangan cakap dengan anak aku, aku sepak kau jap lagi! Bapa tengah cakap, dia borak kat belakang,” seloroh Apak.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat Amirul yang dimarahi Apak.

“Mirul.. Mirul cuak tak?

“Hahaha nak kawan dengan Chombi ibarat berani main dengan api.

“Nasib tak kena sepak ye hahaha.

“Kan dah kena marah dengan Apak hahaha.

“Garang Apak kau dik hehehe cuak Mirul kat belakang tu hahaha.

“Awak jangan main dengan anak pendekar tu Mirul, sekali dia lempang tiga bulan MC,” kata netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Nov 2021

Ayah Sebak, Tak Sangka Anak Hadiahkan Jam Idaman… Sebelum Ini Mampu Cuci Mata Sahaja

Ketika anak-anak dewasa kelak, jangan lupa untuk membalas jasa ibu dan ayah yang sudah membesarkan kita dari kecil hingga besar. Walaupun ibu dan ayah tidak mahu menyusahkan anak-anak, tapi sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memenuhi […]

Hiburan Sun, 29 Dec 2019

Meriahnya Persandingan Ala Bollywood Farah Nabilah Dan Amirul!

Wah! Cantiknya Farah macam Deepika Padukone!

Trending Tue, 26 Dec 2023
error: Content is protected !!