Euforia Bola 2026
Semarak By: Ad Ops May 23, 2018 @ 9:00am

Ikuti Tip-Tip Ini Supaya Anda Kekal Sihat Dan Bertenaga Sepanjang Ramadan

Amalan berpuasa ini banyak faedahnya dari segi kesihatan tapi dengan kurangnya masa tidur anda, memang tak sah kalau anda tak rasa penat atau kekurangan tenaga.

Bila badan anda dah biasa dengan rutin puasa ini, okaylah nanti. Tapi untuk memastikan badan anda sentiasa cukup tenaga, ada beberapa perkara yang anda kena amalkan.

1. Jangan tertinggal sahur

Foto: Michelle Mcmahon via Getty Images

Kata orang, sarapan adalah waktu makan paling penting dalam sehari. Memang betul, dan pada bulan Ramadan, sarapan lagilah wajib.

Anda mungkin rasa lebih syok untuk terus tidur. Tapi tanpa sahur, badan anda akan bergantung kepada makanan terakhir anda untuk bekalkan anda tenaga dan nutrisi sampailah waktu iftar. Tambahan pula, tanpa sahur, anda akan rasa teringin untuk makan lebih daripada yang patut ketika berbuka.

Jadi bila anda bersahur, jangan pula untuk pilih makanan yang sihat dan bekalkan tenaga.

2. Makan secara sihat sewaktu iftar

Foto: arabiczeal.com

Untuk diet yang sihat, anda perlu makan satu kombinasi karbohidrat, protein, lemak sihat, buah serta sayuran. Ingat, jauhi dari makanan yang masin, manis atau bergoreng.

Bukan saja berat badan anda akan bertambah, anda juga akan mudah rasa letih dan lesu. Bila makan, jangan gelojoh sangat! Kalau tak, makanan itu takkan dicerna dengan elok dan ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan pula. Enjoy apa yang anda masukkan ke dalam mulut; barulah rasa puas.

3. Minum sebanyak air yang mungkin

Foto: ueat.utoronto.ca

Anda perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air di antara waktu berbuka dan waktu sahur supaya anda tak rasa dehydrated ketika berpuasa.

Air jus buah-buahan, susu, serta sup pun boleh tapi air putih adalah pilihan terbaik. Kalau anda bosan, tambahkan limau, strawberi atau mint. Apa-apa pun, anda kena kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi, teh, coklat dan kola kerana ia akan buat anda rasa dahaga lebih cepat.

4. Lakukan senaman ringan

Foto: Nadoona.com

Bulan puasa pun anda kena bersenam! Tapi tak perlulah buat aktiviti yang lasak. Senaman regangan, jalan kaki sikit atau senaman bernafas pun dah cukup untuk menyegarkan badan anda.

5. Dapatkan rehat yang mencukupi

Foto: Alamy

Kadangkala solat terawikh boleh meleret sampai ke lewat malam. Tapi kalau boleh, tidur seawal yang mungkin. Selain itu, kurangkan aktiviti di luar. Daripada “berjimba”, baik anda rehat di rumah bersama keluarga.

Sumber: Nestle Family, Healthy Xchange, Cleveland Clinic Abu Dhabi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Jun 2019
Sihat Mon, 14 Oct 2019

Deria pendengaran rosak akibat penggunaan fon telinga?

Ketahui cara mencegah daripada berlaku!

Featured Sat, 25 Apr 2020

Awas jangkitan malaria, cegah sebelum menjadi wabak

KKM sasar sifar malaria sempena Hari Malaria Sedunia

Featured Wed, 11 Sep 2019

Tak selesa kembung perut? Legakannya dengan tujuh makanan lazat ini!

Kalau tiada ubat, inilah makanan alternatifnya!

Featured Sat, 30 May 2020

2 negeri dalam Zon Hijau kembali catat kes baharu positif COVID-19

Jangkitan membabitkan warganegara Malaysia

Sihat Sat, 11 Jan 2020
Featured Tue, 2 Jul 2019

Cantik & langsing bak Kilafairy. Ini rahsianya!

Anda pun boleh jadi sepertinya!

Sihat Thu, 7 Nov 2019

3 langkah mudah kenal pasti strok

Akronim STR boleh selamatkan nyawa pesakit strok

Featured Wed, 28 Aug 2019
error: Content is protected !!