Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom January 23, 2020 @ 3:28pm

Ibu yang ‘mentekedarah’, anak yang terima akibatnya

Wanita kalau berbadan dua simptom mengidamnya lain macam. Pantang melihat makanan, semua rasa nak cuba sedangkan yang dimakan hanya dua, tiga suap sahaja, selebihnya suami yang terpaksa menghabiskan makanan berkenaan!

Tidak hairanlah, ramai lelaki yang meningkat berat badan ketika isteri mengandung, malah ada juga yang sama naik dengan perut isteri!

Kalau mengidam jenis-jenis makanan yang memberi manfaat pada tubuh, itu kira bagus. Tetapi, sebaik-baiknya wanita hamil tidak digalakkan mengambil sesuatu makanan secara berlebihan contohnya coklat atau buah-buahan, kerana apabila makan terlalu banyak bimbang kadar kandungan gula akan melambung tinggi.

Selain ingin menikmati makanan tertentu, kehamilan juga menyebabkan wanita mudah berasa letih dan kerap haus. Lazimnya, mereka rasa tidak puas apabila minum air suam, manakala susu pula menyebabkan tekak menjadi loya, akhirnya ada sesetengah bakal ibu terutamanya apabila kandungan semakin kuat, memilih minuman berkarbonat atau lebih sinonim dengan istilah air gas.

Lebih-lebih lagi ada pula yang berkata, “Minum je sis, esok masa berpantang semua benda tak boleh minum dan makan. Lagipun keadaan janin dah kuat, Insya-Allah tidak mudarat”.

Galakan rakan sebegitu pasti menyebabkan bakal ibu tadi yang memang amat teringin untuk minum air gas, tanpa berfikir panjang meneguk minuman berkenaan setiap hari.

Me ngambil minuman berkarbonat secara berlebihan boleh memudaratkan kandungan kerana tabiat itu ketika hamil boleh menyebabkan anak lahir dengan lemak badan tambahan apabila si kecil berusia tujuh tahun.

Satu kajian yang melibatkan lebih 1,000 pasangan ibu dan anak dilakukan bagi mengetahui kesan kepada anak apabila minuman itu diambil ketika kehamilan. Kajian itu mendapati setiap hidangan air berkarbonat yang diambil pada setiap hari ketika hamil, dikaitkan dengan peningkatan saiz pinggang dan pertambahan berat badan anak mereka.

Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan menunjukan perkaitan antara pengambilan air berkarbonat dengan masalah berat badan berlebihan, sindrom metabolik dan diabetes tahap 2, tidak banyak kajian yang dilakukan kepada ibu hamil.

Kajian itu dilakukan bagi mengenal pasti punca obesiti dalam kalangan kanak-kanak kerana ketika ini, masalah obesiti dalam kanak-kanak semakin meningkat dan dibimbangi akan memberi kesan lebih teruk kepada si kecil apabila meningkat dewasa. 

Pengaruh diet ibu kepada anak dalam kandungan

Foto: Pinterest

Pasukan penyelidik Sekolah Perubatan Harvard di Boston, Amerika Syarikat mendapati kira-kira 1/4 kanak-kanak daripada responden dalam kajian itu didapati mempunyai berat badan berlebihan atau berada pada tahap obesiti.

Berdasarkan data yang diperoleh, kajian itu menunjukkan perkaitan antara kanak-kanak yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI), lilitan pinggang dan ketebalan kulit tertinggi dengan ibu hamil yang telah minum sekurang-kurangnya dua hidangan air berkarbonat setiap hari.

“Peningkatan jumlah kanak-kanak yang obes amat membimbangkan, justeru penting untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi obesiti kanak-kanak supaya langkah pencegahan dapat diambil lebih awal

“Oleh itu, keputusan ini amat mengejutkan kerana menunjukkan diet ibu hamil sebagai punca utama mendorong seseorang anak menghidap obesiti ketika membesar,” katanya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Mar 2020
Sihat Thu, 17 Oct 2019

Badan tidak cukup kalsium? Ini cara mudah untuk tahu

Ketahui juga kadar ideal pengambilan kalsium

Sihat Mon, 13 Aug 2018
Sihat Wed, 25 Mar 2020
Featured Sat, 28 Sep 2019

Apakah tanda-tanda jika kolestrol tinggi dalam badan?

Ambil tahu sebelum ia menjadi lebuh parah!

Featured Fri, 27 Mar 2020
Featured Tue, 19 Mar 2019

Senaman Tabata Buat Lemak Anda Menangis

4 minit Tabata sama seperti 40 minit berjoging!

Featured Tue, 28 Apr 2020
Featured Thu, 7 May 2020
Sihat Sun, 24 Jun 2018

Tak Selesanya Ada Ketuat, Ini Dia 3 Petua Menghapuskannya

Ketuat sekiranya dibiarkan berlarutan boleh merebak ke lain-lain bahagian badan serta menjangkiti orang yang dekat dengan kita.

error: Content is protected !!