Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom August 17, 2018 @ 7:44pm

Mahu Disayangi Mentua? Ini Tipsnya, Jangan Baca Saja Tapi Amalkan Juga Okay!

“Tinggal satu bumbung dengan mentua? Oh no, there’s no way!“

Begitulah reaksi kebanyakan teman-teman saat diajukan soalan kenapa mereka sanggup tinggal sebumbung dengan mentua.

Berbeza dengan wanita, lelaki biasanya lebih terbuka untuk menerima senario ini, kerana kaum Adam sememangnya dilahirkan dengan tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga iaitu untuk melindungi mereka.

Justeru apabila mereka mendirikan rumah tangga, cinta dan kasih kepada isteri membuatkan mereka sanggup menerima keadaan ini meskipun tidak semua begitu.

Berbeza dengan wanita, mereka lebih berat kepada parents sendiri dan sukar untuk membuang skeptikal bahawa mentua itu harus dilayan dan disayang sama seperti ibu bapa kandung.

Satu perkara yang perlu diingat, pasangan yang mengambil keputusan untuk berkahwin dan mendirikan rumah tangga harus tahu bahawa mereka sebenarnya bukan sahaja berkahwin dengan pasangannya tetapi juga berkahwin dengan seluruh keluarga dan sanak saudara pasangan masing-masing.

Oleh itu, ia amat penting jika anda mencari keserasian dan berusaha untuk menambat hati mentua anda supaya hubungan kekeluargaan yang terbina tetap utuh.

Berikut merupakan lapan tip mudah untuk pikat hati mentua anda.

Foto: SirapLimau

1. Luangkan masa untuk pulang ke kampung

Pulang ke kampung halaman tidak hanya wajib ketika perayaan bahkan ia boleh dilakukan pada hari biasa. Carilah masa terluang untuk pulang ke kampung halaman setelah berkahwin.

Tidak perlu kerap tetapi cukuplah sekurang-kurangnya sebulan sekali. Jikalau anda dan suami sudah mempunyai anak, mereka tentu rindu dengan cucu mereka.

Beritahu mereka terlebih dahulu jika anda merancang untuk pulang ke kampung. Buat perancangan awal agar anda dapat menyediakan sesuatu yang disukainya.

2. Jaga penampilan

Penampilan diri haruslah dijaga tidak kira sebelum mahupun selepas berkahwin. Jagalah penampilan kerana ia melambangkan diri dan sikap anda.

Bagi lelaki, jangan sesekali memakai baju-T yang memiliki imej yang tidak sesuai dan bagi perempuan pula, jikalau tidak tahu nak pakai baju apa, baju kurung adalah antara pilihan yang tebaik untuk tampil kelihatan sopan.

3. Cari topik perbualan

Pastikan anda sudah menghafal semua perkara yang berkaitan dengan bakal mentua anda. Cuba selidik tentang mereka melalui pasangan anda (anak mereka).

Ketahui tentang hobinya, makanan kegemarannya, personalitinya dan sedikit sebanyak tentang latar belakang dirinya. Jangan malu untuk berbual dengan mereka. Cuba cari topik perbualan berdasarkan maklumat yang diperolehi tentang mereka.

4. Rajin menolong

Tiada mentua yang akan membenci menantu yang ringan tulang. Sikap ringan tulang inilah yang sering dicari oleh mentua terutama sekali pada menantu perempuan.

Tidak perlu malu untuk mengaku yang anda tidak pandai memasak, tetapi buktikan kesungguhan anda untuk membantunya setiap masa. Rajinkan diri untuk memicit dan mengurut mereka tatkala mereka sedang sakit.

Foto: realtor.com

5. Elak bergaduh di depan mentua

Jika anda dan pasangan anda mempunyai masalah rumah tangga, janganlah anda tunjukkan di depan mentua anda. Jikalau anda bergaduh dengan pasangan anda di depan mereka, ini akan memberikan gambaran sebenar tentang sikap anda terhadap anak mereka. Sebaliknya, cuba meminta nasihat daripada mentua anda untuk menambat hati pasangan anda. Pastinya mereka akan suka bercerita tentang anak mereka.

