Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops July 26, 2018 @ 4:30pm

Walaupun Baru Memasuki Zaman Remaja, Pelakon Muda Ini Dah Digelar Ikon Fesyen

Anda ingat tak masa anda remaja dulu? Bagaimanakah rupa gaya fesyen anda?

Time itu, mesti anda masih tak reti lagi nak dress up macam mana, kan? Yalah, sebelum itu, ibu bapa anda yang beli atau sediakan pakaian. Anda pun pakai saja, tanpa mengira apa orang lain akan fikir.

Bila dan besar sikit, barulah anda mula pentingkan pendapat orang lain terhadap diri anda. Malangnya, time itu mungkin tak ada pakaian yang betul-betul sesuai untuk golongan remaja – sama ada ia untuk orang tua, ataupun untuk kanak-kanak. Mesti rasa kekok bila pakai.

Tapi kini, industri fesyen semakin berkembang dan dah mula sediakan pakaian menarik untuk golongan remaja. Untunglah!

Salah seorang daripada mereka kini yang dah berjaya ambil kesempatan daripada situasi ini adalah Millie Bobby Brown.

Dia baru berumur 14 tahun, tapi kemahirannya terhadap gaya fesyen boleh mengalahkan kita yang dah dewasa!

Anda tak tahu siapa dia? Millie merupakah pelakon British yang popularitinya melonjak naik setelah dia berlakon dalam drama sci-fi bersiri untuk Netflix, ‘Stranger Things’.

Foto: Netflix

Untuk memainkan wataknya, dia terpaksa botakkan kepala! Wah! Dan oleh kerana wataknya dan juga rancangan itu ikonik dan disambut meriah, Millie pun secara tak langsung terus jadi popular.

Sebab itulah dia sering mendapat perhatian bila dia ke acara-acara keramaian. Dan sebab itulah juga citarasa fesyennya sering diperhatikan dan menjadi perbualan orang.

Nampaknya pelakon muda ini dah mahir, padahal orang lain mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk terrer. Untuk Millie pula, dia terus menjadi ikon stail.

Jika anda lihat sendiri, Millie tidak memperagakan pakaian yang nampak terlalu seksi atau tua untuknya. Sebaliknya, pilihannya sesuai dengan umur remajanya, dan nampak menarik dan fun. Pada masa yang sama, dia berani untuk mencuba konsep romantik ataupun chic dan cutting-edge.

Memang jelaslah yang tak lama lagi, bila dia dah besar sikit lagi, dia gerenti akan menjadi selebriti yang mempunyai citarasa fesyen yang unik dan ingin diikuti ramai.

Jom kita tengok stail dan penampilan Millie yang patut mendapat pujian.

Foto di bawah ini adalah daripada majlis promosi Stranger Things, di mana Millie memakai pantsuit Thom Browne dengan kasut bertumit jenis Mary Jane oleh Moschino.

Foto: Getty / Jean Baptiste Lacroix

Dia memakai dress Dolce & Gabbana ketika menghadiri majlis Time 100 Gala 2018. Macam Disney princess!

Foto: Getty / Dimitrios Kambouris

Sweet sangat! Dia menghadiri majlis Paleyfest dalam dress tulle oleh Oscar de la Renta.

Foto: Getty / Jean Baptiste Lacroix

Ini pula acara Moncler Genius ketika Milan Fashion Week di mana dia memperagakan gaun Moncler 4 oleh Simone Rocha. Macam jaket Michelin!

Foto: Getty / Jacopo Raule

Di acara Calvin Klein Collection ketika New York Fashion Week, Millie memakai skater dress baldu dengan jaket kulit putih dan kasut pumps.

Foto: Getty / Jamie McCarthy

Di majlis Screen Actors Guild Awards tahun ini, Millie menggayakan dress berlabuci oleh Calvin Klein Collection yang berwarna baby pink. Dia lengkapkan gayanya dengan kasut Converse. Cool!

Di acara Golden Globes 2018, Millie sekali lagi memakai jenama Calvin Klein iaitu minidress ruffle berwarna hitam dan heels rendah yang berkilat.

