Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
familuv By: Ad Ops July 16, 2018 @ 3:00pm

Ikuti 5 Tip Penting Sebelum Membeli Katil Untuk Bayi Anda

Salah satu benda termahal yang anda perlu beli untuk bayi anda adalah katil khas untuknya.

Walaupun ada katil bayi di pasaran yang dihias cantik-cantik, anda tak boleh beli katil berdasarkan rupanya saja.

Sebaliknya, keselamatan bayi andalah yang paling perlu dititikberatkan. Keselesaan pun penting. Sama ada rupanya cantik atau tak, lain cerita.

Jadi, sebelum anda buat keputusan tentang katil yang mana anda ingin beli, ikuti dulu 5 tip penting ini.

1. Pilih design yang selamat

Sekali lagi perlu ditegaskan yang keselamatan bayi anda adalah paling penting. Dia akan tidur di atas katil ini, dan anda bukannya boleh beri perhatian kepadanya sepanjang masa. Betul tak?

Bila memilih katil, periksa pagarnya betul-betul dan pastikan jarak di antara palang-palang pagar itu tak melebihi 2 inci. Kalau tak, takut nanti kaki, tangan atau kepala anak anda tersangkut pula.

Foto: thechampatree.in

2. Periksa sama ada pagarnya boleh diturunkan

Ada katil yang pagarnya boleh diturunkan, bagi memudahkan ibu bapa untuk mengangkat atau meletakkan anak mereka ke dalamnya.

Memanglah senang, tapi lama-lama ia boleh membahayakan. Bila anak anda dah lebih besar dan boleh duduk dan berdiri dengan sendiri, dia mungkin dengan tak sengaja boleh tertolak pagar tersebut dan jatuh.

Jadi, anda perlu fikir dulu pros and cons dan buat keputusan yang anda rasa sesuai.

3. Pastikan saiz katil sesuai

Bila nak pergi beli katil, jangan lupa bawa pita pengukur. Yalah, nanti dah beli, tak muat bilik pula. Lagi teruk, tak boleh nak masuk melalui pintu!

Sebelum itu, sediakan ruang yang sesuai siap-siap untuk letakkan katil itu.

Foto: theAsianparent

4. Pilih tilam yang betul

Bukan rangka katil saja yang anda perlu periksa. Tilam yang datang dengan katil itu pun anda mesti check sama ada sesuai atau tak.

Contohnya, ia tak boleh terlalu lembut. Jika ya, ia boleh meningkatkan risiko sindrom bayi mati mendadak (Sudden Infant Death Syndrome).

Untuk check sama ada tilam anda terlalu lembut, tekankan tangan pada tilam dan kemudian alihkan tangan. Jika kesan tapak tangan anda jelas kelihatan, maknanya tilam itu lembut sangat.

Belilah tilam yang kukuh dan padat demi keselamatan anak anda.

5. Pilih alternatif lain, jika tak mahu katil

Jika sebauh katil bayi akan memakan ruang di rumah anda, pilih saja alternatif lain seperti bakul tidur atau katil mudah alih ataupun yang boleh dilipat.

Untuk mendapatkan idea tentang jenis-jenis katil lain yang ada, rujuk kepada video di bawah ini:

Sumber: theAsianparent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Fri, 23 Dec 2022
familuv Fri, 17 Aug 2018

Mahu Disayangi Mentua? Ini Tipsnya, Jangan Baca Saja Tapi Amalkan Juga Okay!

Tambat hati mentua anda supaya hubungan kekeluargaan yang terbina tetap utuh.

familuv Tue, 2 Apr 2019

Ketahui makanan yang menyumbang kepada ADHD dalam kalangan bayi semasa mengandung

Omega 3 dan omega-6 dikatakan menjadi punca gangguan ADHD kepada bayi

familuv Thu, 27 Dec 2018

5 Reasons Why Yogurt Is Great For Kids

One of them is that it can prevent childhood obesity.

familuv Thu, 14 Nov 2019

Terlebih guna ‘gadget’ terbukti boleh bantut perkembangan otak kanak-kanak

Skil kemahiran membaca anak ini tidak akan berkembang.

familuv Mon, 13 Apr 2020

Bunuh ibu kerana ketagih permainan dalam talian

Ketahui tanda-tanda ketagihan gajet!

familuv Mon, 22 Jul 2019
familuv Mon, 16 Mar 2020
Eat Travel Fri, 19 Jul 2019

5 sebab ibu bapa perlu lakukan aktiviti memasak bersama anak

Mungkin mereka boleh menjadi tukang masak terkemuka suatu hari nanti.

familuv Wed, 4 Jul 2018

Kalau Nak Anak Sentiasa Selamat, Ketahui 5 Tip Memilih Pengasuh Yang Betul

Ketahui aspek penting ini sebelum menghantar anak kepada pengasuh.

error: Content is protected !!