Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom June 22, 2018 @ 11:00am

Kenal Pasti Si Kecil Sudah Sedia Ke Tadika Melalui 5 Tanda Ini

Percaya bahawa dengan memasukkan anak seawal usia tiga tahun ke pra-sekolah boleh membina sikap mandiri (berdikari) si kecil selain menjadikan mereka extra bijak, mendorong kebanyakan ibu bapa membuat keputusan itu.

Sememangnya ia satu inisiatif yang baik dan tiada salahnya, cuma adakah si kecil tadi sudah bersedia mahupun tidak untuk menghadapi alam persekolahan?

Sekiranya anak anda mempunyai 5 tanda ini maka anda tidak perlu khuatir atau bimbang kerana mereka sudah bersedia untuk ke tadika.

Kemahiran basic penjagaan diri

Kemahiran penjagaan diri yang asas termasuklah mengetahui cara menggunakan zip dan butang, cuci tangan dan makan tanpa bantuan orang dewasa. Adalah lebih baik jika anak anda pandai berdikari untuk memanfaatkan masa di sekolahnya.

Dilatih ke tandas

Jika anak anda sudah tahu untuk ke tandas maka secara tidak langsung mereka sudah boleh ke sekolah tadika. Ini akan memudahkan tugas guru jika anda sudah terlatih untuk ke tandas. Tambahan pula, tadika adalah tempat di mana anak anda harus belajar dan mengembangkan kemahiran baru mereka dan seharusnya ia tidak dihalang oleh kurang keyakinan diri hanya kerana tidak dapat pergi ke tandas sendirian.

Faham arahan dan boleh mengikuti jadual berstruktur

Apabila anak anda mula membesar, dia akan belajar banyak perkara dengan lebih mudah termasuk pemahaman dan mengikuti jadual dan arahan. Jika anda anda sudah boleh melakukan dua perkara ini maka ia adalah tanda yang baik bahawa anak anda sudah bersedia untuk ke sekolah tadika.

Pandai bergaul

Biasalah kalau anak menangis apabila hari pertama masuk ke tadika, namun mereka sepatutnya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya jika mereka selesa dengan guru dan kanak-kanak lain di sekitar usianya.

Boleh berinteraksi dan hands on dalam kerja-kerja berpasukan

Aktiviti yang dijalankan di tadika biasanya ditubuhkan dalam persekitaran berkumpulan. Jadi, anak anda digalakkan untuk mempunyai beberapa bentuk kemahiran sosial seperti dapat bekerjasama dan menunggu giliran ketika berinteraksi dalam kegiatan berkumpuan dengan kanak-kanak lain. Setiap kanak-kanak berbeza dari segi kemajuan kognitif. Oleh itu, persediaan untuk menghadiri tadika adalah lebih baik dilihat berdasarkan perkembangan mereka daripada usia.

Foto: shamsulamri

Sumber: HER

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 25 Jun 2018

Belajar Buat Pizza Bersama Anak Anda Dengan Resipi Mudah Ini

Ini boleh menjadi aktiviti “bonding” untuk anda berdua.

Cahaya Mata Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] Lucu! Gelagat Ameena Kenakan Fizi Ali Undang Tawa – “Macam Itu Je Dia Gulakan Kita”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Fizi Ali yang memaparkan anak sulungnya, Ameena Sofia sedang merakam gambar penyampai radio itu, baru-baru ini. Menerusi hantaran yang berdurasi 23 saat itu, Fizi menyangka Ameena sedang merakam […]

familuv Sat, 11 May 2019
familuv Wed, 26 Sep 2018

Hanis Zalikha Kongsi Cara Nak Simpan Telur Ayam Dalam Peti Sejuk. Perlu Ke Basuh Dahulu?

Ini mungkin akan menjawab persoalan anda, kenapa telur anda cepat rosak!

familuv Wed, 25 Mar 2020
familuv Thu, 26 Sep 2019

Amalan surah Nabi Yusuf buat pasangan tambah sayang!

Banyakkan berdoa, InsyaAllah Allah SWT akan permudahkan urusan kita.

familuv Wed, 2 May 2018

Para Ibu Perlu Tahu, Aktiviti Melihat Cermin Bantu Rangsang Minda Bayi

Cubalah aktiviti melihat cermin bersama bayi anda, pasti akan merangsang minda mereka!

familuv Thu, 5 Jul 2018
familuv Fri, 5 Jul 2019

Setiap keluarga perlu ada selimut ini di rumah

Mampu memperlahankan penyebaran api

error: Content is protected !!