Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom May 13, 2020 @ 5:12pm

Tidak melebihi 20 tetamu dan rumah terbuka tidak dibenarkan – Datuk Seri Ismail Sabri

“Rumah terbuka adalah dilarang,” ujar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Putrajaya, yang berlangsung sebentar tadi.

Ismail Sabri berkata, keputusan itu dicapai melalui mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam, bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.

Selain itu, katanya, larangan itu yang merangkumi aktiviti ziarah sempena Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai, hanya dihadkan pada hari pertama perayaan.

Foto: Sinar

“Seperti yang saya katakan, sesi ziarah-menziarah hanya dibenarkan pada Hari Raya pertama. Tidak ada kedua, ketiga sampailah Hari Raya ke-30 seperti kebiasaan beraya sebulan.

“Rumah terbuka juga adalah dilarang dalam peraturan akta 342 (tidak membenarkan orang ramai berhimpun). Rumah terbuka tidak dibenarkan,” katanya.

Adab berziarah ketika perayaan juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang dilaksanakan sektor perniagaan khususnya meletakkan cecair pembasmi kuman di depan premis perniagaan selain memastikan adanya penjarakan sosial.

Foto: My Baju

Ismail Sabri berkata, SOP mengenai ziarah itu turut mengehadkan aktiviti saling berkunjung yang hanya membabitkan ahli keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang.

“Had 20 orang ini juga mengikut saiz rumah. Contohnya, jika flat berukuran 600 kaki persegi, 20 orang itu mungkin terlalu ramai dan tidak boleh buat penjarakan sosial, justeru mungkin lima orang dibenarkan masuk untuk ziarah pada satu-satu masa, sehingga mencapai kuota 20 orang pada hari pertama perayaan.

“Saya ingin ingatkan bila kita kenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah untuk kita kekal berada di rumah dan elak diri daripada bertembung dengan orang ramai. Walaupun sudah longgar untuk beraya, tetapi kita sendiri perlu disiplin untuk elak jumpa ramai orang,” katanya.

Pada sidang media yang sama, beliau berharap rakyat di negara ini turut mengambil iktibar daripada beberapa kejadian yang berlaku di luar negara apabila perjumpaan keluarga menyebabkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan ahli keluarga yang hadir.

Katanya, masyarakat perlu bertanggungjawab dan membuat kawalan kendiri termasuk melindungi golongan berisiko daripada dijangkiti wabak berkenaan.

“Sebagai contoh kejadian di Bahrain, apabila ada keluarga yang terdiri daripada 16 individu menghadiri majlis berbuka puasa dan akhirnya menyebabkan mereka semua dijangkiti wabak COVID-19. Begitu juga di New Jersey, Amerika Syarikat apabila empat orang berkumpul untuk jamuan makan dan akhirnya mereka semua meninggal dunia akibat COVID-19.

“Berayalah dengan keluarga sahaja. Walaupun keluarga terdekat datang, kita sendiri kena ambil pendirian dan ketetapan. Golongan berisiko tinggi adalah warga emas, katalah kita berjumpa nenek berusia 80 tahun dan kehadiran kita mungkin membahayakan mereka,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Mar 2023
Featured Thu, 10 Aug 2023

[VIDEO] Sertai Tabligh, Perubahan Farid Kamil Mendekati Agama Buat Ramai Sebak! – “Satu Keputusan Yang Terbaik…”

Alhamdulillah, perubahan yang sangat baik ni 🥹 Semoga yang baik baik saja buat Farid Kamil 🤍

Featured Fri, 3 Jan 2025

Sheila Rusly Terima Menantu Muallaf, Anak Bongsu Nikah Hari Ini

Perkara gembira itu dikongsi oleh kakak ipar Luth yang juga pelakon, Elisya Sandha menerusi beberapa hantaran di media sosial nya.

Featured Tue, 26 May 2026

“Lebih Baik Kau Kahwin Lambat Dari Kahwin Dengan Orang Yang Salah” – Siti Khadijah

Siti Khadijah Halim tampil berkongsi pandangannya mengenai jodoh dan perkahwinan sekali gus menegaskan dia lebih rela berkahwin lewat daripada tersalah memilih pasangan hidup.

Featured Wed, 14 Nov 2018

Pelukis Ini Buat Inovasi Bola Menjadi Beg Silang Yang Nampak Trendy!

Harga sebiji beg bola ini bernilai $960 (RM4024.80).

Featured Fri, 1 May 2020

Kerajaan laksana PKPB mulai 4 Mei 2020

Langkah diharap dapat imbangi ekonomi negara

Featured Mon, 18 Oct 2021

Gara-Gara Lambat Masak, Pelanggan Restoran Fast Food Serang Pekerja Dengan Senduk Besi!

Seorang pelanggan wanita bertindak memukul seorang pekerja McDonald di Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat (AS) kerana menunggu terlalu lama untuk mendapatkan makanan. Menurut polis, pelanggan itu memandu ke restoran berkenaan dengan menaiki sebuah kereta Chevrolet Impala […]

Featured Tue, 18 Feb 2020

Soulmate, nyanyian terakhir BCL buat Ashraf…

Ashraf Sinclair meninggal di usia 40 tahun

Featured Wed, 2 Feb 2022
error: Content is protected !!