Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops April 26, 2020 @ 8:00pm

Selama ini minum ais kotor atau bersih? Jadi pengguna bijak, ketahui perbezaannya

Meneguk minuman sejuk ketika cuaca panas terik atau ketika berbuka puasa memang satu nikmat. Bagaimanapun, pernahkah anda terfikir dari manakah sumber air yang digunakan untuk membuat ais kiub.

Adakah air yang sudah dimasak atau air paip yang tidak dimasak? Jika anda perasan, terdapat dua jenis ais kiub iaitu yang jernih dan keruh atau berwarna putih.

beza ais kiub bersih dan kotor

Kredit gambar: Denai Hati

Berikut adalah perbezaan untuk mengenal pasti ais kiub bersih atau kotor.

1. Ais kiub jernih adalah air yang dimasak atau ditapis

Menurut hantaran oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Melaka (BKKM Melaka), air secara semula jadinya mengandungi gas seperti oksigen, mineral dan bahan kimia lain.

beza ais kiub bersih dan kotor

Kredit gambar: Myshop

Apabila dimasak, mendidihkan atau menapis air, kandungan mineral dan oksigen yang terkandung di dalamnya akan hilang. Jadi ketulan ais yang terhasil daripada air yang ditapis atau dimasak akan kelihatan jernih.

Sebaliknya untuk ais kiub yang menggunakan air paip, apabila air disejukbekukan menjadi ais, gas yang terkandung akan menjauhi suhu sejuk itu. Maka gas ini akan terperangkap di dalam dan mengganggu pembentukan struktur ikatan antara molekul air. Ikatan yang tidak sekata itu akan menyebabkan ais menjadi keruh.

2. Ais kiub jernih lebih lambat cair

beza ais kiub bersih dan kotor

Kredit gambar: Pikbest

Gas yang terperangkap dalam ais yang keruh menjadikannya lebih cepat mencair berbanding ais yang jernih. Ini kerana gas yang terperangkap akan mempercepatkannya mencapai suhu bilik.

Kita dapat menikmati minuman sejuk dengan lebih lama jika meletakkan ais kiub yang jernih dalam minuman.

3. Ais kiub jernih lebih sedap

beza ais kiub bersih dan kotor

Kredit gambar: Times of India

Disebabkan kandungan molekul air yang lebih padat tanpa gas, rasa ais juga menjadi lebih sedap dan asli tanpa ‘memerangkap’ sebarang perasa daripada peti ais atau persekitaran tempat ia disimpan.

Bayangkan tengah seronok menikmati air kegemaran, terdapat rasa pelik seperti rasa hanyir yang mungkin diserap oleh gas ais kiub keruh.

Kebiasaannya, ais keruh yang diperbuat daripada air paip juga adalah ais blok yang digunakan untuk menyejukkan ikan atau daging di pasar. Selepas ini anda perlulah bijak ketika memilih atau membeli ais kiub di luar. Jangan nanti sakit perut pula!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Jan 2026

20 Tahun Hidap Sinus, Mira Filzah Rasa Terganggu… Mimi Lana Kongsi Tips!

Mira mengakui masih sukar memahami keadaan sinus yang sering menyerangnya secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda awal.

Featured Fri, 19 Oct 2018
Featured Wed, 9 Feb 2022

Semak SOP Baharu Umrah 2022 Berkuatkuasa 14 Februari Ini

Alhamdulillah, moga dipermudahkan bagi semua jemaah

Featured Mon, 30 Jun 2025

Comelnya! Fatima Titip Pesan Kepada Fazura – “I Miss You… But, Please Don’t Cry”

Fazura terkejut apabila anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima Aisya sempat meninggalkan pesanan kepadanya.

Featured Sun, 24 May 2020
Featured Thu, 6 Oct 2022
Eat Travel Tue, 7 Aug 2018
error: Content is protected !!