Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin June 26, 2018 @ 4:00pm

Ketulan Ais Mampu Legakan 4 Jenis Sakit Kepala Ini

Adakah anda tahu akan jenis-jenis sakit kepala? Bagi yang tidak tahu, anda perlu ambil tahu ya! Jangan ambil mudah jika anda sakit kepala tanpa mengetahui sebabnya. Ini antara 4 jenis sakit kepala yang ingin penulis kongsikan:

1. Tension headaches

Sakit kepala ini adalah berpunca daripada ketegangan otot bahu, leher, kulit kepala atau rahang. Sakitnya seolah-olah kepada anda diikat ketat oleh sesuatu.

2. Cluster headaches

Kalau anda nak tahu, jenis sakit kepala ini akan berlaku secara tiba-tiba. Anda bukan sahaja sakit pada bahagian kepala, tetapi anda akan merasakan ketajaman menyucuk ke dalam mata.

3. Sinus headaches

Jika anda mempunyai masalah resdung, ia adalah salah satu punca anda sakit kepala. Ini kerana, tekanan resdung antara dahi dan hidung dan sakitnya akan terasa pada bahagian dahi dan tulang pipi.

4. Migraine headaches

Untuk pengetahuan anda, migraine berlaku disebabkan perubahan pembuluh darah pada otak. Biasanya anda akan rasa sakit pada bahagian sebelah kepala, mual, muntah dan pandangan menjadi tidak jelas. 

Dah tahu semua jenis sakit kepala kan? Pasti anda nak tahu teknik yang paling mujarab yang dapat melegakan sakit kepala. Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakkan ais pada titik Feng Fu (titik bahagian belakang antara leher dan kepala) efektif untuk melegakan sakit kepala. 

Foto; Mynetwork

Caranya sangat mudah, apabila anda sakit kepala, tempelkan ketulan ais pada titik Feng Fu tersebut selama 10 hingga 20 minit. Anda akan merasai sakit kepala anda makin berkurang. Menariknya, teknik  Feng Fu ini juga bukan sahaja dapat melegakan sakit kepala tetapi ia sangat berkesan apabila anda mengalami masalah ini:

1. Meringankan sakit gigi dan sendi.

2. Mencipta kesan rileks.

3. Meningkatkan tenaga dan menghindarkan keletihan.

4. Mengatasi asma.

5. Mencegah masalah sering bersin dan hidung berair.

6. Mengatasi gangguan kelenjar tiroid.

7. Mengatasi gangguan psiko-emosional, stress, keletihan dan insomnia.

Jadi, kalau anda mengalami masalah sakit kepala, jangan lupa untuk lakukan teknik Feng Fu ini ya!

Sumber: Hijabista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Nov 2018
Featured Sat, 2 May 2020

Kejayaan memerangi COVID-19 bergantung pada kerjasama masyarakat

Kerajaan sudah memainkan peranan sepatutnya

familuv Wed, 30 Oct 2019

Ketahui tanda anak anda sedang mengalami kemurungan

Jangan abaikan realiti tentang penyakit mental dalam kalangan remaja di Malaysia

Sihat Thu, 13 Dec 2018
Sihat Fri, 14 Sep 2018

8 Cara Untuk Elakkan Kekejangan Ketika Berlari Atau Berjogging

Jika anda selalu melakukan aktiviti ini, amalkan tip-tip yang disenaraikan ya!

Sihat Tue, 23 Jul 2019

Badan melengkung, tetanus kekejangan yang boleh membawa maut!

Kalau terpijak paku berkarat, segelah dapatkan rawatan!

Featured Sat, 28 Mar 2020

Rumah juga perlu dinyah kuman

Ikuti panduan mudah ini

Sihat Thu, 23 Jan 2020

Ibu yang ‘mentekedarah’, anak yang terima akibatnya

Bukan tak boleh, tapi minumlah secara berpada-pada

Featured Wed, 20 May 2020

Kes baharu COVID-19 kembali dikesan di Kelantan, Terengganu dan Kedah

Negeri Zon Hijau terkesan akibat rentas negeri

Sihat Thu, 6 Sep 2018

Inilah Cara-Cara Paling Sihat Untuk Memasak Telur

Jika anda nak jaga badan, bolehlah ikuti tip ini.

error: Content is protected !!