Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops December 31, 2019 @ 4:34pm

Daripada azam tahun baharu, 7 perubahan dalam hidup ini lebih mudah untuk dibuat

Setiap kali menyambut tahun baharu, pastinya kita ingin berazam untuk mengubah hidup ke arah kebaikan.

Antara azam tahun baharu yang sering digunakan adalah bersenam lebih banyak, menguruskan badan, mengamalkan pengambilan makanan sihat atau ingin mengumpul duit.

Pada mulanya memanglah semangat kita berkobar-kobar, tetapi hakikatnya lebih kurang 80 peratus orang gagal untuk kekal konsisten untuk melakukan usaha mereka hanya selepas enam minggu.

Kajian menunjukkan, jika azam anda tidak begitu jelas atau terperinci, besar kemungkinan anda tidak akan berjaya untuk mencapainya.

Oleh itu, daripada menggunakan azam yang sama setiap kali, tetapi akhirnya tidak menjadi, apa kata kita cuba melakukan perubahan lain yang lebih realistik dan mudah untuk dilaksanakan? Berikut adalah beberapa cadangan oleh Insider.

1. Kurangkan jejak karbon dengan membeli makanan diskaun

Ambil peluang untuk elakkan makanan daripada dibuang begitu sahaja. Sumber: USA Today

Dengan adanya masalah akibat perubahan iklim yang semakin berleluasa, kita perlu cuba menyelamatkan alam sekitar dengan mengitar semula barang buangan dan memasak sendiri hidangan harian di rumah.

Satu lagi cara adalah dengan menghabiskan makanan yang dijual dengan diskaun sebelum ia dibuang terus.

Bagi mengelakkan pembaziran, kebanyakan pasar raya akan mengurangkan harga makanan sebelum tutup kedai. Makanan berkenaan masih boleh dimakan, jadi kenapa perlu dibuang?

2. Tetapkan lima minit sehari untuk kesihatan mental

Luangkan sedikit masa untuk merehatkan minda. Sumber: Vashtie

Semua orang perlu berhadapan dengan tekanan, justeru kita perlu berazam untuk menanganinya dengan lebih baik. Sediakan masa khusus supaya anda boleh menenangkan fikiran setelah melalui hari yang penuh dengan cabaran. Lima minit pun sudah mencukupi!

Di laman YouTube, terdapat video yang dilengkapi dengan bunyi hujan turun, ataupun video yang mengajar anda cara untuk bermeditasi. Semuanya mampu membantu menghilangkan tekanan.

3. Lakukan senaman regangan setiap pagi

Sebaik sahaja anda bangun, regangkan badan. Sumber: Verlo

Ahli psikologi daripada Universiti Harvard, Amy Cuddy, berkata seseorang itu boleh memperbaiki hidup dengan membuat senaman regangan pada waktu pagi.

Setelah bangun dari tidur, angkatkan kedua-dua belah tangan dan buat bentuk V. Menurut Amy, besar kemungkinan anda akan rasa lebih gembira sepanjang hari itu.

Sebaliknya, jika anda bangun terus dari posisi tidur fetal (posisi janin), emosi anda mungkin tidak teratur pada hari itu.

4. Mulakan hobi baharu

Cuba aktiviti yang anda belum pernah cuba. Sumber: HolidayGoGoGo

Daripada menjadi ahli di sebuah gimnasium yang anda mungkin tidak akan pergi, cuba hobi baharu yang boleh memberikan kebaikan pada kesihatan.

Berlari di atas mesin pengisar injakan (treadmill) atau di pusat rekreasi sahaja amat membosankan. Aktiviti lain seperti jungle trekking, mendaki bukit ataupun memancing mungkin akan menarik minat anda.

5. Banyakkan aktiviti membaca

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hot Dudes Reading (@hotdudesreading) on

Budaya membaca sememangnya baik untuk perkembangan minda, tidak kira bagi golongan muda mahupun tua. Bagi sesetengah orang dewasa, masa terluang mereka dihabiskan dengan aktiviti yang dianggap lebih penting dan perlu diutamakan.

Jika ingin menambah ilmu, mereka perlu menyediakan masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk membaca. Tuliskan senarai buku yang anda sudah baca, ataupun berazam untuk menjadikan aktiviti membaca sebagai sebahagian daripada amalan sepanjang tahun ini.

