Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops August 2, 2019 @ 9:00am

Sedap dan sihat, cuba buat snek churro dengan teknik bakar

Salah satu snek yang makin popular dalam kalangan rakyat Malaysia ialah churro.

Berasal dari Sepanyol dan Portugal, churro ialah sejenis pastri yang digoreng. Kebiasaannya ia disalut dengan gula, tetapi ada beberapa resipi yang melibatkan inti krim.

Orang sekarang semakin kreatif. Ada kedai yang menghidangkan churro dengan sos coklat atau ais krim. Memang lazat!

Namun begitu, churro masih dianggap sebagai snek yang tidak begitu baik untuk kesihatan kerana ia menggunakan teknik menggoreng.

Jika anda teringin mahu makan churro juga, anda boleh buat sendiri tetapi daripada menggoreng, anda boleh gunakan teknik bakar di dalam oven. Gerenti lebih sihat!

Resipi yang dikongsikan oleh Tasty di bawah ini juga senang untuk diikuti. Jom tengok!

Bahan

  • 1 cawan air (240 ml)
  • 1/3 cawan mentega (75 gram)
  • 2 sudu besar gula perang
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan tepung (125 gram)
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • 2 biji telur
  • Gula + serbuk kayu manis (cinnamon sugar)
  • Coklat cair

Cara penyediaan

  1. Panaskan ketuhar ke suhu 180˚C.
  2. Di dalam pan kecil di atas api sederhana, campurkan air, mentega dan gula perang dan biarkan cair hingga mendidih.
  3. Tutup api dan tuangkan tepung sambil kacau.
  4. Alihkan pan daripada api dan masukkan vanila, diikuti telur satu per satu. Kacau.
  5. Pindahkan campuran ke dalam piping bag dengan muncung bintang.
  6. Picitkan kepingan churro dengan kepanjangan 3 inci ke atas loyang berlapikkan kertas minyak. Tip: gunakan pisau untuk memotong setiap keping, jika perlu.
  7. Bakar di dalam ketuhar selama 10 minit, kemudian panggang (tanpa minyak) di atas api hingga warnanya perang keemasan.
  8. Salut setiap keping churro dengan mentega cair dan kemudiannya dengan cinnamon sugar.
  9. Hidang dengan cicahan coklat cair (jika mahu).

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Mar 2018

Selamatkan Budak Perempuan Tersepit, Air Mata Fazura Buat Netizen Cair

Nampaknya masih ramai yang belum boleh move on dengan majlis resepsi pasangan Fattah Amin dan Fazura yang berlangsung pada Ahad lalu.

Featured Fri, 4 Jun 2021

Kekal Anggun Menawan, Tengku Permaisuri Norashikin Sambut Ulang Tahun Ke-50

DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin  menyambut ulang tahunnya yang ke-50 hari ini. Ucapan ulang tahun Tengku Permaisuri Norashikin diumumkan menerusi laman Selangor Royal Office. Walaupun baru mencecah usia 50 tahun namun Tengku Permaisuri […]

Featured Mon, 15 Jul 2019
Featured Fri, 5 Feb 2021

“Ustaz Buka Mata Ramai Pemimpin.. ” – Pertemuan Ebit Lew Dan TMJ Dapat Perhatian Ramai

Semoga lebih ramai peminpin yang mencontohi sikap Ustaz Ebit Lew, sentiasa memberi tanpa mengharapkan balasan🤲🏻

Featured Fri, 17 Mar 2023
error: Content is protected !!