Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom October 15, 2018 @ 10:24am

Labur RM1 Juta Untuk Kecantikan Demi Peroleh Wajah Seperti Patung Barbie? Wow Dahsyat!

Menyemak dalam carian Google, ternyata ramai wanita yang obses untuk menjadi patung Barbie!

Lebih daripada 20 individu dan ketaksuban mereka jelas dapat dilihat melalui solekan, cara berpakaian dan gaya dandanan rambut saling tak tumpah seperti Barbie, permainan kanak-kanak keluaran Mattel Inc itu.

Bahkan sebahagian daripada mereka tak lokek berhabis wang, melakukan pelaburan besar untuk memiliki aset seperti Barbie selain sanggup merisikokan diri dengan menjalani pembedahan kosmetik!

Sekadar menyebut beberapa nama dan kesemua gadis ini pernah tular di laman sosial tidak lama dulu. Antaranya, Dakota Rose, Olga Romanovna Oleynik, Lin Ke Tong, Jessica Jung Sooyeon, Kim Yu-Jin, Isabelle Venus Palermo, Anastasiya Shpagina, Alina Kovalevskaya, Valeria Lukyanova dan Angelica Kenova.

Foto: Instagram Angelica Kenova (Russion Barbie)

Foto: Instagram Valeria Lukyanova (Russian Barbie)

Itu kisah obsesi ‘gadis Barbie’ yang berlaku di luar negara. Sementara di Malaysia pula keghairahan wanita untuk kelihatan seperti anak patung juga boleh dilihat melalui inovasi solekan di mana ‘makeup doll’ menjadi sangat hit tahun lalu dan masih punya permintaan sehingga kini.

Jangan terkejut di negara ini juga ada wanita obses untuk kelihatan seperti Barbie atau doll!

Misalnya wanita yang bernama Izubiela Rasi (Bella), 29, atau lebih dikenali dengan nama Instagram, @izubielazaffmarekan yang kisahnya dipaparkan menerusi akhbar Metro Ahad semalam.

Setiap kali memuat naik fotonya di Instagram mahupun Facebook, pasti ada di antara pengikutnya menyamakan dirinya seperti doll.

Foto: Azrul Rafie

Ada yang beranggapan foto-foto dimuat naik Bella melalui proses editing yang keterlaluan untuk kelihatan seperti patung bernyawa. Namun, peluang bertentang secara empat mata dengan wanita ini, memang begitulah rupa paras dan fizikalnya di luar.

“Maaf bukan mahu meninggi diri, tetapi jujur memang selalu ada yang menyapa saya kelihatan seperti doll dan Barbie. Ada juga yang minta untuk bergambar,” kata Bella ditemui di Hotel Movenpick KLIA baru-baru ini.

Foto: Azrul Rafie

Foto: Azrul Rafie

Ujar Bella lagi, patung Barbie gambaran wanita yang sempurna. Semetri wajah menawan, berambut lebat dan bertubuh langsing, membuatkan wanita obses untuk menjadi seperti boneka yang dimiliki hampir semua kanak-kanak perempuan seluruh dunia itu.

“Saya juga tidak terkecuali. Tetapi tidaklah sampai buat pembedahan plastik atau kosmetik. Malah tidak menggayakan fesyen seperti Barbie sebaliknya suka mengenakan gaun yang glamor.

“Saya jaga makan untuk mengekalkan saiz tubuh sedia ada, mengambil supplemen pencerahan kulit, selalu ke salon untuk mendandan rambut, melakukan senaman, urutan wajah, memakai korset setiap hari dan menjalani pelbagai rawatan kulit, salah satunya mengambil suntikan vitamin C.

“Saya juga suka membeli barangan mekap dan akan menghabiskan masa dua hingga ke tiga jam untuk bersolek bagi mendapat look doll yang perfect!

“Terus-terang demi nak cantik, saya tak kisah berhabis wang!,” katanya saling tak tumpah seperti patung Barbie dalam busana glamor rekaan pereka terkenal, Zaimi Zulkafli.

