Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir January 23, 2024 @ 6:38pm

Dikecam Lakonkan Babak Didakwa Berunsur ‘Soft Porn’, Jiwa Alya Iman Tetap Kental Gara-Gara…

Pelakon meningkat naik, Alya Iman kuat berdepan kecaman netizen disebabkan pengalaman hidupnya yang pernah melalui tempoh sukar.

Menurut Alya atau nama sebenar Nur Alya Iman Azmil, 23, akui sudah lali dengan tohmahan yang dilemparkan.

“Orang memang benci saya. Jadi, saya tak kisah apa yang orang nak cakap perkara buruk pasal saya.

“Siapa yang kenal saya, dia tahu siapa saya. Walaupun baru berusia 23 tahun, saya dah melalui banyak pengalaman menyedihkan yang menjadikan diri saya tabah dan kalis kecaman.

“Kehilangan bapa saya, membesar dalam keluarga berantakan dan bekerja pada usia muda sebab nak jaga arwah bapa membuatkan hati serta jiwa kental berdepan apa juga cabaran dalam hidup.

“Jadi bila ada netizen kecam, ia langsung tidak memberi kesan. I have gone through worse, saya tahu boleh hadapi semua ini dan bersedia dengan apa juga cabaran yang bakal mendatang,” katanya semasa ditemui di sidang media drama Layang-Layang Perkahwinan di Restoran Rebung, Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas tentang reaksi negatif penonton tentang babak yang didakwa berunsur ‘soft porn’, Alya akui bimbang akan mengundang kecaman.

“Masa mula-mula dapat skrip, saya tanya pada Eyra (pengarah) betulkah saya kena bawa watak ini? Ini kerana saya sedar watak ini boleh membuatkan saya dikecam.

“Namun, sudah namanya pelakon, saya buat juga. Sebagai pelakon, saya hanya jalankan tanggungjawab mengikut skrip dan arahan.

“Saya tahu kejadian sebenar berlaku di belakang kamera. Ia tidaklah seperti yang diperkatakan (berunsur lucah). Kami jaga semuanya,” jelasnya.

Terdahulu, tular klip video daripada drama tersebut yang memaparkan watak Shukri Yahaya sedang mandi sebelum didatangi watak Alya Iman yang masuk ke dalam bilik air.

Shukri yang tidak mengenakan baju kemudiannya bertindak menarik tangan Alya dan aktres tersebut memberikan senyuman.

Potongan video tersebut telah meraih perhatian ramai yang dilihat mengecam adegan dalam telefilem tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Mar 2019
Figura Wed, 17 Jan 2024

Agong & Raja Permaisuri Agong Berkenan Baca Berita Di Buletin Utama Malam Ini

Jangan lupa saksikan malam ni di Buletin Utama TV3!

Acara Fri, 3 Feb 2023

Erna Elliyana & Shuib Sepahtu Anjur Kamya Fest, Tampilkan 20 Selebriti Popular

Barisan selebriti popular seperti Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor 88, Wak Doyok, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, Bella Astillah, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol dan […]

Hiburan Sun, 29 Oct 2023

Kongsi Berita Gembira, Jasmin Hamid Kini Bebas Kanser Rahim

Alhamdulillah! Semoga rawatan seterusnya dipermudahkan, Amin🤲🏻

Hiburan Sun, 20 May 2018

13 Fun Facts About BTS Anyone Should Know

If you’re a new fan, you might want to know some of these things.

error: Content is protected !!