Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom July 17, 2018 @ 9:00am

Tak Payah Guna Sabun. Ini Cara Paling Magic Untuk Hilangkan Bau Raja Segala Buah!

Bau buah durian memang menyengat! Walaupun hanya beberapa minit disimpan dalam bonet kereta, makan masa berhari-hari juga untuk hilang baunya.

Sama juga kalau kita memakannya, baik mulut mahupun tangan baunya melekat sehari, dua. Sendawa jangan cakaplah, boleh bikin panas orang sebelah lebih-lebih lagi dalam kereta dan sahabat kamu itu spesis tidak makan durian. Bukan itu saja kalau makan terlalu banyak boleh mempengaruhi bau urine juga.

So macam mana caranya nak mengatasi masalah bau durian, sejenis buah yang lemak berkrim bila dimakan, tetapi baunya ya ampun tak tahan! Malah, dianggap busuk bagi orang putih.

Memandangkan sekarang ini musim durian, yakni promosi tentangnya ada di mana-mana baik di akhbar mahupun media sosial, Hijab & Heels ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi beberapa tips supaya nafas dan tangan anda bebas bau durian dengan kadar segera.

Foto: bolonganaksemporna

Caranya sangat mudah di mana anda perlu memanfaatkan kulit durian. Untuk menghilangkan bau durian di mulut, tuangkan air pada pangsa kulit durian, kemudian minum.

Selain menghilangkan bau mulut, amalan petua ini juga dapat menyejukkan badan. Maklumlah durian dikenali sebagai buah berkalori tinggi, tinggi kolestrol, tinggi lemak dan menyebabkan panas badan. Untuk meneutralisasi semula suhu badan, ini petua berzaman dilakukan nenek moyang kita.

Manakala untuk hilangkan bau durian di tangan, kaedahnya hampir sama iaitu dengan cara alirkan air dari pangkal kulit durian dan basuh tangan barulang kali. Memang magic, bau terus hilang, anda percaya tak? Kalau tak percaya try makan durian dan cuba okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Dec 2022

Individu Suruh Pergi Pejabat Kadi, Zarina Anjoulie Beri Hint Dah Kahwin?

Wah betul ke ni? Moga yang baik-baik untuk Anju

Featured Tue, 9 Mar 2021
Featured Wed, 8 Mar 2023
Gaya Hidup Mon, 10 Sep 2018

Putera Harry & Meghan Markle Dedah Perkara Paling Tak Syok Tentang Kehidupan Royalty

Jadi ahli kerabat diraja bukanlah seindah yang digambarkan.

Featured Sun, 18 Dec 2022
Featured Sat, 17 Sep 2022

Enggan Bertemu Media, Tak Mahu Wajah Dirakam… Mia Sara Pilih Kunci Mulut

Mungkin Mia perlukan masa untuk bertenang 🤷‍♀️

error: Content is protected !!