Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops July 6, 2018 @ 3:00pm

Jangan Takut Nak Cuba Buat Kek Red Velvet! Jom Try Resipi Ini

Jenis kek yang paling diminati orang kini adalah kek Red Velvet. Kek ini yang betul-betul menjadi selalunya bertekstur lembut seperti baldu, samalah dengan namanya.

Rasanya pun lemak berkrim, kerana adanya ramuan mentega dan buttermilk yang gerenti membuat anda terliur. Kalau ada pula frosting cream cheese, fuhh! Lagi syok!

Ada dalam kalangan anda mungkin menganggap yang kek Red Velvet nampak mahal, jadi ia susah untuk dibuat.

Yalah, warnanya yang merah menyala itu jarang kita lihat pada kek sebelum popularnya kek ini. Jadi kita anggap ia sebagai ekslusif.

No worries, bukan pakar buat kek saja yang boleh buat Red Velvet Cake. Anda pun boleh! Senang saja sebenarnya jika anda ikuti resipinya dengan betul.

Nak cuba? Ikuti resipi yang Hijab & Heels kongsikan ini.

Bahan-bahannya:

1) Bahan kering

  • 400 gram tepung kek
  • 10 gram serbuk koko, tak manis
  • 5 gram baking soda
  • Secubit garam

2) Bahan basah

  • 115 gram unsalted butter, dilembutkan
  • 330 gram gula caster atau gula halus putih
  • 2 biji telur, di suhu bilik
  • 250 ml minyak sayuran
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 2 sudu kecil ekstrak vanila
  • 250ml buttermilk, di suhu bilik
  • 2 ½ sudu besar pewarna makanan merah

3) Frosting

  • 400 gram cream cheese, berbentuk blok (bukan jenis sapuan)
  • 115 gram unsalted butter, di suhu bilik
  • 1 ½ sudu kecil ekstrak vanila
  • 450 gram gula icing

Foto: Recipe Tin Eats

Cara-caranya untuk buat kek:

1. Panaskan oven ke 180 darjah Celcius. Sapukan mentega pada 2 biji loyang kek bulat (8 inci) di tepi dan dasar bahagian dalamnya. Tabur sedikit serbuk koko ke atasnya.

2. Tapiskan bahan kering ke dalam mangkuk besar dan gaul dengan whisk.

3. Masukkan mentega dan gula di dalam mangkuk lain dan pukul dengan electric beater sampai lembut dan sebati.

4. Tambahkan telur, satu demi satu, dan kacau supaya rata. Pada mulanya ia mungkin nampak berketul, tapi teruskan pukul sampai ia nampak smooth.

5. Tambahkan minyak sayuran, cuka, ekstrak vanila, buttermilk dan pewarna merah. Pukul sampai rata dan lembut.

6. Tambahkan bahan-bahan kering. Pukul sikit sampai semua bahan tergaul sikit (sikit-sikit saja, jangan terlebih gaul!).

7. Tuangkan adunan sama rata ke dalam 2 loyang yang telah disediaknan. Bakar selama 25 ke 30 minit di atas rak yang sama, atau sampai apabila lidi yang dicucuk keluar licin dan adunan tidak melekat.

8. Biarkan kek di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan dan letakkan di atas rak untuk sejuk.

Cara-cara untuk buat frosting:

1. Pukul cream cheese, mentega dan vanila selama 3 minit (supaya ia lembut dan bertukar warna dari kuning ke putih).

2. Tambahkan gula icing dan pukul selama 2 minit, atau hingga frosting rasa ringan dan fluffy mengikut citarasa anda.

Nota: Jika ia terlalu berair (ia sebenarnya bergantung kepada kualiti cream cheese, atau sama ada cream cheese terlalu lembut), tambahkan saja gula icing.

Cara untuk letakkan frosting pada kek:

1. Potong bahagian atas kedua-dua kek supaya rata dengan menggunakan pisau bergerigi.

2. Sapukan sebanyak 1 ½ cawan frosting pada satu kek. Letakkan satu lagi kek di atasnya. Kemudian sapukan lebihan frosting ke atas dan bahagian tepi keseluruhan kek itu.

Tip: Hancurkan lebihan kek yang dipotong tadi dan gunakan ia untuk menghias permukaan frosting.

Foto: Recipe Tin Eats

Selamat mencuba!

Sumber: Recipe Tin Eats

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 23 Nov 2018

10 Benda Yang Patut Ada Dalam Beg Carry-On Sekiranya Penerbangan Anda Tergendala

Bila anda tersangkut di airport berjam-jam, kalau boleh anda nak rasa selesa.

Eat Travel Thu, 23 Apr 2020
Eat Travel Fri, 3 Apr 2020
Eat Travel Mon, 31 Dec 2018

Diiktiraf Sebagai 100 Destinasi Terbaik Pelancongan Eko Dunia, Taiping Wajar Dicontohi!

Taman Tasik Taiping menjanjikan suasana damai buat pengunjung

Eat Travel Tue, 20 Nov 2018
Eat Travel Wed, 12 Feb 2020
Eat Travel Wed, 8 Aug 2018

Kalau Berada Di Temerloh, Jangan Lupa Singgah Di Restoran Favourite Siti Nurhaliza Ini

Resepi turun temurun sejak 40 tahun lalu adalah rahsia restoran SZ Rahmah sering kali menjadi tumpuan penggemar ikan air tawar di Temerloh.

Eat Travel Sun, 20 May 2018

Resepi Jeli Kelapa Ini Bikin Waktu Berbuka Puasa Lebih Awesome!

Indahkan saat berbuka puasa anda dengan hidangan jeli kelapa.

Eat Travel Mon, 24 Feb 2020
Eat Travel Thu, 1 Nov 2018

Ikan Berenang-Renang Di Kaki Anda Bila Lepak Minum Di Kafe Ini

Jangan risau, ikan-ikan ini tak akan gigit kaki anda!

error: Content is protected !!