Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom July 5, 2018 @ 6:00pm

Degupan Itu Akhirnya Terhenti Dan Hilang Dari Pandangan – Amy Search

Tekanan dan kesedihan yang dialami isteri kepada rocker legenda, Amy Search, kebelakangan ini barangkali penyebab utama kesihatannya terjejas sehingga mengalami keguguran.

Amy menerusi Instagram pada malam Rabu memaklumkan mengenai berita keguguran isterinya, Norish Hassan, selain meluahkan rasa sedih kehilangan bayi yang bakal dilahirkan.

“Degupan itu akhirnya terhenti dan hilang dari pandangan. Alex, Sania dan Qaqa tertunduk saat mendapat berita ini.

“Qaqa menangis teresak-esak. Kini tiada lagi cerita baby yang bakal mereka miliki antara mereka,” tulisnya.

Penyanyi lagu Isabella itu turut memuat naik video yang memaparkan sesi pemeriksaan doktor pada statusnya itu.

Foto: Instagram Amy Search

Dalam pada itu, Amy memberitahu dia reda dengan dugaan tersebut dan berharap akan ada keindahan di sebalik ujian diberikan kepada mereka sekeluarga.

“Moga kami semua reda dengan dugaan yang tak terpandang ini. Aku pasti dugaan itu datang bersama keindahan dan sabar itu sama seperti berbesar hati dengan dugaan-NYA.  AmeenYRA,” luah Amy.

Pada 25 Mei lalu, Amy meluahkan rasa gembira mengenai kehamilan isterinya itu selain tidak sabar untuk bergelar bapa pada usia 60 tahun.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2003 dan hasil perkongsian hidup selama 15 tahun, mereka dikurniakan  tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.

Amy turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama, Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21, perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad.

Menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Apr 2023
Featured Fri, 3 Feb 2023
Trending Tue, 28 Aug 2018

Mengaku Kerap Terlanjur, Hukuman Sebat Pasangan Lesbian Tangguh Ke September

Hukuman ke atas pasangan kekasih ‘songsang’ yang dihukum denda RM3,300 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, April lalu ditangguhkan sehingga 3 September ini.
Pendaftar Mahkamah Nurulhuda Abd Rahman berkata hukuman tersebut perlu ditangguhkan kerana sebab-sebab teknikal.
“Beberapa agensi akan terlibat dalam hukuman itu dan ada beberapa masalah teknikal yang masih belum dapat diselesaikan.
“Oleh itu, adalah lebih baik menangguhkan hukuman itu ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya.
Dua wanita itu masing-masing berusia 22 dan 32 tahun sepatutnya dihukum enam sebatan pada Selasa.
Mereka telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu hukuman dilaksanakan.
Hukuman sebat itu dijangka dilakukan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.
Selain hukuman sebat, mereka turut berdepan hukuman penjara empat bulan jika gagal menjelaskan denda RM3,300 yang ditetapkan.
Terdahulu, pasangan itu mengaku memilih melakukan hubungan kelamin sejenis kerana merasa lebih selamat berbanding melakukan hubungan dengan lelaki, malah mereka turut mengaku sudah kerap ‘terlanjur’.

Hiburan Thu, 9 Apr 2026

“Dulu Dengan Nelydia Sama-Sama TTC, Sekarang Tinggal Saya Seorang Belum Ada Rezeki Anak” – Aprena Manrose

Aprena pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016 sebelum pasangan itu sah bercerai pada Jun 2025

error: Content is protected !!