Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops July 5, 2018 @ 2:00pm

Pelajari Cara-Cara Untuk Bersihkan Pelbagai Jenis Kotoran Pada Pakaian Anda, Termasuk Cara Untuk Putihkan Baju

Leceh betul kalau basuh baju tapi kotoran tak mahu hilang, walaupun dah banyak kali cuci! Kotoran seperti minyak dan lipstick mungkin sedikit sukar untuk kita cuci.

Tak apa, tak apa! Nasib baik ada beberapa jenis “hack” yang boleh senangkan kerja kita.

Kalau baju putih anda dah kekuningan pun, ada hack untuk itu. Jom belajar! 

Hilangkan kotoran minyak

Pakai kapur saja! Gosok pada bahagian yang berminyak itu dengan sekeping kapur putih dan biarkan semalaman untuk meresapkan kotoran itu. Esok pagi, cuci dan keringkan macam normal.

Hilangkan kesan gincu

Foto: Getty

Gunakan roti putih. Jangan cuci baju itu dulu, ambil sekeping roti dan buangkan crust. Penyek dan bulatkan roti putih itu menjadi bentuk bola dan tekan perlahan-lahan pada kesan lipstick itu. Roti itu akan serap kotoran daripada fabrik dan menyenangkan anda untuk basuh pakaian anda. Tak perlu risau jika kesan gincu itu akan melekat pada pakaian lain.

Kekalkan warna putih baju

Guna cuka putih. Bila anda cuci pakaian putih dalam mesin, masukkan setengah cawan cuka putih ke dalam kitaran cucian itu. Cuka bertindak sebagai agen pemutih, dan bantu pakaian anda kekalkan warna putih asalnya. Ia juga menjadikan pakaian anda lebih lembut. Lagi selesa nak pakai!

Putihkan semula kain putih yang kekuningan

Foto: www.onegoodthingbyjillee.com

Pakai saja lemon dan baking soda. Baju putih cenderung untuk bertukar ke warna kuning, disebabkan oleh peluh badan si pemakai. Kalau nak putihkannya semula, sapukan bahagian kuning itu dengan pes campuran jus lemon dan baking soda. Biarkan selama sejam, dan kemudian cuci di dalam mesin basuh. Reaksi bahan kimia daripada pes itu akan menanggalkan kesan kotoran, manakala cucian dalam mesin itu akan pastikan pes tersebut takkan melekat pada fabrik.

Cuci seluar jeans

Sejuk bekukan di dalam freezer. Tak perlu masuk mesin, nanti rosak kalau cuci kerap sangat. Masukkan jeans yang anda nak pakai esok ke dalam freezer semalaman. Sebelum pakai, letak tepi selama sejam supaya ia tak lagi beku. Seluar anda akan bau segar, dan warna jeans anda akan kekal sama.

Tip:

Supaya pakaian anda betul-betul bersih, mesin basuh anda perlu juga bersih terlebih dahulu.

Setiap bulan, tuangkan 950ml (1 quart) cuka dengan 1 cawan baking soda ke dalam mesin anda. Dengan menggunakan air panas, pasangkan mesin untuk satu kitaran cucian.

Teknik ini akan pastikan mesin basuh anda bebas daripada kulat yang mungkin membiak di celah-celah bahagian dalam mesin anda. Bau pun harum! Tak perlu risau, mesin anda takkan bau macam cuka.

Sumber: absurdintellectual.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Jan 2023

Berpelukan Depan Kaabah, Hafiz Mahamad Bawa 3 Sahabat Tunai Umrah – “Susah Sedih Sama-Sama”

Terkenal dengan sifat pemurah dan baik hati, usahawan Hafiz Mahamad membawa tiga orang sahabat menunaikan ibadah umrah di Makkah. @hafizmahamadKita bersahabat hingga syurga 💙 ♬ Ya Rasulalloh Ya Habiballah – Ai khodijah Menerusi perkongsian di […]

Featured Sun, 24 May 2020
Gaya Hidup Sun, 30 Dec 2018

Cara Paling Mudah Nak Tanam Pokok Strawberi Di Rumah

Tak perlu pergi ke Cameron Highland semata-mata mengidam strawberi!

Gaya Hidup Mon, 10 May 2021

Rekaan Anggun Busana Muslimah Dapat Sambutan

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan sambutan yang diterima daripada pelanggan FaraAlya. Walaupun jenama ini baru sahaja dilancarkan pada April yang lalu, kesemua rekaan habis dibeli. Ini sebenarnya membakar semangat saya untuk terus berbisnes,” kata Datin Hamizan […]

Acara Mon, 4 Nov 2019

Keaslian ramuan Herbal Essences diiktiraf oleh Royal Botanic Gardens!

Bagi yang mencari syampu organik, inilah dia

Featured Fri, 11 Oct 2019

Pemberian hibah lindungi hak wanita

Ketahui 6 cara urus harta peninggalan

familuv Tue, 17 Jan 2023

“Sampai Mampus Pun Hidup Kau Sempit Sebab…” – Suami Fatin Afeefa Minta Netizen ‘Stop’ Bandingkan Diri

Suami kepada pelakon cantik Fatin Afeefa, Aliff Awang menasihati warganet untuk tidak membandingkan diri sendiri dengan orang lain. @aliff_awangRILEK AAAA WEH Ramai sibuk mengejar impian tapi sekerat jalan. Semua berpunca dari KAU bandingkan diri KAU […]

Gaya Hidup Wed, 30 May 2018

Badan Terasa Lesu? Jom Tinjau Rawatan Spa Apa Yang Sesuai Dilakukan Ketika Berpuasa

Tiada masalah sama sekali ke spa ketika sedang berpuasa, asalkan rawatan yang dibuat itu tidak memudaratkan dan menyebabkan hidrasi kepada tubuh.

error: Content is protected !!