6. Jaga tutur kata dengan mentua

Pertuturan bersama mentua haruslah dijaga. Berhati-hatilah ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka dan elakkan dari menyinggung perasaan keluarga mentua anda. Pastikan anda mengawal diri anda dari segi batas perlakuan dan percakapan.

7. Jangan berkira dengan mentua

Setelah berkahwin, mentua juga adalah sebahagian daripada hidup anda. Jadi, anggaplah mereka seperti sebahagian daripada darah daging anda sendiri supaya hubungan anda dan mertua akan bertambah mesra. Layanilah mereka sebagaimana anda melayani ibu bapa anda sendiri.

8. Doa supaya hati mentua dilembutkan

Selain daripada cara di atas, anda juga harus sentiasa berdoa jika anda menghadapi kesukaran untuk memenangi hati mentua anda. 

Foto: Mental Floss

Sumber: Jelita 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 15 Mar 2019
familuv Wed, 4 Jul 2018

Kalau Nak Anak Sentiasa Selamat, Ketahui 5 Tip Memilih Pengasuh Yang Betul

Ketahui aspek penting ini sebelum menghantar anak kepada pengasuh.

familuv Tue, 31 Jul 2018

Anak Terpengaruh Dengan Iklan Makanan, Ibu Bapa Usah Terlalu Turut Kehendak Mereka

Iklan makanan boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap kanak-kanak, terutama yang berumur di bawah 12 tahun.

Cahaya Mata Thu, 12 Jan 2023

“Cinta Pertama Anak Perempuan Adalah Ayahnya” – Comelnya Gelagat Anak Izara Aishah Manja Bersama Adib Khalid!

Keletah comel anak kepada pelakon Izara Aishah, Irisa Alaia yang terlalu manja bersama bapanya, Muhammad Adib Khalid mencuri tumpuan. @izaraaishahofficialNo man will ever love her more than her baba. ♬ original sound – Umer baba […]

familuv Thu, 15 Aug 2019

Isteri ‘chubby’ mampu buat suami gembira!

Tak percaya? bacalah artikel ini!

Cahaya Mata Fri, 5 Aug 2022

Pernah Terfikir Anak Hal Yang Menyusahkan, Raja Ilya Kini Rasa Nikmat Jadi Ibu

Yelah kan bila dah jadi ibu baru tahu macam mana perasaan happy ada baby tu kan? Alhamdulillah.

familuv Thu, 8 Dec 2022

Potret Arwah Ibu Jadi Hadiah Konvokesyen.. Video Pelajar & Bapa Buat Netizen Sebak

Hari Konvokesyen adalah saat yang dinantikan oleh semua graduan setelah berhempas pulas mencari ilmu. @apan0012 Al fatihah mak #tiktok #fyp #fypシ #2022 #CapCut ♬ bunyi asal – Apan Tular satu hantaran di laman TikTok seorang […]

Cahaya Mata Fri, 4 Nov 2022

Comel! Nyanyian ‘Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah’ Si Cilik Ini Raih Perhatian, Siap Ada Slang Lagi!

Aksi seorang kanak-kanak perempuan mendendangkan lagu berjudul Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah tular di media sosial. Seorang warganet yang dikenali sebagai Firdaus Mokhtar berkongsi nyanyian anaknya, Ameenah dan ia mendapat perhatian ramai kerana kecomelan yang […]

familuv Tue, 17 Jul 2018

Karakter Dominan Isteri Bikin Suami Kecut Perut

Ada banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan suami takut isteri.

familuv Fri, 21 Sep 2018

Ada Apa Dengan Gelaran Pasangan Sepadan Sedang Hati Tidak Bahagia

Satu kajian mendapati wanita terbukti lebih bahagia bila mempunyai suami yang kurang menarik daripada mereka.

error: Content is protected !!