Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops October 4, 2018 @ 4:30pm

5 Rahsia Anti-Penuaan Yang Pakar Kulit Kongsikan Kepada Kawan-Kawan Mereka

Haih, kan best kalau anda ada seorang pakar kulit sebagai kawan baik? Nak tahu apa-apa pasal penjagaan kulit, call saja dan tanya. Lagi best kalau dia kongsikan tip dan trick yang kebanyakan orang lain tak tahu.

Tak apa, tak apa, kami boleh tolong.

Dr Doris Day, seorang profesor dalam bidang dermatology di New York University Langone Medical Centers, dedahkan beberapa rahsia kecantikan (khususnya yang menjurus kepada anti-penuaan), yang dia selalu beritahu orang-orang yang rapat dengannya.

1. Hentikan pengambilan gula dalam diet anda

Gula menyebabkan keradangan, dan ia akan menyebabkan kulit anda nampak tua dengan lebih cepat. Jika diet anda kaya dengan gula ringkas dan makanan yang diproses, lama-lama kulit anda akan mengeras dan berkedut, dan secara keseluruhan ia akan nampak malap. Kalau nakkan gula, makan saja buah segar.

2. Amalkan pengambilan antioksida

Mineral ini membantu melindungi kulit anda daripada sinaran UV, pencemaran udara, stres dan semua gula yang tak elok untuk badan.

Makan makanan yang kaya dengan antioksida seperti blueberi, bayam, tomato dan kekacang. Sapu juga krim antioksida atau serum di waktu pagi dan malam.

3. Pakai sunscreen yang cukup

Foto: Wirecutter

Paling minimum adalah SPF 30 tapi lagi tinggi lagi bagus kerana anda takkan sempat nak pakai banyak kali seperti yang anda sepatutnya buat. Sikit saja bezanya dari segi peratusan tapi perubahan yang anda akan nampak sangat ketara. 

Dr Day juga suka sunscreen yang mengandungi antioksidan yang melindungi kulit, serta enzim pemulihan DNA yang melindungi kulit anda daripada sinar UV.

Dia juga kongsikan trick untuk memaksimumkan perlindungan: sapu sunscreen sebanyak dua lapisan. Gosok sekali, tunggu sampai kering, kemudian sapukan sekali lagi untuk pastikan ia cukup. 

Jangan lupa sapukan sunscreen di tangan dan bagi mereka yang tidak berhijab, sapu juga pada leher. Bahagian itu pun boleh nampak tua, okay? Ketika anda memandu, kalau nak jaga kulit, pakai sarung tangan yang sesuai. 

4. Pastikan anda dapat “Beauty Sleep” 

8 jam tidur bukan saja untuk mengembalikan tenaga dalam badan. Ia juga sama berkesannya dengan satu sesi spa untuk kulit. Tidur memberikan kulit anda masa untuk memperbaiki segala kerosakan yang terjadi ke atasnya sepanjang hari. 

Pada waktu malam, hormon stres anda, cortisol, menurun manakala hormon pertumbuhan meningkat. Perubahan ini membolehkan repair sel kulit untuk berlaku. 

Jangan lupa bersihkan semua makeup di muka sebelum masuk tidur, termasuklah kotoran daripada pencemaran dan peluh yang terkumpul. 

5. Berpuasa

Aktiviti di mana seseorang menahan diri daripada makan dan minum bukan saja untuk orang Muslim, okay? Sekarang ia dah jadi sebuah trend popular dalam kalangan orang antarabangsa. 

Mereka memanggilnya Intermittent Fasting. Ia membantu mengimbangkan metabolisme dan tenaga lebih daripada tidur. Ini membolehkan kulit untuk repair. 

Berhenti makan pada waktu lewat malam bukan saja boleh bantu anda kuruskan badan. Tapi ia juga mengoptimumkan kebolehan kulit anda untuk berfungsi dengan betul dari segi perlindungan dari ancaman pencemaran. 

“Anda akan perasan yang kulit anda lebih lambat tua dengan puasa sebegini. Kulit anda lebih tegang, kekal hydrated dan lebih kuat apabila melawan pencemaran. 

Sumber: Harper’s Bazaar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 23 Jan 2018

Tip Plus Size Mesti Tahu

Tidak semua orang dikurniakan figura menawan bak model di pentas peragaan walaupun kalau boleh semua orang mahu tampil langsing sebegitu. Namun tidak bermaksud anda yang dikategorikan plus-size tidak boleh bergaya. Tidak sama sekali okay.

Oh Lawa Mon, 3 Dec 2018

8 Tip Paling Mudah Untuk Dapatkan Rambut Selembut Sutera

Memang senang tapi mungkin ramai yang tak tahu.

Featured Wed, 10 Jan 2018

1st Date: Apa Perlu Pakai

Temu janji pertama merupakan satu perkara yang sangat mengujakan bagi setiap wanita. Namun, pada masa sama mendebarkan lebih-lebih lagi jika tidak tahu apa yang hendak dipakai sewaktu pertemuan pertama dengan si dia. First impression memainkan […]

Oh Lawa Tue, 10 Apr 2018

Belajar Teknik Contouring Dan Highlighting Mudah Mengikut Bentuk Muka Anda

Kalau nak bentukkan muka supaya nampak kurus, teknik contouring dan highlighting memang efektif.

Oh Lawa Tue, 15 Oct 2019

Kecantikan pipi bergantung pada kesihatan perut, betul ke?

Kepercayaan tidak disokong pakar dermatologi

Oh Lawa Tue, 10 Mar 2020
Featured Mon, 13 Apr 2020
Oh Lawa Mon, 6 Jan 2020

Warna gincu yang mana akan buatkan gigi tampak lebih putih?

Jangan main pakai sahaja jika anda ingin serlahkan keputihan gigi.

Oh Lawa Thu, 21 Feb 2019
Oh Lawa Mon, 15 Oct 2018

Labur RM1 Juta Untuk Kecantikan Demi Peroleh Wajah Seperti Patung Barbie? Wow Dahsyat!

Obsesi Bella pada kecantikan, berputik sedari usia remaja!

error: Content is protected !!