Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin February 1, 2024 @ 8:08pm

Kanak-Kanak, Remaja, Dewasa? Semua Boleh Join! Fight For Fitness Tawar Pelbagai Kelas Seni Mempertahankan Diri

Kes buli yang saban hari berlaku dalam kalangan kanak-kanak mendatangkan kerisauan ibu bapa yang takut anak-anak mereka menjadi mangsa.

Bagi membendung perkara terbabit, individu yang mempunyai anak mula menghantar permata hati mereka untuk menyertai kelas mempertahanankan diri.

Sebuah pusat latihan khas seni mempertahankan diri, Fight For Fitness baru sahaja dibuka di Blossom Square, Bandar Rimbayu menawarkan pelbagai kelas sukan tempur, bukan sahaja untuk kanak-kanak, tetapi untuk semua golongan usia.

Menurut Pengasas Fight For Fitness, Zy Rain @ Rainz, selain belajar bagaimana caranya untuk mempertahankan diri, kelas seumpama ini bagus untuk perkembangan kecergasan individu serta membina keyakinan.

“Selain mencegah buli dan belajar cara mempertahankan diri, kelas sukan tempur ini baik untuk kecergasan dan boleh membina keyakinan diri. Bukan sahaja sesuai untuk golongan kanak-kanak, kelas ini sesuai untuk semua golongan.

“Kami mempelawa mereka yang ingin belajar seni mempertahankan diri di sini, seawal kanak-kanak berusia lima tahun sehinggalah individu dewasa. Setiap pelajar yang baru menyertai akan diajar dari peringkat asas sehinggalah ke peringkat profesional untuk mendalami ilmu seni mempertahankan diri.

“Saya membangunkan Fight For Fitness yang sesuai untuk semua orang. Ia bermula dengan kelas yang dibuka dalam kawasan rumahnya sejak beberapa tahun lalu. Kami menawarkan beberapa kelas untuk orang ramai seperti Muay Thai, Jiu Jitsu, Tinju dan seni pertahanan popular dari Brazil iaitu Capoeira.

“Selain kelas seni mempertahankan diri, turut disertakan program kesihatan dan kecergasan bertujuan menyediakan sukatan pelajaran latihan yang komprehensif,” katanya.

Fight For Fitness memberikan yang terbaik untuk pelajar dengan menawarkan khidmat Jurulatih Berpengalaman & Bertauliah, Pengedar peralatan Seni Mempertahankan Diri Thailand (Mongkol, Sukatan pelajaran latihan yang komprehensif dengan kad laporan, Penggredan suku tahunan untuk semua pelajar, Pusat Pensijilan Muay Thai, Perlawanan Amatur Suku Tahun, Bootcamp ke Pusat Muay Thai Profesional di Thailand dan Perkhemahan Musim Panas/Percutian untuk belia.

Menurut Zy Rain lagi, lokasi Blossom Square, Bandar Rimbayu dipilih memandangkan tiada pusat latihan sebegitu yang lain dibuka di kawasan tersebut.

“Menyedari bahawa seni mempertahankan diri sukan tempur yang semakin mendapat sambutan, akhirnya saya membuat keputusan untuk membuka sebuah pusat latihan yang lebih luas dan selesa.

“Selain Taekwando, setakat ini belum ada kelas seni mempertahankan diri lain yang dibuka seperti ditawarkan Fight For Fitness. Apa yang penting, setiap tenaga pengajar di Fight For Fitness mempunyai kelayakan dan tauliah masing-masing untuk mengajar,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sun, 22 Sep 2019

Mira Filzah lancar Honor 20 Pro Icelandic Frost

Warna merah jambu berkilau memikat wanita

Gaya Hidup Thu, 27 Dec 2018
Gaya Hidup Wed, 6 Jun 2018

Gunakan Dapur Gas Biasa Pun Boleh Untuk Buat Kuih Gebu Dan Rangup, Ini Caranya

Hasilkan biskut raya hanya dengan bakar atas dapur gas sahaja!

Featured Sun, 12 Apr 2020
Gaya Hidup Thu, 30 Mar 2023
Gaya Hidup Fri, 2 Feb 2018

Pernah Dengar Wheatgrass Diet? Ini 10 Kebaikan Yang Perlu Anda Tahu

Tidak seperti diet-diet yang lain, diet ini tidak memerlukan anda menggantikan menu diet harian yang biasa diambil dengan wheatgrass, tetapi hanya menambah tumbuhan ini dalam diet.

Gaya Hidup Fri, 11 May 2018

Tip Miliki Rambut Kerinting Yang Menawan, Tanpa Perlu Bimbang Lagi Masalah Rambut Kejung

Anda perlu sentiasa membelainya agar tidak kusut dan kejung!

Gaya Hidup Mon, 9 Apr 2018

Stres Bila Ada Stretch Mark Lepas Bersalin? Amalkan Cara Mudah Ini

Anda mesti akan berasa risau bila ada stretch mark pada bahagian perut semasa hamil. Betul tak?

Featured Fri, 11 Jun 2021

Kini Berusia 15 Tahun, Penampilan Putera Sultan Brunei Ini Curi Tumpuan Ramai

Penampilan Pengiran Muda Abdul Wakeel, anaknda kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkian semakin mencuri tumpuan ramai. Rupa paras putera raja yang kini berusia 15 tahun itu ternyata menjadi perbincangan hangat orang ramai. Walaupun jarang dilihat […]

Gaya Hidup Fri, 9 Nov 2018

Berseri Di Hari Bahagiamu, Jom Lakukan DIY Treatment Ini

Apa juga keadaan yang membataskan kamu ladies, kecantikan dan keserian wajah menjelang hari bahagiamu tidak harus diabaikan.

error: Content is protected !!