Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops July 19, 2018 @ 6:00pm

Paha & Punggung Besar? Ketahui Punca Kepada Permasalahan Ini

Muka serta bahagian atas tubuh dah kurus dan langsing. Sekali tengok bahagian bawah, adoi besarnya paha dan punggung. Hmmmm, macam tak seimbang pula kan?

Kenapa hal ini berlaku? Adakah sebab kerana malas bersenam? Jom ketahui apa faktor penyebab kepada permasalahan ini.

1. Bentuk badan

Foto: Livestrong

Bentuk badan amat mempengaruhi ukuran paha dan tubuh wanita. Mereka yang memiliki bentuk badan pir akan mempunyai ukuran paha dan punggung lebih besar dan lebar berbanding saiz normal. Justeru, anda harus bekerja keras untuk membentuk paha agar menjadi lebih ramping.

2. Pengaruh hormon

Lelaki dan wanita mempunyai deposit lemak yang dipengaruhi oleh hormon. Hormon estrogen pada wanita menyebabkan lemak lebih banyak disalurkan ke bahagian paha dan punggung, manakala hormon testosteron pada lelaki menyebabkan lemak lebih banyak terkumpul di bahagian perut.

Foto: Fittwir

Itulah antara penyebab mengapa orang lelaki buncit pada bahagian perut dan wanita pula kelihatan gemuk pada kawasan paha dan sekitarnya. Namun, jangan risau kerana berita gembiranya, adalah lebih senang untuk mengurangkan lemak di bahagian paha berbanding lemak di bahagian perut.

3. Genetik

Faktor keturunan juga boleh menyebabkan paha dan punggung besar. Jika ibu bapa kita mempunyai bentuk badan yang besar atau gemuk, kita juga berkemungkinan besar mewarisinya. Sungguhpun begitu, jangan risau kerana anda boleh menjalani rutin senaman bagi mengecilkan bahagian paha dan punggung.

Foto: Healthista

4. Otot

Penyebab paha besar juga mungkin kerana kita secara semulajadi sudah memiliki otot yang besar. Otot mempunyai saiz dan ukuran berbeza yang terdiri daripada pelbagai jenis serat otot.

Apapun, buat mereka yang memiliki paha dan punggung besar, jangan risau kerana selain mengamalkan diet pemakanan yang seimbang, anda juga boleh melakukan rutin senaman yang dikhususkan untuk mengecilkan paha dan punggung.

Sumber: Vanilla Kismis

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 13 Sep 2018
Featured Wed, 31 Jul 2019

Lutut dan siku anda hitam? Putihkan dengan 6 bahan semula jadi ini

Di rumah pun anda boleh jumpa bahan-bahan ini.

Oh Lawa Tue, 16 Jan 2018

Mengapa Pakai Tudung Jenama Tiruan Tak Cool

Kebanjiran tudung tiruan berjenama premium contohnya seperti dUCK scarf seakan sesuatu yang boleh diterima. Walhal, gejala ini amatlah tidak cool langsung! Ini kenapa tudung berjenama tiruan tidak boleh diterima atau layak digayakan: 1) If you […]

Oh Lawa Tue, 10 Mar 2020
Oh Lawa Thu, 22 Feb 2018

Trik Mudah Untuk Buat Bulu Mata Nampak Lebat

Produk maskara yang boleh buat bulu mata anda nampak lagi tebal bersepah di pasaran. 

Oh Lawa Wed, 12 Sep 2018

Bukan Pengkid Atau Tomboy, Tapi 10 Selebriti Tempatan Ini Menawan Dengan Potongan Rambut Pendek!

Tiada salahnya untuk wanita memilih gaya rambut pendek asalkan masih menerapkan ciri-ciri feminin.

Oh Lawa Thu, 28 Feb 2019
Featured Sun, 3 Feb 2019
Oh Lawa Tue, 5 Mar 2019
Oh Lawa Mon, 14 Oct 2019

Glow Doe dUCk Cosmetics bantu serlah solekan

Didatangkan dalam 3 pilihan warna

error: Content is protected !!