Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom March 25, 2020 @ 5:00pm

Kalau bekas suami tak mampu, waris suami wajib beri nafkah pada ‘janda’

Isu pengabaian nafkah isteri dan anak, bagaikan sebuah kisah yang tak berkesudahan.

Suami faham bahawasanya tanggungjawab memberi nafkah terhadap isteri dan anak adalah kewajipan mereka, namun ramai yang sengaja buat-buat tidak faham, menggunakan alasan tidak mampu dan sebagainya untuk mengelak daripada menjalankan amanah. 

Seperkara yang wanita perlu tahu, anda boleh memohon kepada Mahkamah Syariah agar perintah nafkah itu dikuatkuasakan sekiranya si suami atau bekas suami gagal melaksanakan perintah berkenaan.

Foto: Huffpost

Tanpa mengira keberadaan anak sama ada dalam jagaan bapa, ibu atau dalam jagaan orang ketiga, seorang bapa berkewajipan menanggung nafkah anak terbabit.

Namun begitu, pada saat seorang bapa tidak berupaya menanggung nafkah disebabkan meninggal dunia, mengalami kecacatan fizikal atau mental, tanggungjawab itu akan diserahkan kepada orang yang ‘bertanggungan’ sebagaimana yang disebut dalam Seksyen 73 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor.

Foto: ohbulan!

‘Orang yang bertanggungan’ yang dimaksudkan dalam peruntukan itu ialah datuk (bapa kepada bapa) dan jika datuk tidak mampu, adik beradik lelaki suami atau bekas suami wajib melaksanakan perintah berkenaan.

Arahan Amalan Mahkamah Syariah no14 Tahun 2007 bertajuk ‘Susunan Waris Yang Bertanggungan Membayar Nafkah’ menyatakan, maksud ‘orang yang bertanggungan’ adalah waris lelaki sebagaimana yang diperuntukkan syarak dan seperti juga yang dinyatakan dalam seksyen 61, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Foto: Info

Ini bermakna, waris daripada keluarga lelaki yang mempunyai hubungan darah dengan pihak yang mati dan tidak diselangi oleh perempuan iaitu bapa, bapa kepada bapa, anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki (cucu lelaki), saudara lelaki seibu sebapa dan saudara lelaki sebapa.

Selain itu, pihak berkuasa juga boleh memainkan peranan dengan memastikan tanggungan nafkah anak-anak yang ketiadaan bapa dan ahli waris dibiayai oleh Baitulmal yang merupakan tempat terakhir untuk membantu mereka.

Dengan itu, kebajikan mereka akan terjamin dan dapat melepaskan diri daripada kesempitan hidup, selari dengan pendekatan maqasid al-syariah dalam memastikan nafkah anak tidak terabai.

Apabila perintah itu tidak dipatuhi dan pembayaran tidak dilaksanakan, maka ia akan dianggap sebagai hutang. Hutang terbabit harus dibayar walaupun selepas orang yang berhutang berkenaan meninggal dunia.

Justeru itu, apabila berlaku ketidakpatuhan terhadap perintah nafkah yang telah dikeluarkan oleh mahkamah, tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah perlu dimulakan bagi memastikan kepatuhan dapat dikembalikan.

Kepada semua ibu mahupun ibu tunggal yang sudah lama dinafikan hak dan nafkah mereka, segeralah memohon perintah nafkah agar nasib kamu dan anak-anak terbela!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Sep 2022

Shuib Pecah Lantai Rumah, Netizen Pula….

Lahhh, nak ubah suasana rumah je, tak semestinya Shuib lupa pada arwah Siti Sarah 🥺

Featured Wed, 22 Mar 2023

Penonton Puas ‘Bergalau’ Di Konsert Nidji x Budi Doremi!

Memang syok habis konsert Nidji x Budi Doremi masa Ahad haritu!

Featured Wed, 8 Apr 2026

“Kau Jawablah Nanti Dekat Akhirat” – Fattah Amin Pertahan Diri, Yakin Tindakan Dibuat Adalah Betul & Bersebab

Fattah Amin tampil memeprtahankan dirinya susulan isu tular mengaitkan dirinya baru-baru ini.

Featured Thu, 10 Oct 2024
Featured Thu, 29 Dec 2022

[VIDEO] Lepak Bersama Syed Saddiq, Ramai Puji ‘Circle’ Azfar Heri ‘Next Level’ – “First Time Dengar Dia Cakap Kau & Aku”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian dimuat naik oleh pempengaruh Azfar Heri di laman TikTok yang memaparkan momen lepak bersama Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Menerusi hantaran tersebut, Azfar […]

Featured Fri, 24 Mar 2023
Featured Mon, 15 Jul 2024
Featured Thu, 11 May 2023

Tiga Kali Nyaris Dibunuh, Mark Adam Pilih Berdamai & Terpaksa Menanggung Ribuan Ringgit

Allahu tergamaknya tipu duit orang.. Semoga Mark tabah lalui ujian ni

error: Content is protected !!