6. Ikuti diet ‘flexitarian’

Banyakkan pengambilan sayur. Sumber: 4 PM production / Shutterstock

Diet jenis vegetarianisme dan veganisme semakin popular, seiring dengan peningkatan kesedaran kesan pengambilan terlalu banyak daging dalam jumlah makanan harian terhadap alam sekitar dan kesihatan.

Jika belum bersedia, anda boleh cuba mengurangkan pengambilan daging dalam seminggu, ataupun ikuti diet ‘flexitarian’. Mungkin tidak masuk akal, tetapi menambahkan lebih banyak sayur-sayuran ke dalam diet anda memang bagus untuk alam sekitar, kesihatan dan juga kemahiran memasak anda.

Jika berani, anda juga boleh cuba memakan serangga!

7. Bangun 30 minit lebih awal

Bangun lebih awal supaya anda tidak terkejar-kejar. Sumber: Inc.com

Bukan mudah untuk bangun tepat pada waktunya, lebih-lebih lagi jika anda biasa tidur lambat. Daripada berazam untuk bangun seawal-awal yang mungkin, anda boleh tetapkan sasaran untuk bangun 30 minit lebih awal daripada biasa.

Mereka yang selalunya tiada masa untuk menikmati secawan kopi akan menyedari bahawa semuanya lebih teratur jika mereka meluangkan sedikit masa untuk menenangkan fikiran. Semestinya lebih baik daripada jika mereka terpaksa terkejar-kejar untuk ke pejabat.

Jika anda mempunyai tabiat untuk tekan butang ‘snooze’ setiap kali jam loceng anda berbunyi, cuba letakkan telefon atau jam anda jauh daripada katil. Untuk memadamkan bunyinya, anda perlu bangun daripada katil secara fizikal. Dengan cara ini, kemungkinan untuk anda kembali tidur akan berkurangan.

Semoga berjaya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 23 Apr 2018

Ikuti Tip 5 Selebriti Wanita Ini, Pasti Langsing Dan Sihat

Lima selebriti jelita tempatan merungkai rahsia mereka menjaga bentuk badan agar kekal langsing walaupun sudah mempunyai anak.

Gaya Hidup Thu, 19 Mar 2020
Gaya Hidup Mon, 9 Apr 2018

Cabut Bulu Dengan Menggunakan 3 Bahan Ini, Simple dan Gerenti Licin!

Pastinya kalau anda nak cabut bulu menggunakan pencabut bulu itu akan mengambil masa yang lama kan? Ada juga dalam kalangan kita tidak mahu mencukur sebab takut kesan cukur itu akan menjadi hitam.

Featured Mon, 11 Jun 2018

7 Rahsia Untuk Menangkap Gambar Selfie Atau #OOTD Yang Perfect

Bila anda dah kuasai semua tip ini, barulah boleh jadi Instafamous.

Gaya Hidup Tue, 31 Jul 2018

8 Cara Cool Hilangkan Sunburn Di Muka

Mereka yang berkulit cerah lebih mudah terkena sunburn daripada orang yang berkulit gelap

Gaya Hidup Sat, 22 Dec 2018
Events Thu, 15 Dec 2022

Rezeki Semakin Murah Dalam Lakonan, Shiha Zikir Jaga Batas

Selebriti serba boleh, Shiha Zikir mengutamakan pemilihan watak dalam memberikan hasil kerja yang terbaik selagi ia tidak melanggar batas. Mula dikenali dalam bidang nyanyian, Shiha juga aktif dalam bidang pengacaraan serta mendapat banyak tawaran lakonan. […]

Featured Sat, 31 Dec 2022

Maryam Durian Kimchi Menari Bersama Nenek, Netizen Tertarik Foto Makkah Di Dinding – “Legend Betul Frame Gambar Tu”

Pempengaruh Maryam Younarae yang terkenal dengan telatah lucunya menari bersama nenek semasa di Korea sebelum pulang ke Malaysia. @uyounikBefore go back to Malaysia buat memories dengan nenek❤️♬ original sound – eric4fuksakes Menerusi hantaran di laman […]

Gaya Hidup Mon, 10 Sep 2018

Putera Harry & Meghan Markle Dedah Perkara Paling Tak Syok Tentang Kehidupan Royalty

Jadi ahli kerabat diraja bukanlah seindah yang digambarkan.

Featured Mon, 24 Feb 2020
error: Content is protected !!