Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin May 28, 2018 @ 3:00pm

6 Sebab Kenapa YB Nurul Izzah Suka Pakai Tudung Bawal

Kalau anda perasan, YB Nurul Izzah pasti akan mengenakan tudung bawal walaupun di mana sahaja beliau pergi. Ayu sahaja YB kita itu.

Sebelum ini penulis ada kongsikan tentang rahsia awet muda Nurul Izzah, tapi kali ini penulis nak kongsikan kenapa tudung bawal menjadi pilihannya. Agaknya apa yang istimewa tentang gaya tudung ini?

Untuk pengetahuan anda, Nurul Izzah sendiri telah kongsikan bersama Fara Fauzana kenapa dia minat sangat dengan tudung bawal ketika beliau muncul di program secara langsung ‘FBI Live’.

Rupa-rupanya beliau dah mula setia memakai tudung bawal sejak 20 tahun lalu! Wah, penuh dedikasi!

Jom kita lihat sebab-sebab tudung bawal menjadi pilihan Nurul Izzah.

1. Tudung bawal senang menyerap peluh

Tudung bawal yang mudah serap peluh ini memudahkan tugasan Nurul Izzah yang sentiasa bergerak aktif. Menurut beliau, kalau mengenakan shawl, nanti ada peluh yang akan meninggalkan kesan.

2. Pilihan tudung Bawal Exclusive

Kebanyakan koleksi tudung bawal Nurul Izzah adalah daripada jenama Bawal Exclusive. “Tapi saya beli tudung yang paling simple dan berharga paling rendah”.

3. Ada juga tudung bawal yang disimpan sejak tahun 1998

Banyak koleksinya dah disimpan lama dan beliau menjadikannya sebagai koleksi bawal klasik.

4. Tudung bawal memudahkan solat

Kalau anda perasan, YB akan memakai tudung bawal ini hingga menutupi dagu. Ia bertujuan untuk memudahkan beliau bersolat.

5. Tak nak tudung bawal pupus

Dalam temubual tersebut, Farah Fauzana berbahas dengan Nurul Izzah tentang pemakaian tudung bawal. Ini dia pendapat Nurul Izzah: “Kalau kita tak teruskan pakai, pupuslah nanti. Kita kena hargai setiap wanita yang ada citarasa dan pilihan sendiri. Mereka yang memakai bawal ini akan merasa sangat selesa, serta tenang dengan gaya mereka.”

6. Tak kisah jika ada produk tudung menggunakan namanya

Menurut Nurul Izzah juga, beliau tidak kisah sekiranya ada pengeluar tudung yang menggunakan nama “Bawal YB Nurul Izzah” sebagai jenamanya. Tapi ada syarat, ya! Beliau mengharapkan setiap jualan itu sedikit sebanyak boleh diperuntukkan untuk tujuan amal. 

Foto: Instagram YB Nurul Izzah

Dah tahu, kan, sebab apa YB kita yang cantik manis ini suka pakai tudung bawal? Lepas ini anda yang dah lama tinggalkan tudung bawal bolehlah pakai semula dan tiru gaya Nurul Izzah ini.

Mesti cantik, sopan dan ayu macam beliau!

Sumber: Instagram FBI Live

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Apr 2018

Kadar Gangguan Mental Meningkat Gara-Gara Terlalu Obses Dengan Perkahwinan Diraja

Pandangan pakar menyebut bahawa kebimbangan kesihatan mental dalam kalangan peminat pasangan Putera Harry dan Megan berada pada tahap tertinggi sejak pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka pada Disember 2017.

Featured Tue, 2 Jul 2024
Featured Tue, 25 Apr 2023
Featured Tue, 11 Nov 2025

“Bila Saya Kata Busy Cari Nafkah, Tolong Faham” – Raf Yaakob Terbuka, Izin Pasangan Akses Telefon 24 Jam

Jelas Raf, sikap terbuka itu bukan sekadar untuk menunjukkan kejujuran, tetapi cara untuk membina kepercayaan dalam hubungan.

Featured Sun, 16 Apr 2023

Anna Jobling Perjelas Isu Beli Kereta Tanpa Lesen Memandu – “Saya Perlukan Hari Untuk Settle Lesen Lepas Raya Nanti!”

Pelakon Anna Jobling mengaku sebelum ini dia membeli sebuah kereta jenis Honda CR-V berwarna hitam atas dasar mahu memiliki komitmen bulanan agar lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangannya walaupun masih tidak memiliki lesen memandu. Namun, itu tidak […]

Featured Mon, 7 May 2018

4 Khasiat Epal Hijau Yang Anda Tidak Tahu Selama Ini

Anda mungkin tidak tahu buah epal hijau banyak khasiat yang sangat bagus untuk tubuh badan.

Acara Fri, 23 Feb 2018

Pamer 14 Koleksi Busana Di LMFW Fatimah Mohsin Bikin Tetamu Terpukau!

Pereka fesyen kelahiran Singapura, Fatimah Mohsin, khabarnya telah berjaya membuatkan penonton di Minggu Fesyen  Sopan London (LMFW) berasa ‘wow’ semasa mempamerkan 14 koleksi rekaan terbarunya pada pertunjukan acara itu baru-baru ini.

error: Content is protected !!