Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin July 31, 2018 @ 12:41pm

Tangan Batu Gergasi ‘Golden Bridge’ Tarikan Baharu Di Vietnam

Siapa yang suka melancong, ini berita baik buat anda! Satu jambatan sepanjang 150 meter telah dibina di pinggir gunung di Da Nang, Vietnam dan ia telah dibuka untuk anda kunjungi.

Jambatan yang ‘dipegang’ oleh sepasang tangan emas yang besar itu berdiri 1400 meter di atas paras laut bukit Ba Na yang akan menawarkan pemandangan indah yang luar biasa.

Golden Bridge ini juga dihiasi indah dengan bunga Lobelia Chrysanthemums yang cukup cantik. Untuk pengetahuan anda, reka bentuk jambatan ini diilhamkan oleh sebuah syarikat bernama TA Landscape Architecture yang mampu disiapkan dalam tempoh setahun.

Ianya juga sebahagian daripada pelaburan USD2 billion oleh kerajaan Vietnam untuk mempromosikan kawasan pergunungan Annamese. Melalui jambatan ini juga akan menarik pelancong untuk ke sebuah lagi kawasan pelancongan iaitu Thien Thai Garden yang berada berdekatan Golden Bridge ini.

Jom kita lihat antara gambar yang awesome di Golden Bridge.

Golden Bridge ini terletak di Vietnam menawan hati pengunjung dengan reka bentuk yang elegan

Foto: Newsexaminer

Foto: Newsexaminer

Jambatan ini dipegang oleh dua tangan gergasi

Foto: Tournesoul.me

Jambatan ini berdiri 1400 meter dari paras laut di atas bukit Ba Na

Foto: Newsexaminer

Golden Bridge ini lokasi pelancongan yang baharu dibuka pada bulan Jun 2018

Foto: Smashpop

Menawarkan pemandangan indah di kawasan luar bandar yang menakjubkan

Foto: Liyinni_jenny

Laluan untuk pejalan kaki yang berwarna emas dan dihiasi dengan bunga Chrysanthemums Lobelia berwarna ungu

Foto: Newsexaminer

Foto: Newsexaminer

Sebagai inisiatif untuk membawa lebih daripada 1.5 juta pelawat ke kawasan itu setiap tahun

Foto: 90_seonmi

Foto: 90_seonmi

Agak-agak anda nak pergi tak ke Golde Bridge ini?

Sumber: BoredPanda

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 21 Jun 2018

Gunakan Resipi Ini Untuk Buat Muffin Coklat Pisang Bersama Anak Anda, Mudah Sangat!

“Campak” saja bahan-bahannya! Bukan saja sedap, tapi juga sihat!

Eat Travel Thu, 8 Nov 2018

Dibina Menggunakan Sumber Asli Garam, Hotel Luna Salada Pasti Buat Anda Terpegun!

Bolivia terkenal dengan Salar de Uyuni, sumber garam terbesar di dunia yang terletak 3,658 meter dari paras laut.

Eat Travel Sun, 17 May 2020
Eat Travel Thu, 6 Dec 2018
Eat Travel Mon, 11 Nov 2019
Eat Travel Mon, 29 Oct 2018

Seronoknya Berenang Di Dalam Lautan Bunga Matahari. Cantik Sangat Untuk Instagram!

Jim Thompson lokasi ideal bagi mereka yang merancang percutian bajet hujung tahun ini!

Eat Travel Mon, 1 Jun 2020
Eat Travel Mon, 13 Jan 2020
Eat Travel Wed, 21 Nov 2018

Gladden Private Island Antara Pulau Paling Privasi Di Dunia!

Resort ini hanya boleh menampung sehingga 4 orang pengunjung dalam satu-satu masa sahaja.

error: Content is protected !!