Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops July 23, 2018 @ 4:00pm

Ini Sebabnya Anak Anda Perlu Belajar Piano Dari Kecil, Menurut Sains

Penguasaan teknik bermain piano bukan saja boleh menghasilkan bunyi melodi yang indah. Kajian terbaru menunjukkan yang ia juga boleh membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran bahasa mereka.

“Ada bukti yang menunjukkan pendedahan awal kepada latihan bermain piano menggalakkan pemprosesan bunyi bukan saja dari segi muzik tapi juga bahasa,” kata neurosaintis kognitif Massachusetts Institute of Technology, John Gabrieli.

Dia merupakan salah seorang penulis untuk kajian ini yang merujuk kepada kajian lain tentang kaitan di antara muzik dan perkembangan kanak-kanak.

Menurut kajian Gabrieli, apabila kanak-kanak dah biasakan diri dengan membezakan tona-tona piano yang berlainan, mereka juga nampaknya lebih pandai dalam menganalisa perbezaan halus di dalam bunyi perkataan-perkataan yang disebut.

Untuk kajian ini, para pengkaji telah membahagikan 74 kanak-kanak bersekolah tadika berbangsa Cina, berumur 4 ke 5 tahun dan bertutur dalam bahasa Mandarin, ke dalam 3 kumpulan.

Satu daripadanya telah berlatih bermain piano selama 45 minit sekali, 3 kali seminggu. Satu kumpulan lagi diberi bahan bacaan ekstra, manakala kumpulan terakhir tidak melakukan mana-mana aktiviti yang disebutkan tadi.

Selepas 6 bulan, tiada perbezaan ketara yang ditunjukkan dari segi pengiraan kebolehan kognitif (seperti IQ, memori dan rentang perhatian). Tapi kumpulan piano dapat dibezakan dengan satu cara.

Foto: http://bigappleeduworld.com

Walaupun dibandingkan dengan kumpulan banyak membaca tadi, kanak-kanak yang belajar main piano terbukti lebih pandai dalam membandingkan sebutan dua jenis perkataan yang dibezakan oleh satu saja huruf konsonan.

Kedua-dua kumpulan piano dan membaca telah menunjukkan prestasi lebih cemerlang daripada kumpulan yang tak melakukan apa-apa aktiviti, dalam membezakan abjad vokal.

Ini mencadangkan yang latihan piano mempengaruhi elemen pemprosesan bahasa yang penting dan kompleks.

Konsonan seperti T dan D boleh berbunyi serupa sampai otak manusia harus tetapkan huruf yang mana satu ia telah dengar.

Kesan ini adalah tersangatlah penting untuk pentutur bahasa Mandarin, kata Gabrieli, kerana bahasa ini bergantung sangat kepada perbezaan dari segi intonasinya yang halus.

Dia juga berkata, kajian lain mencadangkan yang kemahiran muzik juga memberikan keuntungan yang sama kepada pentutur bahasa lain seperti Bahasa Inggeris yang tak sangat mementingkan intonasi seperti Mandarin.

Buat masa ini, kajian Gabrieli hanya melihat kepada latihan piano. Dia berpendapat yang keputusan kajiannya boleh juga didapati dengan pembelajaran alat muzik lain.

Hasil kajian ini memberi impak yang besar sampai sekolah di Beijing di mana kajian ini dilakukan terus menawarkan latihan piano kepada murid-murid mudanya walaupun kajian itu sudah tamat.

Semakin advance mereka ini dalam bermain piano, semakin pandailah mereka dalam mengenalpasti tona muzik, dan secara tak langsung, semakin mahirlah mereka dalam penguasaan bahasa,” kata Gabrieli.

Haaa. Jadi cepat-cepat daftarkan anak anda ke kelas piano, jika anda nak dia pandai berbahasa!

Sumber: Time

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Fri, 23 Dec 2022
familuv Tue, 1 Jan 2019

Bila Jadual Harian Anak Terlalu Padat Dengan Pelbagai Aktiviti, Ini Akibatnya!

Kanak-kanak bukan saja hilang tumpuan untuk belajar tetapi juga selera makan!

familuv Fri, 8 May 2020
familuv Sun, 12 Jun 2022

“Papa Tak Menangis, Tapi Ngilu…” – Putera Sulung Selamat Disunatkan, Mira Filzah Menangis

Alhamdullilah, putera sulung kepada Mira Filzah dan Wan Emir sudah selamat disunatkan.

Cahaya Mata Thu, 12 Jan 2023

Baru Berusia 2 Tahun, Netizen Kagum Anak Tomok Pandai Nyanyi Lagu Janji Padamu!

Anak-anak kepada penyanyi dan pelakon Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan cerdik mereka. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Tomok di platform TikTok […]

familuv Fri, 15 Mar 2019

Anda bakal menjadi ibu tiri? Cuba 5 panduan ini untuk persiapkan diri

Menjadi ibu tiri memerlukan kesabaran yang tinggi.

familuv Thu, 13 Dec 2018
error: Content is protected !!