Acara By: Padin September 7, 2025 @ 8:13pm

Jenama Tempatan Mendunia! Catat Sejarah, Zfix Cipta Kejayaan Malaysia Book of Records

Zfix, jenama tempatan yang dikenali dengan kepakaran dalam pembaikan serta penyelenggaraan telefon pintar, mencatat sejarah selepas mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR).

Dalam acara yang berlangsung di cawangan baharu Zfix yang terletak di Bangunan PKNS Bizpoint, Seksyen 7, Shah Alam, mereka mencipta rekod MBOR bagi kategori Penukaran Bateri iPhone Terbanyak Dalam Masa 12 Jam.

Dalam acara yang dianjurkan sebentar tadi, sijil penghargaan rekod terbabit diserahkan oleh pegawai MBOR, Menaga Vadamalai.

Catatan bersejarah ini digerakkan oleh 30 juruteknik bertauliah bersama 10 petugas audit dan sokongan operasi, selain lima kaunter verifikasi rasmi.

Lebih 1,000 unit bateri disasarkan untuk ditukar dalam tempoh 12 jam, sekali gus membuktikan tahap kecekapan operasi Zfix dan pada masa sama mengingatkan orang ramai tentang pentingnya penjagaan peranti pintar melalui servis sah dan profesional.

Cubaan mencipta rekod ini bertujuan menetapkan penanda aras baharu dalam industri perkhidmatan pembaikan telefon pintar di Malaysia, selain menguji keupayaan operasi Zfix dalam skala besar di bawah tekanan masa.

Pada masa sama, ia turut menonjolkan tahap profesionalisme industri servis telefon yang mematuhi piawaian ketat dari aspek keselamatan, dokumentasi dan integriti.

Usaha ini juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan mendapatkan servis bertauliah serta memastikan penggunaan alat ganti yang asli.

Proses penukaran bateri akan dilakukan mengikut garis panduan MBOR. Setiap nombor siri bateri lama dan baharu akan direkodkan secara manual dan digital, disahkan juruteknik serta penyelia dan dirakamkan tanpa henti melalui video sebagai bukti sah.

Seiring acara ini, Zfix Mobile Fest turut dianjurkan sebagai tarikan tambahan.

Pengunjung berpeluang menikmati pemeriksaan kesihatan telefon percuma, bengkel mini penjagaan peranti, cabutan bertuah dengan hadiah menarik, photo booth interaktif, TikTok challenge booth, serta zon rehat lengkap dengan makanan ringan, Wi-Fi percuma, ruang kolaborasi jenama dan sudut khas kanak-kanak.

Dengan pendekatan inklusif, acara ini disasarkan sebagai platform bukan sahaja untuk pengguna dan pencinta teknologi, tetapi juga keluarga yang mahu mendalami dunia servis telefon dengan lebih menyeluruh.

“Zfix Mobile Fest adalah simbol komitmen kami terhadap integriti, inovasi dan khidmat pelanggan.

“Kami ingin buktikan bahawa jenama tempatan juga mampu menetapkan piawaian industri pada tahap tertinggi,” ujar Pengarah Zfix, Muhammad Zulhelmi Mohd Yusof.

Tambah Zulhelmi, cubaan mencipta rekod ini lebih daripada sekadar angka. Ia membawa mesej penting bahawa industri servis telefon pintar mampu dijalankan secara sah, telus dan diiktiraf.

Sejak ditubuhkan pada 2022, Zfix berkembang pesat sebagai pusat servis dipercayai, khususnya bagi peranti Apple. Berbekalkan reputasi profesional, telus dan beretika, jenama ini kini bersedia menampilkan kemampuan teknikal serta operasinya di peringkat nasional.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 13 Sep 2019

Koleksi Musim Luruh-Sejuk 2019 Triumph mengujakan!

Lebih anggun dan bergaya dengan Triumph!

Gaya Hidup Mon, 10 Sep 2018

12 Foto Cara Pembungkusan Bahan Makanan Yang Kreatif! No. 7 Paling Genius

Pandai sungguh orang-orang yang mereka bentuk packaging ini.

familuv Tue, 16 Dec 2025

Terkenal Sebagai Pempengaruh Topik Kekeluargaan, Bonda Umirah Angkat Peranan Surat Dalam Memperkukuh Institusi Perkahwinan

Selepas kejayaan buku Ibu Penat Tapi Ibu Sayang yang terjual lebih 20,000 naskhah, pempengaruh Bonda Umirah melancarkan karya terbaharu, Seratus Surat Cinta Buat Isteri.

Gaya Hidup Fri, 18 Jan 2019

Kisah ‘Mowgli’ Malaysia buat dunia terpukau, tahniah!

Kasih-sayang dan hormat-menghormati kunci kepada mesej foto ini.

Acara Fri, 1 Apr 2022

Celebrity Superstar Asia 2022 Cari Bakat Baharu!

Pertandingan Celebrity Superstar Asia 2022 bakal dianjurkan oleh Quinton Academy dan Lomo Pictures dengan kerjasama Broadway Academy. Program ini dijangka akan mengambil masa kira-kira empat bulan sebelum mencapai kemuncak dan uji bakat secara atas talian […]

Featured Tue, 5 May 2020
Featured Mon, 24 Feb 2020
Gaya Hidup Fri, 8 Mar 2019

3M Malaysia celebrates women empowerment with gender-balanced initiatives for its staff

Head of technical department Chan Yen Sze also contributed to the cause.

Featured Mon, 26 Feb 2018

Jangan Pakai Bra Ketika Tidur, Nanti Buruk Natijahnya!

Namun, tahukah anda, memakai bra dalam satu jangka masa yang lama boleh memberi efek negatif pada kesihatan badan.

error: Content is protected !!