Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom May 30, 2018 @ 9:00am

Masak Lemak Cili Padi Udang Bersama Pucuk Paku Oleh Sheila Rusly Bikin Orang Terliur

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon, pengacara dan produser terkenal, Shiela Rusly.

Selain menambat hati penonton dengan versataliti lakonannya, drama-drama yang diproduksikan di bawah syarikatnya, JS Pictures, sentiasa dekat dan menyentuh hati penonton sehinggakan kebanyakannya meraih pelbagai anugerah.

Kehandalan Sheila tidak hanya dilayar skrin tetapi juga sang isteri yang sangat hebat beraksi di dapur sehingga dilantik sebagai Duta MAGGI® CukupRasa™ . Malah, turut diberi kepercayaan untuk mengendalikan program masakan Ketuk Ketuk Ramadhan yang sudah diterbitkan lebih daripada 3 musim.

Pada hari ini, Hijab & Heels berbesar hati untuk berkongsi salah satu resipi masakannya yang pasti membuatkan sesiapa saja terliur apalagi di bulan Ramadan iaitu Masak Lemak Cili Padi Udang Bersama Pucuk Paku.

Bahan-bahan diperlukan:

1/2 kg udang galah sederhana (dibuang kepala)
1 biji santan
15 ulas cili padi (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 batang serai (dititik)
Sedikit kunyit hidup (sebesar ibu jari ditumbuk)
Segenggam pucuk paku
Asam keping
Garam

Cara menyediakan dan memasak:

– Tumis bahan yang ditumbuk bersama serai yang dititik sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan santan dan kacau. Biarkan seketika.

– Langkah seterusnya masukkan udang galah dan biarkan seketika. Apabila warna kulitnya bertukar merah, masukkan pula pucuk paku diikuti asam keping, garam dan perencah ayam Maggi. Dah siap!

Bagi yang pertama kali mencubanya, boleh menjadikan lampiran video ini sebagai rujukan anda.

So macam mana, terus lapar tak selepas menonton video ini tadi? Sudahlah mudah disediakan, sangat menyelerakan pula tu. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda. Selamat mencuba!

Foto: Youtube 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 8 Aug 2018

Kalau Berada Di Temerloh, Jangan Lupa Singgah Di Restoran Favourite Siti Nurhaliza Ini

Resepi turun temurun sejak 40 tahun lalu adalah rahsia restoran SZ Rahmah sering kali menjadi tumpuan penggemar ikan air tawar di Temerloh.

Eat Travel Fri, 1 Jun 2018

Chicken Cheese Ball Yang Rangup Ini Memang Sedap Dimakan, Ini Cara Nak Membuatnya!

Chicken Cheese Ball ini pelengkap waktu berbuka puasa anda.

Eat Travel Mon, 2 Jul 2018

Buat 4 Jenis Kek Di Dalam Mug Dengan Menggunakan Microwave, 3 Minit Dah Siap!

Sesuai untuk orang-orang yang malas buat kek tapi teringin.

Eat Travel Fri, 13 Jul 2018
Eat Travel Fri, 27 Jul 2018

‘Cola-Cola Clear’ Bakal Masuki Pasaran Malaysia Ogos Ini

Harga sebotol Coca-Cola Clear ini RM8.49 untuk 500ml.

Eat Travel Sat, 21 Mar 2020
Eat Travel Wed, 27 Mar 2019
Eat Travel Tue, 9 Oct 2018

Ini Cara Nak Masak Itik Sour Plum Yang Sedap

Makan dengan nasi panas memang terangkat!

Eat Travel Tue, 19 Jun 2018

5 Bahagian Kabin Kapal Terbang Yang Paling Kotor Dan Berkuman, Anda Memang Patut Elak

Elakkan daripada terkena jangkitan virus dengan tips ini.

error: Content is protected !!