Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin July 30, 2018 @ 11:18am

Menurut Kajian, Wanita Yang Bangun Pagi Kurang Depresi

Adakah anda seorang yang suka bangun pada awal pagi? Biasanya yang bangun pagi ini adalah mereka yang bekerjaya. Yela, pukul 6 pagi dah bangun untuk bersiap-siap dan terus bergerak ke tempat kerja.

Tapi, bila tibanya hujung minggu adakah anda akan bangun awal pagi juga? Mesti anda akan bangun lambat kan? Kononnya, hujung minggulah saat untuk berehat sepuas-puasnya setelah bekerja. Betul tak?

Sebenarnya, manusia ini ada 2 jenis iaitu aktif pada waktu pagi dan aktif pada waktu malam. Mereka boleh digelar sebagai ‘morning person’ atau ‘night person’. Semuanya, tertakluk kepada diri anda sendiri!

Untuk pengetahuan anda, pagi yang ceria dan aktif sememangnya lebih penting kerana pagi yang proaktif akan memberi keputusan yang lebih positif kepada kehidupan kita. Tapi, kalau setiap hari bangun lambat, pasti hari-hari anda akan hambar termasuklah anda akan mudah mengalami depresi. Tak percaya kan?

Foto: Cosmopolitan.uk

Menurut kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Univercity of Colorado Boulder dan Hospital Brighnam and Women di Boston telah menunjukkan bahawa wanita yang suka bangun awal pagi kurang mengalami depresi atau tekanan perasaan berbanding mereka yang suka bangun lambat.

Kajian yang telah diterbitkan dalam Journal of Psychiatric Research ini telah melakukan kajian terhadap 32,000 wanita berusia lingkungan 55 tahun dan kebawah. Daripada kajian tersebut, wanita yang bangun awal pagi setiap hari hanya 12 hingg 27 peratus sahaja dan berpotensi mengalai depresi, berbanding mereka yang suka bangun lambat.

Adakah anda suka bangun awal pagi? Bagi anda yang suka bangun lambat, mungkin cara ini anda boleh praktikkan untuk biasakan diri anda bangun pada awal pagi pula.

Foto: Daily.Uk

1. Rancang hari anda malam sebelumnya

Sebelum anda masuk tidur, anda boleh merancang pelan hari esok. Bak kata pepatah Inggeris, “Fail to plan, plan to fail” yng bermaksud apabila kita gagal merancang maka kita merancang untuk gagal.

Jadi, untuk menjadikan pagi anda lebih produktif, senaraikan tugasan yang perlu diselesaikan pada keesokkan harinya. Dengan cara ini, anda sudah bersedia untuk berdepan waktu pagi yang terancang, malah ia akan menjadikan anda lebih bersemangat!

2. Tidur awal waktu

Anda perlu amalkan rutin tidur lebih awal dan cuba latih diri anda. Apabila anda tidur awal dan bangun awal pagi, diri anda akan lebih bertenaga dan bersemangat berbanding tidur lewat dan bangun awal anda akan rasa kurang bermaya. Waktu yang baik adalah tidur pada pukul 10 malam.

3. Mulakan hari anda dengan senaman

Anda perlu lakukan senanam sebelum memulakan pagi anda yang lebih ceria dan bermakna. Anda boleh lakukan senaman ringan seperti yoga, membuat latihan kecerdasan dan berjoging selama setengah jam sahaja. Semua senaman ini tidak akan memenatkan anda, malah ia akan membekalkan tenaga yang luar biasa.

Jadi, mulai sekarang, latih diri anda untuk bangun awal pagi setiap hari! Barulah hidup anda penuh ceria dan bermakna.

Sumber: AliffChannel , FreeMalaysiaToday

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 27 Feb 2018

“Harap Muka Saja Cantik Tapi Kuku Hitam, Kotor!” – Ikuti 6 Rutin Penjagaan Kuku

Wajah, rambut dan kulit antara bahagian yang sering menjadi perhatian apabila berbicara tentang kecantikan. Tetapi, bagaimana pula dengan kuku?

Featured Fri, 28 Feb 2020

5 tip jadikan diri anda ‘magnet’ positif

‘Feeling’ cantik apa salahnya!

Gaya Hidup Sun, 15 Apr 2018

Mariah Carey Luahkan Rasa Hati Setelah Bergelut Dengan Gangguan Bipolar Dalam Diam

Kehidupan Mariah sering melalui liku-liku tajam yang memang boleh menjejaskan kesihatan emosi dan mental mana-mana individu.

Gaya Hidup Mon, 23 Apr 2018

Anda Kerap Sakit Belakang? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

Kalau anda nak tahu, 5 perkara ini penyebab anda kerap sakit belakang.

Gaya Hidup Tue, 23 Oct 2018
Featured Mon, 29 Oct 2018

Gara-Gara Beri Anak Minum Coca-Cola, Bapa Dipenjara 3 Bulan!

Anaknya tak cukup makan sebab bapanya habiskan duit beli minuman keras!

Featured Sun, 7 Oct 2018

Jika Kereta Anda Terperangkap Dalam Banjir, 5 Perkara Ini Wajib Anda Buat!

Jangan sesekali hidupkan enjin kereta anda jika terperangkap dalam banjir.

Events Wed, 22 Jun 2022

Kadar Dividen KWSP Dijangka Lebih Rendah Bagi Tahun 2022 – Pakar Ekonomi

Alahai… harga barang makin naik, kerja tak mengira masa, KWSP punya dividen pun makin rendah???

Gaya Hidup Tue, 31 Mar 2020
Gaya Hidup Tue, 8 Jan 2019
error: Content is protected !!