Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin July 29, 2018 @ 9:00am

5 Cara Mudah Nak Halau Tikus Dari Rumah

Tikus merupakan haiwan perosak yang sangat tidak disukai oleh kita. Haiwan ini banyak melakukan kerosakan dan boleh memberi banyak penyakit yang berbahaya kepada manusia seperti kencing tikus (leptospirosis).

Ada juga yang menggunakan racun tikus bagi membunuh haiwan ini, namun kadang-kadang cara ini tidak berkesan. Malah kalau tidak dibasmi, haiwan ini boleh membiak dengan banyak sekali.

Jangan risau, ini antara cara yang boleh anda gunakan untuk menghalau haiwan perosak ini. Selamat mencuba!

1. Daun pokok semalu

Foto: Aliffchannel

Tahukah anda, dengan menanam pokok daun semalu ini boleh mengusir tikus di kawasan rumah anda. Ya, memang betul sebab tikus  sangat takut pada tumbuhan ini kerana durinya yang tajam.

Jadi, untuk mengusir tikus dari rumah anda, cukup dengan menanam pokok daun semalu ini di tepi rumah atau sekeliling rumah yang selalu didatangi oleh tikus.

2. Daun durian belanda

Foto: Extrarecipe.com

Daun durian belanda juga boleh halau tikus ya! Caranya, letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu dilalui tikus atau sarang tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Letakkan juga di dalam almari pakaian.

3. Sisa teh uncang

Foto: Aliffchannel

Anda boleh gunakan teh uncang yang sudah digunakan dan gantungkan di tempat yang selalu dilalui oleh tikus tersebut. Bau teh uncang tersebut sangat tidak disukai oleh tikus. Manfaat lain yang dapat diperolehi dari sisa teh uncang ialah ianya juga mampu mengusir labah-labah. Tak percaya kan?

4. Kulit durian

Foto: Duren Jawara

Letakan beberapa potongan kulit durian di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri pastinya akan membuatkan tikus gerun untuk datang ke rumah anda.

5. Buah mengkudu

Foto: Okezone

Anda boleh ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potong mengkudu itu menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia di dalam mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat dapat menghalau tikus.

Selamat mencuba!

Sumber: SirapLimau, Aliffchannel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 1 Mar 2018

Stresnya Rambut Banyak Gugur! Ini Tips Kurangkan Rambut Gugur

Setiap wanita pastinya tidak akan lari daripada masalah keguguran rambut. Lagi-lagi pada mereka yang lepas melahirkan anak.

Featured Thu, 14 Jun 2018
Gaya Hidup Mon, 22 Jul 2019
Gaya Hidup Sat, 19 Jan 2019

Gambar telur ayam ketepikan rekod ‘likes’ dipegang Kylie Jenner!

Kylie membuat video lucu dengan memecahkan telur ayam di jalan raya. Haha!

Gaya Hidup Wed, 5 Dec 2018

Lihat Gambar Dari Majlis Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jonas Yang Penuh Magis

Priyanka nampak gorgeous bagai puteri manakala Nick pula segak sungguh.

Featured Fri, 3 Feb 2023

Sissy Imann Menyesal Jual Album Harga RM20 – “Kalau Nak Untung, Baik Saya…”

Sebab tu kalau emosi tak boleh buat keputusan kan.. Kita jadikan semua ni satu pengajaran

Gaya Hidup Thu, 11 Oct 2018

Kalau Pilot Jatuh Sakit Ketika Di Udara, Jangan Panik Relaks-Relaks Sudah!

Standard SOP syarikat penerbangan akan menyediakan dua juruterbang dalam sesebuah pesawat sebagai langkah berjaga-jaga.

error: Content is protected !!