Oh Lawa By: Yanie Baharom June 19, 2018 @ 12:00pm

Tampil Wow Pada Majlis Perkahwinan Anda, Melaram Dengan 5 Jenis Anting-Anting Ini

Di musim perayaan ini pasti ramai pasangan kekasih yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Apalagi sekarang ini berlangsungnya cuti penggal persekolahan selama dua minggu.

Khusus buat anda yang bakal bergelar raja sehari, topik yang ingin dikongsi bersama anda mungkin terlalu remeh. Namun aksesori yang ingin diperkatakan ini salah satu benda wajib sebagai pelengkap gaya anda. 

Tahukah anda ketepatan dalam memilih anting-anting yang bersesuaian boleh memberi nilai tambah pada penampilan anda di hari bahagia nanti.

Dengan memakai subang yang sesuai dengan peribadi, personaliti, busana dan situasi, pastinya membuatkan penampilan anda lebih menyerlah dan elegan.

Edisi kali ini menghimpunkan seleksi anting-anting yang sesuai digayakan untuk majlis raikan cinta.

1. Teardrops 

Seperti namanya, anting-anting jenis ini seperti air mata yang jatuh. Anting-anting ini sesuai buat mereka yang memiliki wajah berbentuk hati. Selain memberikan penampilan yang lebih seimbang, anting-anting ini sering dijadikan pilihan kerana bentuknya yang cantik.

Foto Kredit : Jules Bridal Jewellery

2. Cluster 

Anting-anting jenis ini kelihatan seperti stud, namun ia tampil lebih kompleks dari segi rekaannya. Anting-anting jenis ini mempunyai banyak sulaman batu permata ataupun perincian bagi memberi kesan lebih menawan dan lebih nyata buat si pemakai.

Foto Kredit : affordablealegancebridal. com

3. Huggies 

Ia kelihatan seperti hoop namun saiznye jauh lebih kecil. Ia juga dilengkapi dengan suntikan batu permata yang membiaskan aura glamor. Ia membuatkan si pemakai tampil lebih feminin  dan sesuai buat mereka yang memiliki wajah petak.

 

Foto Kredit : ebay.com

4. Dangle 

Sesuai buat mereka yang mempunyai wajah berbentuk bulat dan hati. Anting-anting jenis ini memberikan impak kontras buat wajah anda dan melahirkan kesan lebih mewah untuk gaya ratu sehari. Juraian dari anting-anting ini juga melahirkan kesan dramatis buat penampilan anda.

Foto Kredit : raghunandanjewellers.com

5. Chandelier 

Chandelier merupakan gabungan dari Stud dan Dangle dan sesuai untuk mereka yang mempunyai wajah hati atau oval. Bentuk anting-anting ini mempunyai juntaian lebih dari dua ke tiga lapis. Anting-anting jenis ini memberikan kesan lebih elegan dan eksklusif buat penampilan ratu sehari. Kebiasaanya, rekaan anting-anting ini dipenuhi dengan kombinasi batu permata yang membuatkan si pemakai kelihatan bersinar.

Foto Kredit : stressawaybridalshop.com

Sumber: Pengantin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Mar 2020
Oh Lawa Thu, 9 Aug 2018

Hamparan Gaun Perkahwinan Melissa Sin Buat Tetamu Terpesona

Melissa berasa sangat terusik dengan sentuhan terakhir yang diberikan oleh pereka baju perkahwinannya itu.

Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Ketahui Tip-Tip Membeli Kasut Tumit Tinggi & Bila Masa Paling Sesuai Untuk Beli

Anda mesti praktikkannya supaya anda rasa selesa ketika memakai high heels anda.

Featured Thu, 29 Nov 2018

Puma Suede Kolaborasi Menawan Khusus Buat Peminat Barbie!

Puma X Barbie didatangkan dalam warna merah jambu dan hitam.

Featured Tue, 21 Apr 2020
Oh Lawa Fri, 16 Mar 2018

6 Model Cilik Yang Berpotensi Untuk Menakluki Dunia Fesyen. Kecil-Kecil Dah Stailo!

Ada ramai model kanak-kanak yang dah pun berjaya melakar nama di persada dunia. Dan mereka ni memang tak dinafikan berbakat!

Oh Lawa Mon, 14 May 2018

14 Pakaian Luar Biasa Yang Pernah Diperagakan Oleh Lady Gaga, Pelik-Pelik Belaka!

Tak ada siapa lagi yang dapat menandinginya daripada segi kreativiti dan keberanian.

Featured Wed, 20 May 2020