Euforia Bola 2026
familuv By: tex_admin June 22, 2018 @ 5:00pm

Menabur Bedak Pada Bayi Anda Sebenarnya Merbahaya! Ini 4 Sebabnya

“Eh, busuknya anak awak! Tak pakaikan bedak ke lepas mandi?!”

Haaa, ibu-ibu mesti tidak suka kan kalau anak anda kena kutuk bau busuk sebab tidak memakai bedak? Memang lumrah sebenarnya, ibu-ibu yang ada anak kecil memang suka sapu bedak pada anggota badan anak mereka supaya tak nak bau busuk.

https://1.bp.blogspot.com/

Bahagian leher, badan, punggung dan alat sulit anak antara bahagian yang menjadi keutamaan ibu-ibu menyapu bedak tiap kali selepas mandi. Tetapi, anda tahu tak kalau sapu bedak terlalu banyak boleh memudaratkan kesihatan mereka?

Anda kena tahu ya, kandungan utama bedak bayi adalah talc, iaitu mineral yang mengandungi silica magnesium yang sudah terhidrasi. Apabila partikel mineral daripada talc yang ditaburkan pada permukaan badan, ada yang ‘mengewap’ ke udara  dan ada yang terserap. Awas! Bahagian yang terserap itu yang berbahaya!

1. Punca Pneumonia

Bila terlalu banyak menghidu bedak, ia boleh masuk ke dalam paru-paru bayi. Debu bedak tersebut akhirnya berkumpul di dalam paru-paru bayi dan lama-kelamaan akan menjadi pneumonia. 

Pneumonia merupakan jangkitan paru-paru, yang melibatkan pundi udara. Pundi-pundi udara akan dijangkiti bakteria (nanah) dan mengakibatkan tanda-tanda pneumonia seperti demam, sukar bernafas dan menggigil.

2. Kesukaran Bernafas

Ada segelintir bayi pernah menghadapi masalah sukar bernafas tanpa sebab hingga terpaksa dibawa ke hospital. Selepas diperiksa, laporan perubatan mendapati kesukaran tersebut berpunca daripada terlalu banyak terdedeh pada bedak bayi.

Partikel keras di dalam bedak masuk ke dalam paru-paru dan menghalang sistem pernafasan bayi hingga menyebabkan oksigen tidak cukup sampai ke paru-paru.

3. Risiko Jangkitan Bakteria

Kekerapan menyapu bedak bayi pada sekitar kemaluan atau vagina (bagi bayi perempuan) juga akan mendedahkan mereka kepada jangkitan bakteria. Debu dari taburan bedak mampu sampai ke organ genital yang lebih dalam dari kawasan kemaluan. Awas! Semakin banyak ia berkumpul di kawasan tersebut sehingga menimbulkan jangkitan bakteria kepada anak.

4. Risiko Kanser Ovari

Menurut kajian yang dilakukan oleh American Academy of Pediatrics, kekerapan menyapu bedak pada kawasan kemaluan bayi, berkemungkinan meningkatkan risiko terkena kanser ovari.

https://1.bp.blogspot.com/

Sebenarnya, bukan tak boleh langsung memakaikan bedak pada anak, tetapi perlu tahu cara-caranya!

– Elakkan taburan bedak pada kawasan muka bayi.

– Jangan tabur bedak di sekitar kemaluan bayi.

– Jangan tabur terus bedak ke anggota badan bayi. Sebaiknya tuang di tapak tangan korang, kemudian baru disapu secara rata ke badannya. Jangan tabur terkalu banyak!

– Pilih bedak yang diperbuat daripada tepung jagung.

Anda kena tahu kadang-kadang, perkara yang kita anggap mudah itu boleh memudaratkan tau. Jadi, sentiasa berjaga-jaga ya!

Sumber: https://www.mynewshub.cc/vvanita-my/4-risiko-pakaikan-bedak-talkum-kepada-bayi-anda/ 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 25 Dec 2018
familuv Thu, 2 May 2019

Besarkan 6 anak dengan poket kosong, terpaksa tebalkan muka pinjam duit jiran

Penerima Anugerah Ibu Mithali Harian Metro 2019 kongsi kisah duka

familuv Fri, 8 Mar 2019
familuv Wed, 16 Jan 2019

Kalau takut suami tumpas di tangan wanita seberang, amalkan 25 petua ini

 Wanita seberang sentiasa meletakkan suami di tempat teratas. 

familuv Mon, 25 Jun 2018

Belajar Buat Pizza Bersama Anak Anda Dengan Resipi Mudah Ini

Ini boleh menjadi aktiviti “bonding” untuk anda berdua.

familuv Tue, 12 Jun 2018

YB Nurul Izzah Kongsi Tip Untuk Ibu Bapa Supaya Hubungan Mereka Dengan Anak Lebih Erat

Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya mereka mesti ikuti tip ini!

familuv Wed, 6 Mar 2019
familuv Wed, 16 Oct 2019

10 tanda anak anda mangsa buli siber

Golongan kanak-kanak pun boleh terkena.

familuv Mon, 18 Mar 2019

Telefon pintar ibarat perempuan simpanan, huru-harakan rumah tangga

Ketepikan telefon bila bersama keluarga! 

familuv Mon, 1 Oct 2018

Selamatkan Anak Anda Daripada Kanser Dengan Menjadi Ibu Bapa Yang Lebih Prihatin

Jangan leka dengan telefon, perhatikan setiap inci perubahan fizikal anak anda!

error: Content is protected !!