Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom June 13, 2018 @ 9:00pm

Jom Layan 10 Lagu Raya Terbaik Pilihan Hijab & Heels

Memanggil-manggil keinginan hati untuk segera pulang ke kampung setiap kali mendengar lagu Raya yang berkumandang di radio. Ada sebahagiannya sangat dekat di hati pendengar.

Bersifat evergreen atau malar segar, namun di antara ratusan lagu Hari Raya yang popular, Hijab & Heels memilih 10 lagu Raya terbaik selain mendapat putaran hangat di corong-corong radio. Jom layan!

1. Suasana Hari Raya – Anuar Zain & Elina

Lagu ciptaan Adnan Abu Hassan dan lirik oleh Habsah Hasan ini antara yang menaikkan populariti penyanyi lelaki idaman Malaya, Anuar Zain yang ketika itu baru berusia 16 tahun. Bersama-sama Elina, lagu duet ini memang pencetus terbaik suasana hari raya.

2. Selamat Hari Raya – Allahyarhamah Biduanita Puan Sri Saloma

Tahukah kamu, lagu ciptaan dan lirik Ahmad Jaafar ini dicipta pada tahun 1955 dan antara all time favourite yang tak muak didengar. 

3. Dendang Perantau – Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Confirm meleleh air mata setiap kali mendengar lagu ini di corong radio. Lagu karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ini kira-kira sudahpun berusia 68  tahun.

4. Suatu Hari Di Hari Raya – Dato’ M. Nasir

Siapa yang tak kenal dengan one of the creative genius in Malaysia, Dato’ M. Nasir. Apatah lagi dengan lagu ciptaannya ini. Penulis paling suka bait-bait liriknya, “Satu hari di hari raya, ku lihat wajah suci ibuku, ku lihat wajah kasih ayahku, ku gembira… Mungkin inilah dia kebahagiaan.”

5. Seloka Hari Raya – Uji Rashid & Hail Amir

Antara artis duet terbaik zaman 70-an. Karya yang dicipta oleh komposer Dato’ Dr Ahmad Nawab ini membawa suasana ceria, cukup sesuai dengan sambutan Aidilfitri serta lirik yang sangat cantik penceritaannya. Menurut Uji Rashid, Seloka Hari Raya memang dicipta untuk dirinya dan Hail. “Ahmad Nawab memang mengenali kami, daripada melodi hingga lirik, dia tahu dan mahu sesuaikan dengan nyanyian saya dan Hail. Saya masih ingat beberapa kali dia minta Chuari menukar lirik supaya apa yang dinyanyikan kena dengan kami,” cerita Uji Rashid.

6. Suasana Hari Raya  – Allahyarham Datuk Sharifah Aini

Dengan muziknya yang cepat menangkap telinga itu hasil ciptaan Datuk Dr. Ahmad Nawab manakala liriknya pula oleh si penyanyinya sendiri, lagu ini juga adalah santapan wajib di Hari Raya. Ia ibarat memanggil-manggil kita untuk lebih bersemangat menyambut Syawal.

7. Balik Kampung – Sudirman

Lagu Balik Kampung antara satu kemestian buat perantau yang berpusu-pusu nak pulang ke kampung setiap kali menjelangnya hari raya. Jika dilihat pada liriknya, lagu ini sebenarnya pencetus sentuhan rohani. Oh, and we love this music video! So chic.

8. Sesuci Lebaran – Dato’ Siti Nurhaliza

Antara lagu yang membangkitkan perasaan gembira menyambut kedatangan Syawal. Ternyata Pak Ngah dan Hairul Anuar Harun did a great job untuk lagu ini.

9. Pulanglah – Aishah

Menurut Aisyah, Pulanglah bukanlah lagu cinta yang khusus pada kekasih saja, malah untuk semua. Lagu ini menggambarkan bagaimana sebuah perhubungan terjalin dan musnah akibat perkara yang tak sepatutnya terjadi. Kata Aisyah lagi, lagu ini mengharapkan orang tersayang pulang di hari raya untuk bermaaf-maafan dan melupakan sengketa lama.

10. Indahnya Beraya Di Desa – Azlina Aziz

Sebuah lagi lagu raya yang bernuansakan pop tetapi masih lagi mampu memberikan impak luar biasa dan berupaya menjadi salah sebuah lagu raya malar segar. Sentuhan S. Atan dan Fauzan Uda Ahmad serta ditambah pula dengan suara lunak merdu Azlina Aziz melengkapkan lagi kehebatan lagu raya yang satu ini.

So, mana satu favourite lagu Raya anda?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 13 Aug 2023
Featured Mon, 16 Jan 2023

[VIDEO] “Orang Paling Dekat Akan Rembat Laki Kita, Jaga-Jaga…” – Che Ta Usik Zain Saidin ‘Makan Beradab’ Dengan…

Alamak, harapnya Zain ok ja 🤣 10 years of marriage and still lovey dovey nah hampaa 🥰❤️

Featured Fri, 27 Jan 2023

[VIDEO) Mesra Bersama Di Konsert, Peminat Setuju Jika Daiyan Trisha & Aedy Ashraf Bercinta!

Umum mengetahui, pelakon Aedy Ashraf dan Daiyan Trisha sememangnya sering mencuri perhatian ramai dengan keakraban mereka. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Aedy di platform TikTok yang memaparkan dia dan Daiyan berada […]

Eat Travel Thu, 17 May 2018

Chicken Wings Bersalut Emas Ini Berharga RM3926. Wow! Mahalnya

Wow! Kepak ayam bersalut emas ini harganya boleh habis duit gaji sebulan!

Featured Tue, 29 Nov 2022

[VIDEO] “Nak Lawan Orang ‘Keras’, Kena Berlembut…” – Pertama Kali Bekerjasama, Yasmin Hani Kongsi Cara Hadapi Momen ‘Menyirap’ Sheila Rusly 

Min setuju dengan cara Yasmin Hani tu. Kalau lawan dengan ‘keras’ juga, tak settle masalah 🤭🥵

familuv Thu, 19 Jan 2023

Anak Arwah Siti Sarah Manja Tidur Bersama Raissuddin Hamzah, Netizen Kata Uwais Dah Faham Erti Kehilangan Gara-Gara…

Anak kepada penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Uwais Al-Qarni meraih perhatian ramai kerana gelagat manja bersama datuknya, Raissuddin Hamzah. @suciuwais Uwais buat atok tak tido malam macam ni. Anxiety terus atoknya ☺️ #uwaisalqarni #atok […]

Featured Wed, 8 Mar 2023

“Saya Pilih Berdamai Demi Anak-Anak” – Fasha Sandha Anggap Perceraian Bukan ‘Tiket’ Untuk Bermasam Muka

Demi anak-anak dan kebahagian mereka, parents kena tolak tepi ego masing-masing🤍

error: Content is protected !!