Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops March 25, 2020 @ 9:26am

Rancang untuk rawatan IVF? Ini perkara yang perlu anda lakukan

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti ingin memiliki cahaya mata, namun tidak semua mempunyai rezeki untuk merasai nikmat itu dengan cepat, malah ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun lamanya.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesuburan, kaedah persenyawaan in vitro (IVF) atau bayi tabung uji adalah antara pilihan yang boleh dilakukan sebagai usaha untuk mendapatkan zuriat.

rawatan kesuburan IVF

Kredit gambar: Rina Zul

Bagaimanapun, persiapan fizikal dan mental amat penting bagi setiap pasangan sebelum merancang untuk menjalani ujian IVF.

Hal ini kerana walaupun prosedur itu mempunyai kadar keberkesanan yang tinggi, namun terdapat juga beberapa pasangan yang perlu melalui lebih daripada satu kitaran sebelum disahkan hamil.

Sehubungan itu, perancangan sebelum melakukan prosedur IVF penting bagi memastikan kedua-dua pasangan bersedia menghadapi kesukaran yang bakal melanda.

Berikut merupakan antara langkah-langkah dan persiapan yang perlu diambil bagi menjalani prosedur IVF.

1. Bincang sedalam-dalamnya dengan pasangan sebelum memulakan rawatan kesuburan IVF.

rawatan kesuburan IVF

Kredit gambar: CCRM

2. Pastikan anda tahu dan faham akan langkah-langkah rawatan yang bakal dilakukan doktor. Oleh sebab itu, penting untuk bertanyakan soalan kepada doktor berkenaan dengan prosedur IVF.

3. Jangan malu kerana ia bukan sahaja akan mempengaruhi tahap keselesaan ketika rawatan sedang berjalan, malah tahap keyakinan terhadap prosedur itu sendiri.

4. Amalan gaya pemakanan seimbang boleh membantu meningkatkan peluang untuk mendapatkan cahaya mata. Secara mudahnya, gaya pemakanan yang perlu diamalkan oleh mereka yang hendak melalui prosedur IVF adalah lebih kurang sama dengan mereka yang sedang hamil.

rawatan kesuburan IVF

Kredit gambar: Cradle

5. Kurangkan pengambilan minuman berkafein. Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pengambilan kafein tidak lebih 200 mg sehari bagi wanita hamil.

6. Elakkan daripada mengambil makanan laut yang mengandungi merkuri.

7. Ambil vitamin pranatal untuk meningkatkan kualiti telur yang terhasil. Jika kehamilan berlangsung, pengambilan vitamin pranatal juga boleh mengelakkan terjadinya kecacatan tiub saraf bayi.

8. Jika ingin mengambil vitamin tambahan, tanya kepada doktor terlebih dahulu. Pengambilan vitamin tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada diri dan janin yang membesar kelak.

rawatan kesuburan IVF

Kredit gambar: Needpix.com

9. Selain amalan pemakanan, doktor mungkin akan mencadangkan senaman bergantung pada tahap kesihatan fizikal bagi meningkatkan kebarangkalian untuk prosedur itu berjaya.

10. Jika mempunyai masalah berat badan berlebihan, cuba untuk turunkan berat badan terlebih dahulu. Lakukan senaman berintensiti sederhana selama 150 minit seminggu dan beri tumpuan pada senaman yang bertujuan untuk menghilangkan stres.

11. Tidur secukupnya dan elakkan daripada membuat keputusan seperti berpindah rumah atau bertukar kerja. Ia boleh menyebabkan tekanan perasaan dan boleh mempengaruhi kesihatan fizikal seseorang.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Apr 2020

4 panduan mudah elak bibir menggelupas, merekah

Ambil tindakan segera agar tidak merebak.

Featured Wed, 1 Apr 2020
Featured Tue, 31 Mar 2020
Featured Mon, 30 Mar 2020
Sihat Mon, 11 Nov 2019

Bolehkah makan ubat yang sudah lepas tarikh luput?

Ketahui tempoh selamat menyimpan ubat

Featured Fri, 30 Nov 2018

Sepasang Mata Besar Memang Menawan, Tapi Risikonya Mungkin…Sindrom Axenfeld Rieger

Sindrom Axenfeld Rieger bukan saja menjejaskan penglihatan tetapi menyebabkan kecacatan fizikal.

Sihat Mon, 25 Jun 2018

Anda Ketagih Minuman Kafein? Ini Cara Untuk Hentikannya

Minum kopi ada kebaikannya tapi kalau terlalu banyak, ia boleh memudaratkan kesihatan.

Sihat Fri, 17 Aug 2018

Teh O Ais Punca Kegagalan Buah Pinggang?

Komponen utama teh mengandungi banyak kandungan garam asid atau oksalat boleh menyebabkan masalah buah pinggang.

Featured Wed, 25 Mar 2020
error: Content is protected !!