Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin August 16, 2021 @ 6:31pm

Terang Jadi Alternatif Anak Seni Berkarya Ketika Pandemik

Dalam gelap pandemik, sekumpulan pengkarya hadir membawa Terang, sebuah Temasya Rangkaian yang meraikan kesejahteraan hidup melangkaui kekangan kawalan pergerakan.

Terang menampilkan sebuah arena maya bersandarkan seni, kesusasteraan, muzik, gaya hidup, budaya, pembangunan serta ranah kemasyarakatan.

Bencana sejagat COVID-19 mengubah tiap aspek kehidupan serta-merta. Kala kini, khalayak sedang melalui ubahsuai cara hidup, kerja dan istirahat.

Peralihan sebegini mendorong kelahiran Terang pada 23 Mac tahun lalu, sekaligus bertindak sebagai platform maya yang menyajikan sokongan serta kandungan seni dan kemasyarakatan.

Tahun lalu, Terang berjaya menganjurkan 9 siri acara yang memuatkan 116 program tempatan, serantau dan antarabangsa, serta permuafakatan bersama Culture Del Mondo, Itali, dalam Piccolo Grandi Concerti Virtual Festival dan Disember 2020 menyaksikan jaringan TERANG meliputi 5,700 pengikut di laman Facebook.

Tahun ini, Terang tampil bercahaya bermula dengan acara pembukaan, Bual Tekstual, akan bermula pada 7 Ogos lalu, menampilkan persembahan seni muzik Aki Seruling diikuti dengan wawancara bersama Iltizam Iman seputar mata pelajaran kehidupan.

Bersiaran secara langsung dari Kebun Pusat Sekitar Seni, Batu Pahat, Johor, segmen ini melibatkan penulisan kajian sejarah, kebudayaan, bacaan puisi dan pencerapan alam semulajadi ke arah pembentukan pengalaman manusiawi.

Redo mengambil tempat untuk segmen seterusnya secara langsung dari Kolektif Naratif, melalui penganjuran bengkel penulisan dalam bentuk zine, perbincangan seputar isu semasa.

Fahmi Lokman bakal berkongsi budaya pembacaan dan arkib buku secara langsung dari Baris Kata Bookstore, serta cadangan naskah-naskah yang sesuai dibaca kala pandemi, disusuli dengan sesi bacaan karya-karya terpilih. Beliau bakal membawa penonton menjelajah alir industri persuratan dan perbukuan sehingga kala kini.

Sebanyak lima program utama bertema bakal berlangsung, iaitu Bual Tekstual, Kembara Musik Masa Hadapan, E-Sukan, Di Hati Filem serta Inisiatif Kreatif, dengan pelbagai segmen meliputi wacana, bengkel, forum dan persembahan yang dikendali oleh barisan artisan, pengkarya, pengkritik, dan pelbagai artis seni kreatif negara.

Terang juga merancang untuk menjalinkan kolaborasi bersama Naza The Times, Mamat Khalid dan lain-lain lagi.

Menurut salah seorang pengasas Terang, Muhammad Faixyl, mereka berhasrat untuk membuang jarak, mendekati khalayak melalui program yang lebih interaktif.

“Atas faktor ini, Terang memperkukuh pelbagai program termasuk wacana, bengkel dan persembahan, yang tidak hanya memaparkan ilmu-ilmu pembangunan manusia, seni dan kebudayaan, tetapi menggalakkan perkongsian sesama panel dan audiens.

“Kita sedia maklum, pandemik merubah hidup kita secara total, maka melalui Terang, kami berharap untuk menjadi sebuah arena sokongan maya yang menyuburkan pemikiran. Selain hadiah istimewa untuk audiens bertuah, kami ada pelbagai kejutan untuk anda semua,” katanya.

Temasya Rangkaian, Terang bakal bermula rasmi pada 7 ogos, 4:30 petang, dengan dukungan Iskandar Regional Department Authority (IRDA), Johor. Tujuan terang juga ialah untuk menjana pendapatan buat penggiat seni dan mampan ekonomi seni kerana meskipun acara adalah percuma tetapi setiap aktivis dan penggiat seni diberikan pendapatan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 07-2362363 atau e-mel kepada [email protected] serta ikuti laman Facebook dan Instagram menerusi kata kunci @Temasyarangkaian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Jun 2018

Jangan ambil enteng depresi ibu bekerja, rawat sebelum mudarat

Bayangkan, seorang suri rumah pun tidak henti-henti tugasan di rumah, inikan pula ibu yang bekerja.

Featured Tue, 30 Jul 2019

Anak perempuan Eminem sekarang sudah besar panjang dan ‘cun’ habis!

Patutlah ramai yang ‘follow’ di Instagram!

Gaya Hidup Tue, 31 Dec 2019

Daripada azam tahun baharu, 7 perubahan dalam hidup ini lebih mudah untuk dibuat

Cuba alternatif ini jika setiap tahun azam anda tidak tercapai.

Gaya Hidup Mon, 18 Jun 2018
Gaya Hidup Sat, 21 Apr 2018

Biar Betul? Minum Protein Shake Boleh Meningkatkan Lagi Berat Badan?

Memanglah minum protein shake bagus, tapi tengoklah apa kandungannya.

Gaya Hidup Tue, 20 Mar 2018

Elak Terlepas Flight Sempena Cuti Sekolah. Ikuti Tips Perjalanan Oleh Malaysia Airports

Sempena cuti persekolahan ini, pasti ramai ibu bapa yang mempunyai perancangan untuk membawa anak-anak pergi bercuti.

Gaya Hidup Sun, 17 May 2020
Featured Wed, 16 Nov 2022

Mesra Berkempen, Ketampanan Shahril Hamdan Raih Tumpuan – “Kalau Single Baru Saya Pangkah”

Ahli politik, Shahril Sufian Hamdan merupakan salah seorang calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di kerusi Parlimen Alor Gajah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15). @shahrilhamdan Rata-rata warga yang lebih berpengalaman daripada saya […]

Gaya Hidup Tue, 8 May 2018

Rindu Zaman Kanak-Kanak? Jom Flashback Permainan Popular Yang Pasti Akan Mengimbau Nostalgia

Kalau anda rindu zaman kanak-kanak anda, jom kita imbau kenangan anda bermain permainan ini.

Featured Tue, 24 Mar 2020
error: Content is protected !!