Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin March 4, 2025 @ 3:21pm

Guna Kasut Ikonik, Kerjasama 3 Pihak Tonjol Kreativiti Anak Muda Tanpa Batasan

Bagaimanakah apabila jenama kasut ikonik dunia, Converse bergabung dengan peneraju seni visual tempatan, Balai Seni Negara serta menjalin kerjasama dengan anak-anak muda berbakat besar yang sedang menuntut di institut pengajian tinggi?

Converse Malaysia (Converse MY) melancarkan Creative Exploration, sebuah inisiatif seni kreatif yang memberi ruang kepada seniman muda tempatan untuk berkarya menggunakan kasut ikonik Chuck Taylor sebagai medium utama.

Program ini adalah sebahagian daripada kempen global ‘Love, Chuck’ yang bertujuan menghubungkan jenama dengan budaya melalui kreativiti dan seni.

Kerjasama ini melibatkan tiga pihak utama iaitu Converse MY, Balai Seni Negara sebagai peneraju seni visual negara, serta dua institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Malaysian Institute of Art (MIA).

Baru-baru ini, Creative Exploration dilancarkan dan majlis tersebut berlangsung dengan meriah di Art Depot, Balai Seni Negara serta dirasmikan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Shamsul Iskandar menyifatkan kerjasama ini sebagai langkah penting dalam memperkukuh budaya seni akar umbi serta memajukan ekosistem seni kreatif tempatan seiring dengan prinsip MADANI.

“Seni bukan sekadar satu bentuk ekspresi, tetapi juga medium komunikasi yang berupaya menyatukan masyarakat dan memperkayakan warisan budaya kita.

“Saya difahamkan bahawa aktiviti Converse kali ini merupakan inisiatif yang sangat baik, bukan sahaja sebagai platform pendedahan bagi bakat-bakat seni muda, tetapi juga sebagai ruang bagi penggiat seni berpengalaman untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka,” katanya.

Shamsul Iskandar turut berharap agar lebih ramai pelajar dari pelbagai universiti di seluruh Malaysia dapat turut serta pada masa akan datang, sekali gus menjadikan platform ini lebih inklusif dan kompetitif.

Creative Exploration memberi peluang kepada pelajar terpilih dari UiTM dan MIA untuk menghasilkan karya seni dengan kasut Chuck Taylor sebagai bahan utama.

Karya-karya ini akan dipamerkan di Balai Seni Negara dari 28 Februari hingga 12 April, sebelum sebahagian daripadanya dipamerkan di cawangan utama Converse sekitar Lembah Klang.

Inisiatif ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pengamalan seni dalam dunia fesyen dan komersial, malah menghubungkan mereka dengan komuniti seni tempatan. Selain itu, program ini turut membantu mengukuhkan Balai Seni Negara sebagai hab seni kontemporari yang strategik dalam perkembangan seni di Malaysia.

Menurut Dr. Shaliza Mohd Shariff, Ketua Pengajian Seni Reka dari Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM, program ini menjadi platform penting bagi pelajar untuk memperkembangkan bakat mereka dalam industri seni kreatif.

“Creative Exploration ini adalah satu contoh kegiatan yang kami raikan. Ia adalah satu peluang yang unik dan menarik untuk pelajar-pelajar kami mengembangkan sayap dan bakat mereka.

“Ada banyak lagi yang boleh kita terokai dan cuba melalui aktivasi-aktivasi seperti ini, dan kami berharap yang kerjasama ini tak akan berakhir di sini saja,” katanya.

Selain memberi impak kepada pelajar, kerjasama ini turut menyerlahkan UiTM dan MIA sebagai institusi seni yang komited dalam melahirkan bakat baharu. Penglibatan mereka membuktikan dedikasi dalam membina hubungan erat dengan industri, selaras dengan usaha untuk memperkasakan seni kreatif tempatan ke peringkat lebih tinggi.

Dengan pelancaran Creative Exploration, Converse MY mengorak langkah untuk menjadikan program ini sebagai inisiatif jangka panjang yang mampan, membuka ruang kepada lebih ramai penggiat seni untuk berkarya serta membawa seni tempatan ke dalam arus perdana fesyen dan budaya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 13 Jun 2018

Jangan Biarkan Karpet Anda Penuh Hama! Ikuti 5 Langkah Penjagaan Ini

Percayalah, karpet yang mempunyai hama akan menjejaskan kesihatan anda.

Gaya Hidup Sat, 6 Oct 2018

Anda Tahukah Apa Maksud Di Sebalik Nama Jenama H&M? Ini Jawapannya!

Selama ini kita beli saja bajunya tanpa mengetahui sejarah kedai ini.

Featured Fri, 5 Jul 2019

Influencer jelmaan ‘kembar’ selebriti

Iras wajah mereka mengelirukan!

Featured Wed, 15 Apr 2020

Cuci telefon bimbit untuk kurangkan risiko jangkitan COVID-19

Awas! Virus boleh berpindah ke permukaan telefon

Gaya Hidup Mon, 16 Aug 2021

Terang Jadi Alternatif Anak Seni Berkarya Ketika Pandemik

Dalam gelap pandemik, sekumpulan pengkarya hadir membawa Terang, sebuah Temasya Rangkaian yang meraikan kesejahteraan hidup melangkaui kekangan kawalan pergerakan. Terang menampilkan sebuah arena maya bersandarkan seni, kesusasteraan, muzik, gaya hidup, budaya, pembangunan serta ranah kemasyarakatan. […]

Featured Sat, 8 Sep 2018

Anak Sulung Jessica Alba Dah Besar Panjang & Mirip Rupa Ibunya

Tak sangka yang Jessica Alba dah menjadi ibu selama sedekad.

Featured Wed, 31 Oct 2018

12 Benda Yang Sentiasa Perlu Ada Di Rumah Anda Untuk Saat-Saat Kecemasan

Jika anda dah bersedia, anda boleh hadapi segala cabaran dengan mudah.

Featured Thu, 14 Oct 2021

Ini Apa Yang Diperkatakan Siti Saleha Selepas Memfailkan Perceraian

Selepas mengesahkan dirinya memfailkan perceraian terhadap suaminya, pelakon jelita, Siti Saleha dilihat masih tenang berhadapan dengan situasi yang terjadi. Menerusi laman Instagram, Saleha memuat naik foto bersama kapsyen ‘I’m good’ sekaligus memberi bayangan dirinya dalam […]

Events Thu, 15 Dec 2022

Rezeki Semakin Murah Dalam Lakonan, Shiha Zikir Jaga Batas

Selebriti serba boleh, Shiha Zikir mengutamakan pemilihan watak dalam memberikan hasil kerja yang terbaik selagi ia tidak melanggar batas. Mula dikenali dalam bidang nyanyian, Shiha juga aktif dalam bidang pengacaraan serta mendapat banyak tawaran lakonan. […]

error: Content is protected !!