 

Di premiere Stranger Things Musim Ke-2, Millie menggayakan dress kulit bertemakan gothic. Sesuai sangat dengan tema rancangan horror sci-fi itu!

 

Foto: Getty / Jeffrey Mayer

Di acara Emmy Awards 2018, Millie tampil seperti balerina di dalam dress tulle putih oleh Calvin Klein. 

Foto: Getty / Dan MacMedan

Kali ini untuk Teen Choice Awards 2017, Millie memilih dress kuning terang bersama lapisan ruffle chiffon oleh Kenzo. Lain macam!

Foto: Getty / Jon Kopaloff

Di acara promosi Stranger Things tahun lepas, Millie tampil sweet dalam minidress Miu Miu yang dipadankan dengan sandal hitam.

Foto: Getty / Jason LaVeris

Comelnya! Di acara MTV Movie & TV Awards 2017 ini, Millie memilih untuk pakai dress Calvin Klein dengan kasut cowboy!

Foto: Getty / Jason LaVeris

Untuk acara 2017 Screen Actors Guild Awards pula, Millie tampil dalam warna merah dengan tali pinggang berbatu.

Foto: Getty / Dan MacMedan

Millie memilih dress berkilat warna silver dengan sandal metallic untuk acara Golden Globes Party 2017.

 

Memilih konsep bunga-bunga, Millie memakai gaun dengan trim lace untuk acara ulangtahun UNICEF yang ke-70.

Menarik, kan? Dan anda perasan tak? Dia tak pun pilih kasut bertumit tinggi ala stiletto. Kasut-kasutnya yang berjenis kitten heels, sesuai saja dengan umurnya.

Manalah tahu, anda mungkin boleh ambil inspirasi daripadanya. Haih, tidakkah anda teringin agar anda menjadi seorang remaja balik dan hidup pada zaman sekarang?

Sumber: PopSugar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 5 Feb 2019

Etika pemakaian denim di pejabat yang perlu anda tahu

Elak denim berwarna luntur atau koyak! 

Oh Lawa Mon, 9 Jul 2018

Makan & Guna Skrub Dark Chocolate Untuk Kulit Cantik Serta Bercahaya

Dark chocolate memiliki manfaat untuk membuatkan kulit terlihat lebih bercahaya.

Oh Lawa Thu, 22 Feb 2018

Trik Mudah Untuk Buat Bulu Mata Nampak Lebat

Produk maskara yang boleh buat bulu mata anda nampak lagi tebal bersepah di pasaran. 

Oh Lawa Fri, 1 Jun 2018

Koleksi Raya Picks By Scha Alyahya Beri Kelainan Dan Lari Dari Gaya Konvensional Lebaran

Jika anda ingin tampil dengan gaya yang bukan sinonim dengan busana tradisi, anda patut pilih pakaian daripada H&M LTD Collection.

Featured Fri, 3 Apr 2020
Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Cara Betul Kalau Nak Guna Produk Kecantikan Yang Berbeza Jenama

Kalau tersalah campur produk boleh rosak kulit!

Oh Lawa Wed, 31 Jan 2018

Etika Fesyen Yang Perlu Anda Tahu

Pakaian mencerminkan diri seseorang. Secantik mana busana yang digayakan, namun jika tidak mengikut etika fesyen yang digariskan, ia pasti mencacatkan penampilan si pemakai.

Oh Lawa Fri, 4 May 2018

Ekstrak Batu Permata Berupaya Mencantikkan Kulit Tapi Tidak Ramai Tahu

Ini kerana ia kaya dengan bahan mineral yang dapat merealisasikan kulit cerah berseri.

Oh Lawa Mon, 19 Nov 2018

Di Antara 5 Selebriti Terkenal Ini, Yang Mana Satukah Barbie Pilihan Anda?

Kylie Jenner bukanlah selebriti pertama yang menjelmakan diri sebagai Barbie.

Oh Lawa Thu, 19 Apr 2018

Selepas Bulu Kening, Trend Seni Hidung Pula Viral Di Instagram, No. 4 Paling Unik

Macam dah tak ada tempat lain nak melukis. Muka pula dijadikan kanvas!

error: Content is protected !!