Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Shaidah Shafie May 13, 2020 @ 2:53pm

Min House Camp tawar pelbagai aktiviti pelancongan di bawah satu bumbung

Siapa tidak gembira kalau pergi bercuti di satu tempat sahaja, tetapi anda seolah-olah menjelajah banyak taman, melakukan pelbagai kegiatan lasak dan meneroka alam tanpa batasan!

Apa tidaknya kerana di situ terdapat pelbagai taman herba, boleh mengutip lokan di sungai dan jika bernasib baik, memetik buah menggunakan galah buluh seperti berada di kebun sendiri.

Pastinya pengalaman berkenaan akan membuatkan anda mahu berkunjung lagi ke tempat sebegitu.

Wan Noriah Wan Ramli (tengah) bersama-sama sekumpulan media luar negara yang membuat rakaman di Min House Camp. Foto kredit: Min House Camp.

Antara destinasi pelancongan yang menyediakan pelbagai aktiviti di bawah satu bumbung ialah Min House Camp (MHC)yang diwujudkan berasaskan kehidupan komuniti kampung sebenar di atas tanah seluas dua ekar di Kubang Kerian, Kelantan.

Pengurus MHC, Wan Noriah Wan Ramli, berkata MHC bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat tempatan, sebaliknya turut dikunjungi pelancong asing yang menggemari kegiatan berunsurkan alam semula jadi di situ.

“MHC terletak kira-kira 15 km sahaja dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan dilatari alam semula jadi, malah sebahagian daripada kawasan rekreasinya adalah sungai.

“Kedudukan yang strategik ini juga menjadikan MHC sebagai lokasi persinggahan pelancong asing yang ingin bercuti ke Besut atau meneruskan perjalanan ke pulau,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Imbas nostalgia zaman kanak-kanak memanjat pokok untuk memetik buah. Foto kredit: Min House Camp.

Kawasan berkeluasan dua ekar itu dipenuhi pelbagai landskap hijau seperti taman Nordic, kebun sayur dan ladang kelulut yang menjadi bahan pembelajaran terhadap pengunjung.

Bagi yang berminat dengan aktiviti luar, anda boleh berkayak di sungai secara individu atau berkumpulan selain berbasikal mahupun melakukan aktiviti merentas hutan.

Wan Noriah berkata, MHC menyediakan 100 unit penginapan yang terbahagi kepada penginapan untuk keluarga atau perseoangan dan sentiasa cukup untuk menampung pengunjung.

Dua anak pelancong asing seronok berbasikal dalam kawasan kediaman Min House Camp. Foto kredit: Min House Camp.

“Unit penginapan kami dibina dengan konsep moden, namun dikemaskan dengan elemen tradisional seperti binaan buluh dan kayu selain pengunjung boleh memasak jika memilih unit keluarga. Ada juga disediakan surau dan dewan untuk tujuan kegiatan berkumpulan.

“Pengunjung tidak perlu risau mahu makan di mana kerana ada restoran berdekatan milik penduduk sekitar dan ini juga adalah sebahagian daripada apa yang ditawarkan oleh MHC, iaitu penduduk dapat menjana ekonomi juga,” katanya.

Keunikan MHC menyebabkan kem pelancongan itu menerima banyak anugerah antaranya ASEAN Green Hotel Standard 2018 – 2020, Asean Community Based Tourism Standard 2019 -20121, Best East Coast Tourism Product 2019 & 2019 selain anugerah penghargaan daripada Tripadvisor dan booking.com.

Itik serati antara yang menjadi tarikan di Min House Camp. Foto kredit: Min House Camp.

Kepada pencinta alam semula jadi, mungkin ini lokasi sesuai untuk anda bercuti bersama-sama keluarga atau rakan sama minat, namun buat masa ini Wan Noriah menjelaskan MHC ditutup sepanjang PKP kerana ia digunakan sebagai penempatan untuk gelandangan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 May 2026

Dr Afifah Nafi Sudah Temui ‘Pengganti’ Nubhan

Dr Fie hanya mampu tersenyum ketika diajukan soalan demikian usai perbicaraan kes komital yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam baru-baru ini.

Featured Mon, 27 Mar 2023
Featured Mon, 5 Dec 2022

“Manusia Lain-Lain, Bukan Semua Lelaki Macam Laki Hang!”- Eyra Hazali Berang, Nasihat Netizen Jangan ‘Influence’ Masyarakat Soal Perkahwinan

Betul tu! Kadang ada yang berfikir-fikir nak kahwin sebab takut dengar cerita org yang dah kahwin. eh!

Featured Wed, 24 Aug 2022
Featured Tue, 6 Sep 2022

Beri Pandangan Peribadi, Azhar Sulaiman Tak Setuju Cara Puteri Balqis – “Dia Masih Budak, Tak Ada Siapa Nasihat Dulu?”

Terlalu brutal ceritanya untuk seorang celebrity to share publically – Azhar Sulaiman

Featured Thu, 10 May 2018

Serangga Masuk Ke Dalam Telinga Anak Anda? Ini Apa Yang Anda Perlu Buat

Ini boleh menyebabkan anak anda berasa takut, tak selesa atau sakit jika dibiarkan.

Eat Travel Sat, 1 Sep 2018
Events Sat, 14 May 2022
error: Content is protected !!