Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops April 24, 2018 @ 1:16pm

Bila Travel Ke Osaka Atau Kyoto, Singgah Solat Di 4 Bilik Khas Ini, Percuma!

Ketika melancong, walaupun sibuk bershopping atau berjalan-jalan, mesti anda tak nak ketinggalan solat.

Tapi satu hal pula nak mencari tempat sesuai apabila anda berada di negara yang majoriti penduduknya ialah bukan Muslim.

No problem! Kalau anda melancong ke Osaka dan Kyoto di negara Jepun, ada 4 tempat sembahyang khas yang anda boleh guna. 

Mereka terletak di hab pengangkutan dan kawasan beli-belah yang popular bandar-bandar ini, jadi anda takkan miss.

1. Osaka Station City

Stesen utama inilah yang menghubungkan anda dengan mana-mana tempat lain di rantau Kansai. Jadi kalau anda travel ke Osaka, gerenti anda akan sampai juga ke stesen ini.

Untuk menggunakan bilik solat di sini, pergi ke meja informasi Osaka Station City di tingkat 3. Anda perlu mengisi borang ringkas dulu sebelum menikmati kemudahan yang ada. Anda diberi masa 20 minit saja untuk solat. OKlah tu daripada tak ada.

2. Shinsaibashi Suji

Kalau anda singgah ke Namba, anda pasti takkan miss Shinsaibashi Suji, sebuah lorong shopping sepanjang 600 meter. Ia berdekatan dengan Dotombori, kawasan hiburan dan tempat makan popular di Osaka. Depan lagi sikit, ada Ebisubashi Suji di mana anda boleh shopping lagi!

Jadi kalau anda ingin menghabiskan masa di kawasan ini, anda boleh singgah solat di bilik sembahyang yang disediakan oleh Kansai Tourist Information Centre. Ia terletak di tingkat 3 di dalam kedai Tommy Hilfiger Shinsaibashi.

Tempat ini menawarkan macam-macam perkhidmatan yang berkaitan dengan travel seperti tempahan pakej pelancongan. Ada juga free wifi, komputer serta printer yang anda boleh guna.

3. Namba City

Namba City adalah sebuah pusat beli-belah besar yang terletak di tingkat basement stesen Nankai Namba. Stesen ini adalah salah satu hab pengangkutan utama di bahagian barat negara Jepun, jadi memang sesuailah kalau ada bilik solat di situ.

Macam biasa, anda kena isi borang dulu, dan anda diberi masa 30 minit untuk menggunakan kemudahan ini.

4. Kyoto Tower

Terletak di bandar yang menggabungkan kemodenan dan tradisi, Kyoto Tower ialah bangunan tertinggi di situ. Kalau berminat, ada viewing platform yang anda boleh check out. Menara ini hanya dua minit saja dari stesen Kyoto yang merupakan hab pengangkutan bandar itu. Ia juga hanya dua stesen dari kawasan shopping iaitu di lorong Shijo.

Sebuah bilik solat telah dibuka baru-baru ini di tingkat menara ini, iaitu di kawasan Kansai Tourist Information Centre.

Lepas ini, tak perlulah anda naik train ulang alik semata-mata nak cari masjid. Baru anda boleh jalan-jalan dengan aman. Anda juga akan anda lebih banyak masa untuk bershopping! Yay!

Sumber: Have Halal Will Travel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 16 Jul 2019

17 foto mengapa Hoi An di Vietnam dipilih bandar terbaik dunia 2019

Dekat saja dengan Malaysia, jadi bolehlah pergi melancong!

Eat Travel Fri, 12 Oct 2018

Bukan Saja Cantik, Kek Karamel Pelangi Ini Mudah Saja Nak Buat!

Puding karamel ini juga boleh digabungkan dengan pelbagai jenis kek yang lain.

Eat Travel Thu, 28 May 2020
Eat Travel Fri, 24 Aug 2018
Eat Travel Mon, 12 Nov 2018

Ini Bukan Sembarang Muzium, Syaratnya Wajib Pakai Sut Skuba! Wow Luar Biasa!

Cancun Underwater Museum (MUSA), sebuah muzium bawah laut yang menjanjikan pengalaman luar biasa.

Eat Travel Mon, 13 Apr 2020
Eat Travel Wed, 13 May 2020

Min House Camp tawar pelbagai aktiviti pelancongan di bawah satu bumbung

Alam semula jadi dimanfaat sepenuhnya di sini

Eat Travel Fri, 28 Sep 2018
Eat Travel Sat, 2 Feb 2019

Kekangan bajet untuk bercuti? Jom bergembira di 99 Wonderland Park, Jimat! 

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini!  

error: Content is protected !!