Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops May 17, 2019 @ 2:16pm

Berpuasa ketika hamil dan menyusukan anak, ambil tahu perkara ini agar tidak menjejaskan ibu dan bayi

Menjadi tanggungjawab  seorang Muslim untuk melaksanakan ibadah puasa setiap kali tibanya Ramadan. Selain menjadi tuntutan wajib dalam Islam, berpuasa di bulan Ramadan juga mempunyai seribu satu kebaikan antaranya memberi manfaat untuk kesihatan tubuh badan.

Walau bagaimanapun, Islam adalah agama yang syumul serta indah. Islam tidak akan sesekali  membebankan umatnya yang tidak berkemampuan dalam menjalankan ibadah puasa.

wanita menyusu puasa

Foto: BabyCentre

Menyentuh mengenai konteks wanita hamil dan menyusukan bayi, golongan ini diberi kelonggaran ketika menunaikan tanggungjawab dalam melaksanakan ibadah puasa.

Menurut Pensyarah Kanan Akademi Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Zilal Saari menerusi kenyataannya di Harian Metro, wanita hamil atau sedang menyusukan bayi seharusnya mengambil rukhsah (keringanan) yang diberikan oleh Islam.

“Rukhsah ini menunjukkan Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada umatnya. Ia tidak memberatkan umatnya di luar kemampuan. Dalam kehidupan wanita, kita sedia maklum bahawa ibu yang melalui fasa hamil, pasti akan melalui fasa menyusu pada tahun berikutnya.

“Kemudian, tahun berikutnya mungkin hamil kembali. Jadi, bolehlah ibu hamil mengambil rukhsah dengan panduan yang ditetapkan oleh Islam. Pahala seorang wanita yang hamil dan menyusukan bayi tetap tercatat sebagai amal soleh,” katanya.

Mengikut mazhab Imam Syafie, sekiranya dikhuatiri dengan berpuasa itu akan memudaratkan ibu atau bayi atau kedua-duanya, ibu tersebut diwajibkan berbuka. Puasa itu boleh diganti di kemudian hari.

Begitu juga penjelasan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri sebelum ini di mana perempuan hamil dan menyusukan dibolehkan berbuka puasa dalam dua keadaan saja iaitu; kalau semata-mata kerana bimbang diri sendiri, bolehlah dia berbuka dan qada sahaja atau kalau kasihankan janin dan juga anak yang disusukan, maka bolehlah dia berbuka dan membayar fidyah.

Justeru, bagi wanita hamil mahupun ibu yang menyusukan anak, apa yang penting dan menjadi fokus utama ialah anda perlu menitik beratkan soal kesihatan diri dan anak dalam kandungan terlebih dahulu sebelum mahu berpuasa.

Berikut adalah panduan untuk wanita hamil, ibu yang menyusukan anak ataupun mereka yang ingin kekal bertenaga ketika berpuasa.

1. Utamakan pengambilan makanan berprotein tinggi seperti daging dan telur kerana protein boleh disimpan di dalam tubuh pada kadar lebih lama berbanding kumpulan vitamin yang lain.

pemakanan sihat

Foto: oursedu.com

2. Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti nasi dan roti

3. Banyakkan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar supaya mampu menahan lapar.

4. Kurangkan pengambilan gula seperti kuih-muih yang manis atau minuman yang manis. Ini kerana, pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan paras gula dalam badan bertambah secara mendadak. Ia juga mudah untuk turun semula dan proses ini akan menyebabkan anda mudah pening dan mengantuk.

pemakanan wanita hamil

Foto: FirstCry Parenting

5. Jangan lupa mengambil vitamin tambahan ketika sahur bagi mengekalkan kesegaran badan sepanjang hari.

6. Lewatkan bersahur. Kalau boleh, bersahurlah hingga ke saat akhir imsak supaya anda tidak cepat lapar di siang hari.

7. Minum sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan dehidrasi pada siang hari.

8. Usahakan untuk minum dua liter air masak selepas waktu berbuka hingga ke waktu imsak.

wanita hamil berpuasa

Foto: FirstCry Parenting

9. Elakkan makanan berasid atau bergoreng yang boleh membuatkan anda mengalami masalah pedih ulu hati, terutama sebelum tidur.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengalami masalah atau tanda seperti di bawah, segera berbuka dan jangan memaksa diri anda.

1. Pening, sakit kepala, loya, muntah, lemah, letih dan pengsan

2. Pedih ulu hati yang teruk

3. Jika anda berada di trimester yang pertama, berat badan anda tidak bertambah secara mencukupi

4. Sekiranya usia kandungan melebihi 20 minggu, perhatikan jika ada perubahan ketara pada pergerakan bayi anda (tidak bergerak atau kurang menendang)

5. Air kencing berwarna gelap, pekat, berbau kuat dan kuantitinya sedikit.

warna air kencing

Foto: Semuanya JDT

6. Rasa sakit seakan sakit bersalin

Kesimpulannya, anda perlulah mematuhi panduan penjagaan pemakanan dan kesihatan daripada doktor untuk perkembangan bayi yang sihat dan kesihatan diri yang konsisten.

Sumber: theAsianParentMalaysia dan Sirap Limau

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 7 May 2020
Gaya Hidup Thu, 19 Dec 2019
Featured Fri, 1 May 2020
Featured Thu, 26 Jan 2023

Buat Beyonce Dubai Riff Challenge, Ernie Zakri Pukau Hati Peminat

Penyanyi terkenal, Ernie Zakri cuba melakukan kemahiran vokal penyanyi popular antarabangsa, Beyonce yang tular ketika membuat persembahan di Dubai. @erniezakri23 stuck in my head 24 hrs. send help. #beyoncedubai #beyoncechallenge #beyonce ♬ original sound – […]

Featured Mon, 11 Jun 2018

7 Rahsia Untuk Menangkap Gambar Selfie Atau #OOTD Yang Perfect

Bila anda dah kuasai semua tip ini, barulah boleh jadi Instafamous.

Featured Thu, 19 Jan 2023

Netizen Suka Perangai Gila-Gila, Syatilla Melvin Balas Komen Peminat Di TikTok! Tapi Ada Yang Samakan Wajahnya Dengan…

Pelakon Syatilla Melvin memberi reaksi balas kepada peminat yang meluahkan rasa suka terhadap perangai ‘gila-gila’ dan bersahajanya di media sosial. @samtilla82 Replying to @lupasiapadia😎😎 ♬ original sound – AHMAD MUHAMMAD Menerusi perkongsian di TikTok, Syatilla […]

Gaya Hidup Thu, 27 Sep 2018
Featured Thu, 31 May 2018
error: Content is protected !!