Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops May 24, 2018 @ 10:00am

Kumpulan Nasyid Rabbani Mengajak Anda Untuk Berbuka Puasa Di Dalam Gua!

Apa barang buka puasa di dalam restoran atau dewan? Tak bosan ke? Jomlah cuba pengalaman baru: berbuka di dalam gua!

Itulah konsep untuk majlis berbuka puasa yang diadakan oleh kumpulan nasyid tersohor Rabbani tahun ini.

Berlangsung setiap hari dari sekarang hingga 12 Jun, majlis ini bertempat di sebuah restoran bernama D’Gua Al-Kahfi. Yang menariknya, ia bercantum dengan sebuah gua!

Jadi anda memang boleh berbuka puasa di situ dulu sebelum naik ke ruang restoran untuk menjamu selera hidangan bufet. Memanglah pelik, tapi bukan selalu ada peluang sebegini.

Anda juga mesti tak sangka yang di tengah-tengah bandar Selangor ada sebuah gua, kan?

Foto: Facebook D’Gua Al-Kahfi

Hak milik seorang lelaki Melayu, gua semulajadi ini dinamakan Gua Al-Kahfi dan ia terletak di Taman Industri Bolton, Batu Caves.

Yang menariknya, gua ini berkonsep Islamik dan dihiasi dengan pelbagai tulisan khat serta lampu bermacam-macam warna.

Bila anda ada masa terluang, anda boleh saja jalan-jalan dan terokai gua semulajadi ini. Jangan risau, gua ini dilengkapi dengan penghawa dingin, so anda takkan rasa claustrophobic atau sesak nafas.

Foto: Facebook D’Gua Al-Kahfi

Kalau anda perlukan gambaran tentang bagaimana rupanya Gua Al-Kahfi ini, tengok video ini:

Di sini ada gambar lain untuk anda check out:

 

Aku kagum!. Tak sangka kat tengah KL ada gua!. Bukan gua buatan ye, ni gua betul. D’Gua Al Khafi Culture Village namanya. ⛰Situ happening, ada restoran tradisional, ada homestay, ada kawasan membuat barangan berasas getah, macam-macam dan paling best semuanya dalam suasana islamik.? Ohhh patutlah tiap hari banyak bas bawak pelancong luar negara datang sini. Memang best.?Lebih best lagi….sepanjang Ramadhan nanti kumpulan Rabbani akan buat persembahan kat sini. Wow! Kita berpeluang raikan Ramadhan dan berbuka puasa dengan Rabbani lagi!. Artis lain pun ada yg dah masuk jadual nyanyi kat sini jugak.? Pertama kali datang sini aku dah kagum sampai tak terkata apa. He he. SubhanALLAH. In sya ALLAH aku akan datang berbuka puasa sini juga nanti. Jom semua raikan Ramadhan bersama famili kat Gua Al Khafi.

A post shared by NAS AHMAD (@nasahmad_terjah) on

Makan dan layan persembahan artis Malaysia

Selain gua yang istimewa ini, tarikan majlis berbuka di sini ialah bufet yang menawarkan 30 jenis hidangan setiap hari. Konsepnya adalah “makanan sunnah Nusantara ala kampung”. Wah!

Bukan itu saja! Setiap hari, seorang atau sekumpulan artis tempatan seperti Rabbani sendiri, Raihan dan Khai Bahar akan membuat persembahan istimewa sementara anda menjamu selera.

Ada banyak lagi aktiviti menarik seperti tadarus Al-Quran, Qasidah serta solat berjemaah untuk Maghrib, Isyak dan terawikh. Imam dan surau ada disediakan. Moreh pun ada!

Buat tempahan sekarang!

Harga untuk orang dewasa ialah RM69 manakala untuk kanak-kanak, RM30. Kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah boleh makan free!

Dan dengan berbuka puasa di sini, anda juga berpeluang untuk beramal kerana 10% daripada harga yang anda bayar akan disalurkan ke tabung Kempen Ramadan Al-Khair Syria Care.

Tunggu apa lagi? Jom buat tempahan sekarang! Sila hubungi 011-3262 1042 atau 017-506 6119 ya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 7 Jul 2018

Teh Tarik Lebih Ummpphh Kalau Letak Bahan Ini

Nak lebih ‘kick’ letakkan sedikit madu.

Eat Travel Fri, 2 Aug 2019

Sedap dan sihat, cuba buat snek churro dengan teknik bakar

Jika anda jaga badan, anda boleh makan tanpa rasa bersalah.

Eat Travel Thu, 9 Jan 2020
Eat Travel Fri, 6 Jul 2018

Jangan Takut Nak Cuba Buat Kek Red Velvet! Jom Try Resipi Ini

Tak mustahil jika anda betul-betul mengikut resipinya.

Eat Travel Tue, 24 Apr 2018

Bila Travel Ke Osaka Atau Kyoto, Singgah Solat Di 4 Bilik Khas Ini, Percuma!

Ketika melancong, walaupun sibuk bershopping atau berjalan-jalan, mesti anda tak nak ketinggalan solat.

Eat Travel Sat, 1 Sep 2018
Eat Travel Fri, 31 Aug 2018
Eat Travel Thu, 9 Apr 2020
Eat Travel Mon, 10 Sep 2018

Nikmati Suasana Kampung Di Dalam Kesibukan Kota Metropolitan

Bagi warga kota tetapi sesekali ingin lari dari kesibukan kota, Chenta Cottage, adalah destinasi ideal buat anda.

error: Content is protected !!