Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom July 30, 2018 @ 5:00pm

Semakin Matang Buah Tomato Itu, Semakin Power Khasiatnya Untuk Kulit

Ada 1001 cerita, petua atau perkongsian untuk wanita mendapatkan kulit wajah yang cantik. Sesetengahnya masih berpegang kepada petua alami iaitu secara semula jadi dan sebahagiannya pula sanggup berhabis wang demi sebuah keremajaan kulit.

Namun, petua kecantikan yang ingin dikongsikan Hijab & Heels ini sangat baik untuk anda dan rasanya semua orang tahu akan manfaat buah tomato.

Ia bukan saja lazat dimakan begitu saja atau ditambah dalam masakan. Tomato antara sumber semula jadi yang baik untuk kesihatan juga untuk kecantikan luaran serta dalaman.

Tomato digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan. Khasiatnya dikatakan dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kulit.

Buah tomato yang berwarna merah sarat dengan vitamin A dan C, malah semakin matang buah tomato itu, kandungan vitaminnya juga semakin banyak.

Tomato juga mengandungi likopena iaitu antioksidan yang sangat berguna untuk melawan radikal bebas akibat asap kenderaan, asap rokok dan bahan berbahaya yang masuk ke dalam tubuh.

Likopena juga diketahui berperanan aktif membantu untuk mencegah kerosakan sel penyebab kanser seperti kanser prostat, mulut dan rahim. Gel di luar biji tomato pula berkhasiat mencegah pembekuan darah yang menyebabkan penyakit jantung dan strok.

Di bawah ini terdapat beberapa jenis amalan petua kecantikan dan pemakanan tomato yang boleh anda praktikkan di rumah dan lihat hasilnya selepas dua minggu, anda gerenti happy dan berpuas hati!

Foto: D’Vi Beauty

1. Bagi yang ada masalah jerawat tu, cubalah petua ini. Lenyekkan tomato dan sapu pada seluruh wajah terutama di bahagian berjerawat, biarkan ia kering pada wajah selama 30 hingga 40 minit. Kemudian bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu.

Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.

2. Tomato juga membantu mengurang dan memudarkan bintik hitam pada wajah. Hanya potong tomato kepada dua bahagian dan ambil separuh daripadanya, sapukan pada wajah bermasalah. Jika dilakukan secara konsisten, bintik gelap semakin pudar dan kulit bertambah cerah.

3. Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur dan sapu pada wajah, biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Akhir sekali bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini membantu untuk mengecilkan liang pori kulit wajah.

4. Bagi mengatasi kulit kering, campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Jadikan bahan ini sebagai pupur dan sapu pada seluruh wajah. Biarkan ia kering kira-kira 30 minit kemudian bilas dengan air suam. Ia membantu kulit lembap dan berseri.

Foto: sofra.al

5. Campuran jus tomato dan madu baik untuk mengatasi masalah ton kulit tidak sekata. Sapu bahan ini pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampur dengan perahan limau nipis. Hasilnya, kulit cerah sekata.

6. Amalkan makan buah tomato pada waktu pagi kerana ia membantu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus tomato juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan.

Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia membuatkan anda berasa kenyang.

7. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan bersisik, kembalikan kelembapan kulit dengan melenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali untuk melihat hasilnya.

8. Bagi merawat rambut kering dan bercabang, lumur jus tomato pada rambut dan balut dengan tuala selama 15 hingga 20 minit. Ia membantu rambut sihat dan bersinar.

Foto: Reader’s Digest

9. Untuk masalah kelemumur pula, lenyek tomato dan sapu pada kulit kepala. Lakukan selama 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.

10. Bagi menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, lekapkan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli pada mata. Ia mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit cerah.

Mudah saja bukan rawatan kecantikan dari rumah menggunakan buah tomato yang kami kongsikan kepada anda. Hopefully anda tidak sekadar membaca, sebaliknya mencuba tips kecantikan ini. Kata orang nak cantik jangan malas. Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 29 Oct 2018

Tubuh Terlalu Kurus? Gayakan 5 Jenis Fabrik Ini Dalam Mencipta Ilusi Tubuh Lebih Mengancam!

Garis melintang dan fabrik knitted antara jenis fabrik yang mampu menutup kekurangan tubuh anda yang terlalu kurus.

Featured Mon, 28 May 2018

6 Sebab Kenapa YB Nurul Izzah Suka Pakai Tudung Bawal

YB Nurul Izzah setia memakai tudung bawal sejak 20 tahun lalu.

Featured Fri, 12 Oct 2018

Rawat Masalah Jerawat Dengan Hanya Menggunakan Aloe Vera

Aloe vera juga merupakan pelembap yang baik dan bantu melambatkan proses penuaan.

Oh Lawa Thu, 20 Sep 2018
Oh Lawa Thu, 7 Jun 2018

3 Kesilapan Lazim Apabila Memilih Baju Raya Yang Orang Selalu Buat

Check jika anda tergolong sekali dan ada buat silap begini.

Oh Lawa Fri, 4 Jan 2019

Not All Flats Are Boring, Check Out These 15 Trendy Pairs For Your Fashion Inspo

These are expected to be trendy in 2019, so get your inspo here!

Oh Lawa Thu, 22 Feb 2018

Trik Mudah Untuk Buat Bulu Mata Nampak Lebat

Produk maskara yang boleh buat bulu mata anda nampak lagi tebal bersepah di pasaran. 

Featured Mon, 6 Apr 2020
Featured Thu, 18 Jun 2020
Featured Tue, 27 Nov 2018
error: Content is protected !!