Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops September 15, 2018 @ 9:00am

Dulu Sering Dibuli, Model Ini Kini Memecah Stereotaip Kecantikan Dengan Bulu Kening Bercantumnya

Sekarang ini ada banyak ciri-ciri kecantikan yang mendefinisikan rupa sempurna. Bulu kening yang bercantum (unibrow) semestinya bukan satu daripadanya.

Kebanyakan orang yang mengalami masalah ini mesti akan cuba mencabutnya dan trim cantik-cantik.

Memecah stereotaip seperti ini adalah model kegemaran Instagram yang terbaru, Sophia Hadjipanteli.

Rupanya sememangnya gorgeous tapi benda pertama yang anda akan perasan apabila anda memandangnya adalah bulu keningnya.

Ia bukan saja tebal dan berona gelap (tak macam rambutnya yang berwarna blond), malah ia juga bersambung!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

my reaction to homework

A post shared by Sophia Hadjipanteli ☠️ (@sophiahadjipanteli) on

Ya, rupa ini memang luar biasa, tapi sejak membuat keputusan untuk kekal dengan kondisi wajahnya itu, dia telah mengumpul ramai pengikut baru di Instagram. Pada hari ini, dia memiliki 226,000 orang followers.

Hmm… bila anda dah popular di laman media sosial, anda mesti boleh jadi popular di luarnya. Sebab itulah Sophia telah didatangi oleh banyak agensi modeling dan ditemu bual oleh banyak majalah.

“Saya rasa muka saya nampak lebih baik dengan cara ini. Orang lain tak setuju, tapi tak apalah,” kata warga negara Cyprus ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sophia x @peterandmay ❤️????

A post shared by Sophia Hadjipanteli ☠️ (@sophiahadjipanteli) on

Sejak kecil lagi, Sophia, 22, memang meminati gaya fesyen dan penampilan yang pelik-pelik. Oleh sebab itu dia sering dibuli tapi dia enggan mengubah pendiriannya.

Dua tahun lalu, dia kemudian membuat keputusan untuk berhenti menggunakan wax atau mencabut bulu keningnya.

“Saya bukannya nak memberontak; saya cuma betul-betul suka rupa saya begini.”

Dia juga telah tersilap mewarnakan bulu keningnya hingga ia bertukar ke rona gelap. Ia menonjolkan lagi unibrownya tapi Sophia tak rasa segan silu langsung. Sebaliknya, dia embrace rupa barunya itu dengan penuh keyakinan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Oldie but goodie ? This incredible choker from my favorite @mermaiidmairead @thewanderingmermaids ??

A post shared by Sophia Hadjipanteli ☠️ (@sophiahadjipanteli) on

Ramai orang dari seluruh dunia telah menghubungi Sophia atau berjumpa dengannya untuk beritahu yang dia telah memberi inspirasi kepada mereka.

“Saya sedar yang sama ada saya perasan atau tidak pada waktu itu, saya telah menjadi topik perbualan penting yang patut dihangatkan lagi.”

Dia telah mulakan gerakan #unibrowmovement untuk meraikan piawaian kecantikan yang berlainan.

Namun apabila anda melanggar arus normal, mesti ada pihak yang tak setuju.

“Setiap hari ada saja komen negatif, tapi itu cuma menaikkan semangat saya lagi. Saya suka realiti ini di mana saya ada kuasa untuk mengawal orang-orang yang berfikiran buruk terhadap saya.

“Kuasa ini memang tak ternilai harganya.”

Paling terbaru, Sophia telah dipilih untuk model barangan pakaian dalam Savage X Fenty milik penyanyi antarabangsa Rihanna. Wah!

Sumber: ScoopwhoopAJ+

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 16 Apr 2019
Featured Wed, 31 Oct 2018
Oh Lawa Thu, 18 Oct 2018

Aktiviti Lasak Bukan Lagi Penghalang Buat Wanita Berhijab. Najwa Sports Collection Harus Dimiliki

Najwa Sports Collection menyediakan penyelesaian reka bentuk yang mematuhi syariah yang tidak berkompromi dengan aurat atau gaya.

Featured Wed, 20 Nov 2019

Gaya individu mengikut zodiak. Agak-agak betul tak?

Gaya dikatakan bersesuaian dengan personaliti

Oh Lawa Thu, 14 Nov 2019

Tahun lepas kostum nasi lemak, tahun ini pula kuih muih tradisional

Busana kebangsaan wakil Miss Universe Malaysia 2019

Oh Lawa Mon, 4 Nov 2019

Pameran jualan barangan Kumpulan Habib meriah dengan promosi!

Semua jenama Habib dijual di bawah satu bumbung.

Oh Lawa Wed, 22 Aug 2018

Ais Kiub Aloe Vera Boleh Kecutkan Jerawat. Ini Cara Membuatnya

Aloe vera ini 100% selamat untuk kulit wajah anda.

Oh Lawa Fri, 12 Oct 2018
Oh Lawa Tue, 12 Mar 2019

Klip rambut Scha Alyahya jadi trend satu dunia.  

Stailista dan fesyenista wajib ada klip rambut ini! 

Acara Wed, 10 Apr 2019
error: Content is protected !!