Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom July 22, 2018 @ 6:00pm

Jom Kenali 4 Selebriti Wanita Tempatan Popular Dengan Bakat Melukis Luar Biasa

Selebriti dengan bakat melukis bukanlah perkara yang mengejutkan di dalam industri hiburan tempatan.

Cumanya kebelakangan ini, berita seumpama itu kembali menarik perhatian ramai terutamanya netizen apabila pelakon cantik dan berbakat besar Anzalna Nasir, pula menunjukkan skil melukis dan mempromosikan lukisannya di laman sosial Instagram miliknya dengan cara yang cukup interaktif dan unik.

Di mana hasil jualan sebahagian lukisannya, disumbangkan kepada rumah kebajikan serta pertubuhan yang mengendalikan golongan gelandangan.

Konsep berkarya sambil beramal itu, memperlihatkan usaha Anzalna ini mendapat pujian serta sokongan ramai yang ingin turut serta dalam misi beramalnya dengan membeli kepingan lukisan Anzalna yang boleh didapatkan dengan cara dibida atau tempahan khas.

Anzalna turut memikat perhatian netizen dengan satu lagi hobi masa lapangnya yang gemar menanam bunga. Taman bunga yang dinamakan Taman Cinta Anzalna & Haniff itu, mekar dan subur sesubur cinta pasangan suami isteri itu.

Di kesempatan ini juga, Hijab & Heels ingin membuat pendedahan tiga lagi artis wanita yang mempunyai bakat seni yang sama seperti Anzalna.

Mewarisi bakat melukis daripada bapa sebagaimana Anzalna, Emma Maembong adalah anak kepada Ismail Embong atau Maembong merupakan seorang pelukis prolifik dan pakar rujuk seni negara yang telah berkecimpung dalam lapangan seni sejak lebih tiga dekad.

Dari sudut pandang secara surface, Emma Maembong sangat suka pada lukisan dengan warna bright atau terang malah menjadikan wanita dalam bentuk komik sebagai subjek utamanya.

Sementara Tiz Zaqyah dan Shila Amzah yang jarang-jarang mempamerkan kehebatan mereka, dikatakan meminati bidang ini sedari kecil bahkan sangat cenderung kepada lakaran potret membabitkan selebriti terkenal dunia.

Mengapa wanita menjadi pilihan Hijab & Heels, ini kerana bidang seni lukis bukanlah sesuatu yang asing buat golongan lelaki yang mendominasi industri ini sejak sekian lama.

Maestro muzik Datuk M Nasir, Imuda, Zul Handy Black antara artis tempatan yang terlebih dulu mempamerkan karya lukisan mereka sebelum munculnya generasi pelukis selebriti wanita.

Okay, let’s check it out karya lukisan yang pernah dihasilkan Anzalna Nasir, Emma Maembong, Tiz Zaqyah dan Shila Amzah. Cantik ke tidak?

1. Anzalna Nasir

Foto: Instagram Anzalna

Foto: Instagram Anzalna

Foto: Instagram Anzalna

Foto: Instagram Anzalna

Foto: Instagram Anzalna

Foto: Instagram Anzalna

Foto: Instagram Anzalna

2. Emma Meambong

Foto: InTrend

Foto: Beautifulnara

Foto: utaranews

Foto: Beautifulnara

Foto: InTrend

Foto: Beautifulnara

3. Tiz Zaqyah

Foto: Glam Lelaki

Foto: cari.com

Foto: cari.com

Foto: cari.com

Foto: cari.com

Foto: cari.com

4. Shila Amzah

Foto: The Vocket

Foto: cari.com

Foto: cari.com

Foto: cari.com

Foto: cari.com

Cukup mengujakan setelah melihat koleksi lukisan artis-artis popular wanita tanahair yang cukup berbakat besar ini. Hijab & Heels berharap, mereka terus memanfaatkan bakat yang ada dengan lebih banyak lagi penghasilan karya-karya lukisan yang menarik pada masa akan datang! Love.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Nov 2024
Featured Wed, 3 May 2023

Isu Serang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Beri Kebenaran Tangguh Kes Selama 4 Minggu

Kes ditangguh 4 minggu untuk melengkapkan siasatan ke atas tertuduh

Hiburan Tue, 24 Dec 2024
Hiburan Sun, 23 Jun 2024
Hiburan Sun, 22 Sep 2024
Hiburan Mon, 23 Feb 2026

Derita Kanser Paru-Paru, Anak Sulung Amyza Aznan Meninggal Dunia

Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia, Al-Fatihah.

Hiburan Tue, 27 Jan 2026

“Hati Aqish Tak Pernah Berbelah Bahagi Bersama Kak Fazura, Terima Kasih” – Puteri Balqis

Fazura memberi pesanan kepada Aqish untuk yakin bahawa Allah ada membantu

Trending Tue, 5 May 2020
error: Content is protected !!