Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops February 2, 2018 @ 8:00am

Pernah Dengar Wheatgrass Diet? Ini 10 Kebaikan Yang Perlu Anda Tahu

Pernah dengar tentang Wheatgrass Diet? Diet ini memerlukan pengamalnya mengambil wheatgrass atau rumput gamdum dalam bentuk jus atau serbuk sebanyak dua kali sehari. Tidak seperti diet-diet yang lain, diet ini tidak memerlukan anda menggantikan menu diet harian yang biasa diambil dengan wheatgrass, tetapi hanya menambah tumbuhan ini dalam diet.

Mengapa diet wheatgrass baik untuk tubuh badan? Ini kerana ia merupakan sumber vitamin dan mineral yang tidak seperti makanan lain di dunia. Wheatgrass boleh diambil untuk tujuan kesihatan dan kecantikan sekaligus. Antara kelebihan jus Wheatgrass ialah :-

1) Wheatgrass mengandungi kadar antioksidan yang sangat tinggi serta bersifat anti-radang yang mampu membunuh bakteria dan virus di dalam tubuh badan.

2) Wheatgrass boleh mengawal dan melancarkan peredaran darah serta menambah sel-sel darah merah sehingga boleh membantu mencegah masalah anemia. Selain itu ia juga efektif dalam membersihkan toksin untuk beberapa organ badan.

3) Membantu proses penurunan berat badan dan mencegah obesiti kerana ia mengandungi bahan penting yang mampu merangsang kelenjar tiroid dan mengawal sistem endokrin untuk mendapatkan berat badan bersesuaian.

4) Mengawal nafsu makan kerana ia mengandungi banyak nutrisi sehingga tubuh badan anda tidak menginginkan makanan lain. Malah, ia juga membuatkan anda menghindari makanan ringan yang penuh lemah, gula, dan ramuan tidak sihat yang lain. Minum segelas jus rumput gandum setiap hari saat perut masih kosong dan wheatgrass akan membantu mengurangi makan berlebihan untuk sepanjang hari.

5) Mampu menyingkirkan toksin dalam badan dan meremajakan sistem peredaran darah.

6) Menstabilkan kadar lemak sehingga mengurangkan risiko kolesterol tinggi.

7) Memandangkan ia kaya dengan zat besi, ia boleh memperbaiki mood seseorang. Kekurangan zat besi boleh mengakibatkan keletihan sehingga boleh mengubah mood dan membuat anda merasa bosan. Pengambilan wheatgrass boleh memulihkan semangat.

8) Membantu memperlambatkan proses penuaan. Kandungan antioksidannya yang tinggi membantu meneutralkan radikal bebas yang merupakan penyebab penuaan sel dan tubuh badan.

9) Menyeimbangkan diet harian. Segelas kecil jus wheatgrass adalah bersamaan dengan satu kilogram sayuran biasa. Jadi, jika anda amalkan pengambilan jus ini, tidak perlu mengambil sayuran dalam diet harian lagi.

10) Minum jus wheatgrass untuk mengatasi masalah uban.

Sumber: Aplikasi Wanita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 6 Jan 2023

“Langkah London?” – Ismail Sabri Perli Netizen Dedah Bercuti Di UAE Bersama Keluarga

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Sri Ismail Sabri meluahkan rasa kesal apabila difitnah terlibat dalam  gerakan rahsia ‘Langkah London’ untuk menjatuhkan tampuk pimpinan Datuk Sri Anwar Ibrahim.   View this post on Instagram   […]

Featured Fri, 1 May 2020

Applikasi MySejahtera, MyTrace bantu KKM kesan kontak rapat

Majikan diminta amal jadual kerja anjal, kerja dari rumah

Featured Fri, 15 Mar 2019
Gaya Hidup Fri, 21 Feb 2020
Featured Fri, 12 Jun 2020
Featured Fri, 29 May 2020
Gaya Hidup Thu, 8 Mar 2018

Tips Menabung Bagi Anda Yang Nak Pergi Travel Banyak Negara!

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk travel  ke setiap negara yang mereka suka.

Gaya Hidup Wed, 21 Feb 2018

Kekal Lincah Di Ranjang Pada Usia 50-an? Ini 5 Tips Elak Cepat Menopause!

Sebut saja topik menopause, pasti terbayang golongan wanita berusia dan masalah putus haid yang dialami mereka.  Tapi tahukah anda bahawa menopause bukan sekadar berpusar soal kitaran haid terhenti?

Gaya Hidup Tue, 1 May 2018

6 Bahan Makanan Biasa Yang Tak Perlu Disimpan Dalam Peti Sejuk

Ada beberapa jenis makanan yang akan rosak dengan lebih cepat kalau disejukkan!

error: Content is protected !!