Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops December 5, 2018 @ 4:00pm

Lihat Gambar Dari Majlis Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jonas Yang Penuh Magis

Tak tahulah orang lain macam mana, tapi penulis rasa seronok bila melihat perkahwinan pasangan yang berlainan agama. Seronok bila tengok mereka cuba menyesuaikan diri dalam budaya masing-masing.

Pasangan popular yang terbaru dari agama lain-lain adalah penyanyi Amerika Nick Jonas, 25, dan pelakon dan bekas ratu cantik Priyanka Chopra, 36 yang mula berdating tengah tahun ini.

Dan pejam celik, hujung minggu lepas mereka telah pun disahkan sebagai suami isteri selepas mengadakan majlis-majlis perkahwinan yang mengikuti budaya Barat dan juga budaya Hindu.

Kita patut berterima kasih kepada majalah People kerana menawarkan foto-foto yang melakarkan suasana indah pada hari-hari penting bagi pasangan gorgeous ini.

Foto: People

Mereka telah memakai pakaian yang berlainan bagi setiap majlis. Pada Sabtu lepas, mereka memakai busana oleh Ralph Lauren yang dibuat khas.

Priyanka memakai gaun putih dengan labuci timbul. Ia dipadankan dengan veil sepanjang 75 kaki dan sejambak bunga tuberose.

Nick pula menggayakan tuxedo hitam double-breasted. Menurut jenama pakaian ini, sebahagian daripada kain gaun Priyanka telah dijahit di jaket yang Nick pakai, iaitu di atas bahagian hatinya. Dijahit dengan tangan adalah perkataan “My Jaan” yang bermaksud “Hidupku”. Awwww!

“Saya memang beremosi pada waktu itu. Anda pasti takkan berhenti berfikir tentangnya sepanjang hidup anda. Secara jujurnya, saya tak sangka (majlis itu) boleh jadi sesempurna itu,” kata Nick.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Team Priyanka Chopra (@team_pc_) on

Pada keesokan harinya, pasangan ini “menjadi suami isteri” semuladi Taj Umaid Bhawan Palace di Jodhpur, India. Menurut laporan, lebih 1,000 orang telah menghadiri majlis resepsi ini termasuklah selebriti Bollywood dan Hollywood.

Priyanka menarik perhatian tetamu dalam lehenga, sejenis pakaian perkahwinan tradisional India berwarna merah.

Foto: People

Menurut pereka fesyennya Sabyasachi, outfit tersebut telah dihias dengan tangan dengan bunga organza, simpulan French dan Kristal merah oleh 110 tukang jahit dari Calcutta. Ia mengambil masa 3,720 jam untuk siap!

Nick pula memakai sherwani sutera serta chikan dupatta (kain selendang) dan chanderi tissue safa (topi).

Pasangan ini memang nampak breathtaking bagi orang luar, tetapi bagi mereka sendiri, makna di sebalik majlis inilah yang penting.

“Air mata,” ujar Priyanka. “Sukar untuk saya menahannya. Saya rasa saya gementar dan takut. Tapi apabila tirai dibuka dan saya nampak muka (Nick), seolah-olah semua perasaan gemuruh saya hilang dan saya tahu yang saya sedang membuat keputusan terbaik untuk hidup saya.”

Foto: ABS-CBN News

Jika anda rasa gambar saja tak cukup, jom tonton video ringkas tentang majlis perkahwinan pasangan cantik ini. Tengoklah baju Priyanka!

Nick dan Priyanka menamatkan aktiviti hujung minggu lepas dengan Bidaai, sebuah upacara di mana keluarga pengantin perempuan memberi restu kepada kehidupan barunya dengan Nick.

“Saya suka yang majlis perkahwinan kami melibatkan campuran agama,” kata Priyanka. “Kami telah ambil tradisi masing-masing dan ubah suai sedikit supaya ia sesuai untuk kami.

“Memang menakjubkan untuk mencari persamaan di antara kedua-dua kepercayaan kami dan mencari jalan untuk menggabungkannya dengan cara yang masih menghormati adat-adat kedua-dua agama.”

Jom kita check out gambar-gambar lain dari majlis upacara gilang-gemilang ini.

Foto: MEGA

Foto: Rajat Gupta/EPA-EFE/REX/Shutterstock

Foto: MEGA

Foto: MEGA

Foto: MEGA

Foto: Joseph Radhik/MEGA

Foto: Joseph Radhik/MEGA

Semoga mereka bahagia sentiasa!

Sumber: E! Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 1 Dec 2018
Featured Tue, 11 Dec 2018

Bukan Manusia Saja Boleh Melengahkan Penuaan Kulit Wajah, Malah Buah Juga Ya!

Kesegaran buah dapat dipanjangkan sehingga 14 hari dengan pelekat StixFresh.

Gaya Hidup Wed, 29 Aug 2018

Wanita 4 Series Disangka 20-an, Kisah Awet Muda Lure Hsu Bikin Tular!

Selain faktor genetik, Lure turut mendedahkan dia mengamalkan diet pemakanan yang ketat untuk mengekalkan keremajaan.

Gaya Hidup Fri, 25 Jan 2019

Lelaki ini membeli ikan tuna pada harga RM12. 74 juta, anda mampu?

Baik beli empat buah rumah banglo daripada makan ikan tuna! 

Featured Sun, 17 May 2020
Featured Wed, 15 Sep 2021

Saya Pernah Berkata Kepada Tuhan, ‘Bawalah Saya Pulang’- Ras Adiba Dedah Detik Sukar Bergelar OKU

Senator Datuk Ras Adiba Radzi cukup dikenali sebagai figura terkemuka dalam bidang penyiaran dan kini, beliau merupakan Ahli Dewan Negara mewakili orang kurang upaya (OKU). Sejak disahkan lumpuh separuh badan pada tahun 2002, bekas personaliti […]

Featured Thu, 31 May 2018
Gaya Hidup Wed, 28 Feb 2018

Bujur, Segitiga Atau Bulat? Ini Contoh Potongan Rambut Ideal Berdasarkan Bentuk Muka

Bentuk muka akan mempengaruhi gaya rambut atau pemakaian tudung seseorang.

Featured Fri, 11 Jun 2021

Kini Berusia 15 Tahun, Penampilan Putera Sultan Brunei Ini Curi Tumpuan Ramai

Penampilan Pengiran Muda Abdul Wakeel, anaknda kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkian semakin mencuri tumpuan ramai. Rupa paras putera raja yang kini berusia 15 tahun itu ternyata menjadi perbincangan hangat orang ramai. Walaupun jarang dilihat […]

error: Content is protected !!