Foto: Azrul Rafie

Melakukan pelaburan untuk kecantikan dengan anggaran RM1 juta dalam tempoh lima tahun, obsesi Bella pada kecantikan bermula sedari usia remaja di mana dia sangat menjaga bentuk tubuh dan suka pada kecantikan termasuk melihat benda-benda yang cantik.

Obsesi pada kecantikan juga mendorong wanita berasal dari Pulau Pinang ini, mengeluarkan produk kecantikannya sendiri di bawah label Putih Gebu D’Bella.

“Idea mengeluarkan produk sendiri tercetus selepas kemalangan ketika penggambaran sebuah drama. Akibat daripada kejadian itu hidung saya patah dan senget ke kanan.

“Rasa down masa tu, perlahan-lahan saya merawat diri dan melakukan pelbagai usaha untuk mencantikkan diri.

“Bertitik tolak dari kemalangan itu juga saya mula minat membuat produk sebagai salah satu cara untuk berkongsi tips kecantikan dengan wanita di luar sana yang berasa rendah diri dengan kekurangan mereka.

“Saya mencari solusi serta formula produk yang berkesan bahkan berupaya mencantikkan dan memutihkan kulit.  Tahun pertama mengeluarkan produk, setiap tiga hari dalam sebulan, saya secara konsisten melakukan teratment memutihkan kulit menggunakan produk Putih Gebu DBella.

“Kemudian ia diteruskan dan rawatan itu saya lakukan enam bulan sekali,” kata wanita berbakat dalam nyanyian dan memiliki vokal mirip Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.

Pesan Bella kepada mereka yang obses untuk kelihatan cantik seperti patung Barbie, tidak perlu sehingga merisikokan diri atau membahayakan nyawa dengan melakukan pembedahan plastik/kosmetik lebih-lebih lagi mereka yang berstatus Muslim. Cukup sekadar mengawal pemakanan, menjaga kulit dan aplikasi teknik solekan yang betul.

Foto: Izubiela Instagram (Foto sekitar 7 tahun lalu (kiri) dan terkini)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Mar 2018

12 Tips Makeup Untuk Wanita Yang Bercermin Mata

Kebanyakan orang yang rabun mesti memilih untuk memakai contact lens daripada pakai cermin mata.

Featured Fri, 21 Sep 2018

7 Cara Kegunaan Minyak Kelapa Dalam Rutin Kecantikan Anda

Ia boleh memperbaiki tahap kesihatan dalaman serta kecantikan luaran anda.

Featured Thu, 19 Mar 2020

Tudung labuh kekal popular dalam kalangan wanita hari ini

JimmyScarves hasil rekaan lebih kontemporari

Acara Mon, 8 Oct 2018

Corat-Coret ABPBH31: Sindiran Manja RM50 Rita Rudaini Bikin Dewan Gamat!

11 momen menarik sepanjang berlangsungnya ABPBH31 semalam!

Oh Lawa Mon, 21 May 2018
Oh Lawa Thu, 21 Feb 2019

5 panduan merias wajah sendiri pada hari bahagia anda

Jurumekap profesional pun akan tergugat.

Oh Lawa Sat, 23 Jun 2018

Satu-Satunya Kecacatan Yang Semua Orang Mahu, Tentulah Lesung Pipit!

Namun, ternyata ia satu kecacatan ciptaan Tuhan yang indah, kerana ia dianggap sebagai penambah seri dan pemanis wajah tidak kira buat si lelaki ataupun perempuan.

Oh Lawa Thu, 1 Feb 2018

Hijab vs. Turban

Tidak keterlaluan jika dikatakan, penyanyi Crush, Yuna, telah membawa evolusi stail turban dalam kalangan Muslimah Malaysia. Hijabster kini lebih terbuka untuk menggayakan turban sebagai alternatif tampil berbeza berbanding gaya yang telah dicuba sebelum ini.

Oh Lawa Fri, 4 May 2018

Ekstrak Batu Permata Berupaya Mencantikkan Kulit Tapi Tidak Ramai Tahu

Ini kerana ia kaya dengan bahan mineral yang dapat merealisasikan kulit cerah berseri.

error: Content is protected !!