Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin June 3, 2018 @ 9:00am

Muka Anda Pucat Ketika Berpuasa? Cuba Teknik Solekan Ini Untuk Tampak Fresh!

Bulan puasa ini mungkin ada di kalangan anda yang tidak bermaya dan malas untuk bermekap, kan? Kalau boleh pergi pejabat hanya guna calitan gincu sahaja.

Janganlah begitu, walaupun ini bulan puasa, jangan biarkan muka anda sentiasa pucat. Anda perlu tampil fresh, barulah molek dipandang dan penampilan anda juga akan terjaga.

Bagi anda yang malas nak bersolek, jom pelajari teknik solekan ringkas oleh hijabista ini. Percayalah, selepas anda mencuba teknik solekan ini, wajah anda akan kelihatan fresh dan cantik!

Nota: Hijabista ini menggunakan jenama-jenama makeup yang dia sukai. Kalau anda tak ada produk-produk yang dia gunakan, ataupun tak meminati jenama ini, no problem! 

Guna saja jenama pilihan anda, tetapi pastikan yang anda mengikut teknik solekan yang ditunjukkan, ya!

Cara-caranya:

1. Sapukan primer daripada jenama Laura Mercier pada keseluruhan wajah dengan sekata.

2. Sapukan pula NARS Sheer Glow foundation dan ratakan keseluruhan wajah dengan menggunakan berus (warna foundation perlu sesuai dengan tona kulit wajah anda).

3. Sapukan eyeshadow pada kelopak mata anda; pilih warna mengikut kesukaan anda.

4. Lentikkan bulu mata anda menggunakan alat pelentik seperti dalam video di atas.

5. Sapukan maskara pada bulu mata dengan perlahan-lahan sehingga bulu mata menjadi lentik.

6. Sapukan eyeliner pada bahagian hujung mata. (Rujuk video)

7. Lukis kening anda menggunakan celak kening dengan teliti. 

8. Sapukan Tarte Tarteist contour untuk menampakkan ilusi contour pada wajah. (Rujuk video)

9. Sapukan pula soft focus higlighter pada bahagian tengah hidung untuk effect hidung mancung.

10. Sapu pemerah pipi menggunakan berus pada tulang pipi kanan dan kiri wajah anda. (Rujuk video)

11. Untuk bibir pula, sapukan NYX Lip primer in deep nude pada bahagian atas bibir. Kemudian, oleskan Maybelline Rosy Matte lipstick in Mat2 Salmon Pink dengan rata pada bibir.

11. Sapukan pula Colourburst Matte Balm in 225 Sultry menggunakan berus pada bibir. (Rujuk video)

12. Sapukan Topshop LIPS lipstick in Hazard pada bibir anda dan ratakan warnanya. (Rujuk video)

13. Akhir sekali, lekatkan bulu mata palsu ikut kesukaan anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Aisha Liyana

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 14 Jan 2019

Teknik penjagaan lubang tindik telinga

Anda perlu ikuti agar luka anda pulih dengan cepat.

Oh Lawa Tue, 8 Oct 2019

Bibir anda gelap? Ketahui puncanya

Dapatkan kembali bibir yang cerah!

Oh Lawa Mon, 27 May 2019
Eat Travel Thu, 17 May 2018

Nikmati Susu Kurma Sepanjang Ramadan Ini. Pasti Segar & Bertenaga!

Jom cuba resepi susu kurma ini, pasti melengkapkan hidangan bersahur dan berbuka anda.

Featured Tue, 5 May 2020
Oh Lawa Mon, 17 Feb 2020
Acara Mon, 22 Jul 2019

Datuk Alha Alfa optimis curah ilmu solekan

Uqasha Senrose gamatkan Masterclass Makeup Alha Alfa

Featured Mon, 5 Nov 2018
Eat Travel Thu, 24 May 2018

Kumpulan Nasyid Rabbani Mengajak Anda Untuk Berbuka Puasa Di Dalam Gua!

Anda mesti tak pernah lagi lalui pengalaman unik sebegini, kan?

error: Content is protected !!