Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Halimey Zamal November 4, 2022 @ 9:00pm

Comel! Nyanyian ‘Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah’ Si Cilik Ini Raih Perhatian, Siap Ada Slang Lagi!

Aksi seorang kanak-kanak perempuan mendendangkan lagu berjudul Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah tular di media sosial.

Seorang warganet yang dikenali sebagai Firdaus Mokhtar berkongsi nyanyian anaknya, Ameenah dan ia mendapat perhatian ramai kerana kecomelan yang dipamerkan.

Lebih mencuit hati warganet apabila Ameenah menyanyikan lagu tersebut dengan tone suara yang berbeza dan memek muka yang kelakar ketika video tersebut dirakamkan.

@firdausmokhtar_ Siap ada slang slang pula dia nyanyi 😆 #anakwalid #fyp ♬ original sound – firdausmokhtar_

Menerusi perkongsian berdurasi 54 saat yang dimuatnaik di akaun TikTok milik Firdaus, dia juga dilihat terhibur dengan nyanyian Ameenah itu.

“Siap ada slang slang pula dia nyanyi,” tulis Firdaus di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang berseloroh berpendapat bahawa Ameenah menghadiri kelas vokal kerana teknik nyanyiannya umpama seorang penyanyi profesional.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kelunakan suara dan bakat yang dimiliki oleh Ameenah.

Ada juga warganet yang terpegun melihat kecomelan Ameenah dan mendoakan agar anak kecil itu membesar menjadi wanita solehah.

“Repeat banyak kali sebab comel sangat part dia sebut segalanya, adoi sedap betul dengar. Semoga adik membesar menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat,” tulis salah sorang warganet.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 449,000 tontonan dan lebih 40,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 21 May 2018

Syukur! Nabil Ahmad Bakal Jadi Tetamu Allah Kali Keempat

Setiap kali pulang perasaan rindu itu semakin menebal dan saya akan ambil peluang ini untuk beribadat dan memperbaiki diri…

Hiburan Sat, 6 Oct 2018

张学友越跳越年轻!赞大马歌迷配合满分「犹如主场」

相隔不到九个月的时间,「歌神」张学友破纪录再度来马举办《A CLASSIC TOUR 学友·经典》世界巡迴;长达3小时的唱跳演出,让他自夸越跳越年轻,更大赞歌迷配合度满分,在大马演出「犹如主场」。

Trending Mon, 7 May 2018

Helikopter Bawa Pengantin Terhempas, Majlis Tetap Diteruskan…

Tiga penumpang lain termasuk juruterbang, jurugambar dan seorang kanak-kanak dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan ringan. Phew…Nasib baik!

error: Content is protected !!