Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin July 24, 2018 @ 4:30pm

4 Punca Tahi Telinga Mengeras Yang Wajib Anda Tahu

Tahukah anda bahawa tahi telinga boleh mengeras dan ianya boleh mengundang bahaya? Nak tahu punca tahi telinga boleh mengeras? 

Jom semak perkongsian daripada Dr. Ezairy M.Sallih, doktor telinga, hidung & tekak (ENT) berkenaan tanda-tanda, punca dan cara rawatan tahi telinga yang mengeras atau impacted ear wax ini. 

Bagaimana sebenarnya tanda-tanda anak anda sedang mengalami ‘impacted ear wax‘ iaitu tahi telinga keras?

1. Kurang pendengaran disebabkan bunyi berdesing, bunyi luar biasa, tidak normal dan sebagainya.

2. Merasa telinga tertutup atau ‘block‘.

3. Mengalami sakit telinga secara tiba-tiba dan tiada tanda jangkitan seperti demam.

Apa sebenarnya yang menyebabkan yang menyebabkan tahi telinga boleh mengeras?

1. Salur telinga yang kecil. Ini akan mengakibatkan tahi telinga lebih mudah terperangkap dalam salur telinga.

2. Bad cleaning habit, kerap sangat cuba bersihkan sendiri di rumah. Tahukah anda tindakan anda yang menggunakan cotton bud atau alatan lain hanya akan menyebabkan tahi telinga lebih masuk ke dalam!

3. Penghasilan ear wax yang terlalu banyak. Ini adalah berbeza mengikut individu. Sesetengah orang memang akan menghasilkan lebih ear wax berbanding orang lain.

4. Kerap terkumpulnya air di telinga, kerap berlaku jangkitan atau kecederaan di salur telinga boleh menyebabkan masalah pada salur telinga. Untuk sesetengah keadaan, ear wax lebih mudah tersumbat kerana salur telinga yang kecil dan sebab-sebab lainnya.

Perlu ke saya bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan?

1. Ya, anda perlu bawa anak anda bertemu doktor jika anak-anak anda mengalami tanda-tanda tahi telinga mengeras.

2. Pemeriksaan mata kasar anda atau sekadar menggunakan lampu tidak akan mampu mengesahkan masalah ini. Ia perlu pemeriksaan doktor.

Perlukah saya bersihkan sendiri telinga anak saya di rumah?

Gambar ini menunjukkan keadaan telinga yang dilihat menggunakan otoscope. Bagaimana ia sebelum (penuh dengan tahi telinga) dan selepas dibersihkan oleh doktor(gegendang telinga dapat dilihat)

1. Tak boleh. Tahi telinga tidak perlu dibersihkan sendiri. Ia amat berbahaya. Anda boleh mencederakan salur dan gegendang telinga.

2. Jika tahi telinga tidak mendatangkan sebarang masalah kepada pesakit, doktor juga tidak akan melakukan sebarang perkara kepada pesakit.

3. Tindakan membersihkan di rumah menggunakan apa juga alat seperti cotton bud atau alatan besi hanya akan menyebabkan ear wax masuk lebih ke dalam!

Oleh itu, bagaimana impacted ear wax atau tahi telinga dirawat?

1. Ubat titis telinga untuk melembutkan tahi telinga akan diberikan kepada anda.

2. Ear syringing. Ada sesetengah doktor yang menggunakan teknik ini untuk membersihkan telinga iaitu dengan menggunakan air.

3. Teknik paling berkesan yang boleh dilakukan ialah ear suctioning di mana doktor akan menyedut tahi telinga keluar. Ini hanya akan dilakukan jika pesakit ada masalah pada ear wax sahaja. Tidak akan dilakukan jika pesakit tidak ada apa-apa masalah.

Kesimpulannya, kalau nak membersihkan tahi telinga, tidak perlu mengoreknya menggunakan cotton bud, sekadar bersihkan menggunakan kain pada bahagian luar telinga sahaja. Cara ini lebih selamat! Apa pun, berjumpalah dengan doktor untuk membuat rawatan dan mendapatkan nasihat. 

Semoga info ini bermanfaat!

Sumber: Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Mon, 4 Mar 2019

6 perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli suplemen pilihan anda

Wanita dan suplemen tidak boleh dipisahkan.

Featured Sat, 7 Mar 2020

4 cara mudah lindungi diri daripada penyakit

Ketahui apa yang boleh dan perlu

Featured Fri, 17 Jan 2020
Sihat Fri, 27 Sep 2019

Anda penghidap gout? Elakkan jenis makanan ini

Ambil langkah berjaga sebelum ia menjadi lebih teruk!

Featured Wed, 16 Nov 2022

Tunaikan Permintaan, Siti Nurhaliza Buat 44 Kali Tendangan Sempena…

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan permintaan jurulatih peribadi yang menyambut ulang tahun kelahiran.   View this post on Instagram   A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) Menerusi hantaran yang dikongsikan Siti […]

Sihat Thu, 28 Nov 2019

Daun mangga mampu meredakan pelbagai penyakit

Baik untuk diamalkan pesakit diabetes!

Featured Mon, 16 Jul 2018

Jerawat Belakang Badan Ganggu Emosi Anda? Ikut Saja Tip Mudah Ini

Jerawat belakang badan tumbuh akibat perubahan hormon.

Sihat Wed, 26 Dec 2018
Sihat Tue, 15 May 2018

Ikuti 3 Tip Ini Supaya Anak Anda Mula Biasakan Diri Dengan Memakan Makanan Sihat

Obesiti kanak-kanak semakin serius sekarang ini, jadi buat pilihan bijak ketika menghidangkan makanan.

error: Content is protected !!