Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin June 4, 2018 @ 6:00pm

Ini Antara 5 Trend Hijab Raya 2018 Yang Pasti Memukau

Setiap kali menjelang hari raya, pasti ada dalam kalangan kita yang sibuk bershopping membeli baju raya, kan? Tidak ketinggalan juga dengan hijab; pasti ia menjadi keutamaan untuk anda dapatkan koleksi yang paling cantik untuk bergaya pada Syawal nanti. Betul tak?

Kalau kita lihat banyak koleksi hijab yang diketengahkan oleh jenama-jenama fesyen muslimah, semuanya cantik-cantik. Rata-rata di antara mereka mementingkan perincian dan tekstur fabrik bagi menarik minat ramai wanita untuk membelinya. 

Penulis kongsikan 5 trend hijab yang bakal meletup sepanjang Aidilfitri 2018!

1. Inner Turban

Sama ada jenama Naelofar mahupun Fareeda, masing-masing berlumba keluarkan koleksi inner tudung yang konsepnya disunting daripada pemakaian turban. Bahagian depan atas kepala yang dilitupi inner turban itu tadi akan dibiar keluar sedikit untuk cipta sensasi ranggi.

2. Bawal Simpulan Riben

Kalau tahun lepas kecoh dengan tudung ‘bulu-bulu’, tahun ni lain pula bila ada beberapa jenama hijab popular keluarkan tudung yang lengkap dijahit dengan perincian riben. Paling penting, kedudukan riben tu boleh dilaras mengikut kehendak si pemakai. Ada macam-macam warna dan anda boleh dapatkannya di Tudung Ruffel.

Foto: Instagram Tudung Ruffles

3. Kerlipan Kristal

Kalau bab berkilat-kilat ini memang semua wanita suka, kan? Jika anda tidak gemar memakai kerongsang glamour, cukuplah pakai hijab yang dihiasi batu permata seperti yang ditampilkan oleh jenama TudungPeople ini. Pasti penampilan anda lebih cantik dan berkeyakinan!

Foto: Instagram TudungPeople

4. Hijab Satin Organza

Anda boleh mencuba gaya pemakaian hijab di pagi raya dengan seleksi hijab daripada helaian material 2 dalam 1 ini. Dari sebelah sisi hijab ia kelihatan seperti satin, dari arah lain pula nampak seperti organza. Lagi menawan dengan pantulan sinaran pada hijab jenis ini yang akan membuatkan foto hari raya anda menjadi wow! Anda boleh lihat koleksi satin organza ini di Instagram AlHumaira

5. Shawl Bunga Timbul

Nampak lain daripada yang lain dengan koleksi shawl bunga timbul yang akan membuatkan muslimah moden tampil dengan penuh anggun. Rimbunan bunga timbul pada hujung shawl memang cantik jika dililit dengan kemas. Anda boleh lihat koleksi ini di instagram TudungPeople.

Foto: Instagram Tudung People

Jadi mana satu menjadi pilihan anda? Terpulang pada pilihan anda, yang paling penting, pakailah hijab yang memberi keselesaan anda untuk bergerak pada hari raya nanti.  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Aug 2018

Semuanya Cantik-Cantik Belaka, Anak Selebriti Tempatan Yang Mana Pilihan Hati Anda?

Berstatus anak selebriti tempatan, lapan remaja ini membesar dengan pesona diwarisi kedua ibu bapa mereka.

Featured Tue, 21 Apr 2020
Featured Tue, 26 May 2020

Gaya sederhana, namun manis dan menawan hati

Baju yang boleh dipakai di luar musim

Oh Lawa Wed, 22 Aug 2018

Katakan Tidak Pada Muka Pinggan! Ini Cara Pecahkan Lemak Di Muka Anda

Teknik mengurut di bahagian wajah juga boleh menghilangkan lemak yang terkumpul.

Featured Thu, 16 Apr 2020
Oh Lawa Thu, 22 Mar 2018

Masih Gigit Kasut Baru Untuk Elak Kaki Melecet? Apa Kata Cuba Tips Mudah Ini

Anda pernah alami tak kalau pakai kasut yang baru dibeli mesti akan melecet? Mesti akan berasa pedih dan sakit di bahagian belakang tumit dan bahagian tepi ibu jari kaki kan? Terus hilang mood nak ‘melaram’ dengan kasut baru! 

Featured Thu, 19 Mar 2020
Oh Lawa Fri, 28 Dec 2018
Oh Lawa Thu, 30 May 2019

Elemen glam dan tradisional serlahkan gaya klasik koleksi raya Shawlpublika

Himpunan rekaan Aidilfitri 2019 cipta sejarah tersendiri

Oh Lawa Tue, 22 May 2018

Gaya Fesyen Tun Dr Siti Hasmah Yang Klasik, Simple & Sopan, Memang Patut Direspek

Jom ketahui item atau gaya fesyen yang kini sudah menjadi signature look baginya.

error: Content is protected !!