Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops February 22, 2018 @ 10:36am

Trik Mudah Untuk Buat Bulu Mata Nampak Lebat

Produk maskara yang boleh buat bulu mata anda nampak lagi tebal banyak dijual di pasaran. Malah ada sesetengah jenama siap memberi jaminan anda akan kelihatan seperti memakai bulu mata palsu. Amboi!

Kalau anda tak ada maskara yang ‘secanggih’ itu, jangan risau. Pakai loose powder atau bedak tabur pun boleh! Mula-mula salut bulu mata anda dengan bedak itu, kemudian cover dengan maskara. Gerenti nampak tebal nanti.

thebeautydepartment.com

Nak tahu caranya? Jom baca!

Alat yang diperlukan:

– Loose powder (tak kiralah warna apa)

– Batang mascara pakai buang

– Mascara betul yang nak dipakai

Cara-caranya:

  1. Celupkan bahagian hujung batang maskara pakai buang itu ke dalam bedak sampai ia betul-betul disaluti.
  2. Ketukkan batang maskara perlahan-lahan di tepi bekas bedak untuk jatuhkan bedak yang berlebihan.
  3. Sapukan maskara berbedak itu pada bulu mata, pertama kali secara mendatar, dan kemudiannya secara menegak.
  4. Gunakan mascara yang betul pula kali ini dan sapu bulu mata sebanyak dua kali.

thebeautydepartment.com

thebeautydepartment.com

thebeautydepartment.com

Dah siap! Efektif, bukan?

Tip: Untuk bulu mata bahagian bawah, anda disarankan pakai berus maskara yang nipis, kerana takut berus maskara tebal tadi akan menyebabkan clumps atau gumpalan. Tapi ikutlah citarasa anda.

Tapi ingat ya! Dengan menggunakan teknik ini, tak bermakna bulu mata anda akan tebal selama-lamanya. 

Selamat mencuba!

Sumber: thebeautydepartment.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 15 Jul 2019

Betul ke ubat gigi boleh hilangkan jerawat? Ini jawapan pakar

Ketahui juga sama ada ia bagus untuk kulit anda dalam jangka masa panjang.

Featured Thu, 28 May 2020
Oh Lawa Tue, 5 Mar 2019
Featured Wed, 10 Jul 2019

Kulit muka lebih menawan dalam 14 hari!

3 produk ini wajib ada dalam beg anda

Oh Lawa Wed, 5 Dec 2018

Pewarna Kuku Mesra Wuduk, Sesuai Untuk Si Manis Bertudung Litup!

Wanita berhijab juga pastinya tidak mahu ketinggalan dalam trend kecantikan!

Oh Lawa Fri, 27 Jul 2018

Suntikan DNA Balenciaga Bikin Kasut Dengan Jolokan Hodoh, Crocs Makin Laris!

Balenciaga sebelum ini pernah mengambil rekaan Crocs dan memanipulasikannya dengan DNA Balenciaga menerusi Crocs platform.

Oh Lawa Mon, 15 Jan 2018

Kanta Lekap Berwarna atau Natural?

Pemakaian kanta lekap kini menjadi trend dan merupakan antara item fesyen yang menjadi pilihan utama wanita dalam dunia kecantikan.

Oh Lawa Thu, 28 Feb 2019
Featured Fri, 23 Nov 2018

Tahukah Kamu Ladies, Lelaki Turn Off Melihat Wanita Bersolek Tebal!

Lelaki lebih menghargai kecantikan asli seseorang wanita berbanding fake beauty!

error: Content is protected !!